iklan

Followers

Pages

Thursday, 19 January 2012

Jangan buat sambil lewa aje!

Idea memang mencurah-curah dalam minda aku setiap hari. Ada saja rasanya yang nak aku bebelkan dalam blog ni. Ini pun kesempatan aku gunakan sedikit untuk meluahkan kerinduan pada teman-teman blogger yang banyak memberi semangat dan ilham dalam hidup aku. Terima kasih sangat-sangat.

Terima kasih sangat pada Hanis Azla yang sudi menyampaikan salam aku buat teman-teman. SMS yang aku kirimkan padanya pun setelah aku rasa seperti tak dapat nak up-date blog dah minggu ni.

Entry ini pun ambil masa 3 hari untuk aku siapkan. Asal menaip sikit je dah merengek pula si kecil dek kerana demam dan cirit-birit. Anak lebih penting dari segalanya. Anak sihat barulah aku senang hati dah bekerja.

Seingat aku semasa bekerja tetap dulu sanggup aku abaikan bebelan boss aku sebab lama sangat bercuti gara-gara anak demam. Aku tak kisah kalau dia nak bagi surat amaran atau terpaksa ambil cuti tanpa gaji. Memang antara pekerja yang agak degil, boss pun pening. Pening-pening pun susah juga dia nak lepaskan aku masa minta nak resign dulu.. he..he..

Malam tadi pengasuh Arif call tanya kenapalah dah 3 hari Arif tak ke Taska. Aku pun asyik terlupa aje nak SMS pengasuhnya.

Katanya ramai juga yang demam tapi masih dihantar oleh ibu bapa ke Taska. Pening dia nak ikut jadual bagi ubat kat budak-budak tu. Terpaksalah mencatitlah pulak. Ye..lah.. kadang-kadang ada yang tak dapat ihsan dari boss nak cuti lebih. Anak demam pun terpaksa juga bekerja.

Bagi aku kalau anak demam, ambil beratlah betul-betul sampai dia sembuh. Bayangkan kalau kita sendiri yang demam, terpaksa pula duduk di antara ramai orang. Pengasuh pun tak dapat nak tumpukan pada anak kita seorang bila dia rasa nak muntah, cirit, sakit kepala dan sebagainya. Bayangkanlah apa rasa kita sebagai orang dewasa.

Kadang ada yang harapkan pengasuh saja bagi ubat tetapi bila di rumah tidak pula diberikan ikut masa yang sepatutnya. Esoknya pengasuh tengok ubat tu tak luak sedikit pun. Aku takut kalau keadaan anak lebih buruk, maka kita jugalah yang menyesal.

Para ibu bapa pun jaga kesihatan, banyakkan minum air masak. Kalau kita sakit, kesian pula anak-anak tak dapat diberi perhatian. Kalau dah sakit juga nak buat macam mana tapi berusahalah.

Pada teman-teman blogger, mohon maaf sangat sebab lama menyepi.

1 comment:

susumanis said...

anak sakit, mak yang depressed kan, now musin panas, ramai bdk bdk kena dmm panas etc, sy kat rumah mmg simpan scott emulsion orange, sgt bagus utk anak anak, dia org lain mcm sikit, tu dulu yang disuap, insyaAllah dmm x jadi, mak suka hati :)