Aku kongsikan ilmu yang aku jumpa dari wall facebook kakak aku ni, pemilik blog FCC Farmasi Colour Cosmetics. Kakak pun dapat maklumat dari mak aku yang memang suka kongsikan ilmu dengan anak-anak. Petah mulut mak bercerita jika ada sesuatu yang menarik perhatian tentang agama sama ada di TV, bahan bacaan mahu pun maklumat dari teman-temannya. Patutlah mulut aku pun peramah juga, dari maklah ni.
Aku pun baru le tahu... tu yang nak share dengan korang semua.
PERBEZAAN DIANTARA MUHRIM DAN MAHRAM
Sering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas. Kita lihat makna kedua-duanya.
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram. petikan - halaqah.net
3 comments:
diharap yg keliru tu dapat penjelasan.
ya, penjelasan seperti ini penting, sebab ramai umat Islam di Malaysia yg masih terkeliru dgn pelbagai istilah yg dipinjam dari bahasa Arab
Ustaz sy pnh trgkn perkara ni masa sekolah menengah. mmg ramai yg masih slh guna perkataan.
Post a Comment