iklan

Followers

Pages

Thursday, 24 March 2011

Kad Touch n Go buat hal


Semalam aku tak jadi ke KLCC seperti yang dirancang. Client nak jumpa di PWTC. Jadi aku naik komuter di stesen Bangi Lama. Dua kali pusing juga aku mencari parking untuk kereta aku. Nasib le Nursyafikah aku tu kecik molek. Dapat le menyelit muat-muat antara kereta Kancil dan Naza Ria. Parking kat situ bukan ada tanda garisan pun untuk tentukan lot-lot parking. Itu yang menyebabkan depa semua parking ikut suka je.

Aku memang selalu guna kad 'touch n go' bila nak naik komuter ni sebab nak cepat le kononnya. Masa aku sampai tu penumpang yang menunggu taklah ramai sangat. Aku tengok komuter yang menghala ke Seremban park agak lama di stesen Bangi Lama tu. Masa aku sampai nak park kereta pun komuter tu dah ada kat situ hinggalah aku duduk di bangku dalam stesen tu, ia masih tak bergerak. Tak 'improve' lagi rupanya service diaorang ni.

Bila komuter sampai aku naik hingga ke hentian Bandar Tasik Selatan. Plan nak transit LRT Rapid KL le pulak untuk terus ke PWTC.

Masa aku sentuh kad 'touch n go' aku untuk masuk ke ruang LRT, besi penghadang tu tak buka. Angin le pulak rasanya. Aku pergi ke kaunter diaorang nak tanya. Bila staff situ check kata komuter dah tolak lebih kurang RM17 dari kad aku, baki ada dalam RM2 lebih je. Apa hal pulak dari Bangi Lama ke Bandar Tasik Selatan cajnya sampai RM17 lebih? Aku tak ingat nilai yang tepatnya. Macam-macam andaianlah yang staff tu bagi tapi aku malas nak dengar dah sebab hati dah panas. Dia minta aku check di kaunter komuter. Terima kasihlah dik ye... elok-elok nak cepat jadi lambat pulak! Sabar je lah.

Terpaksalah naik ke tingkat atas semula ke kaunter komuter. Staff di situ suruh aku call nombor yang ada pada kad 'touch n go' tu. 5-6 kali jugalah aku try call barulah dapat bercakap dengan operatornya. Sebelum bercakap kena tarik nafas bagi lega dulu, senyum! Aku takut angin baran aku datang bila bercakap dengan operator tu nanti.

Operator tu kata mungkin aku ada sentuh dua kali sama ada masa masuk atau keluar tadi. Agaknyalah masa keluar tadi sebab tempat sentuhnya tak mesra pengguna. Aku confuse sama ada nak sentuh lambang 'touch n go' kotak bawah lambangnya. Dia mintak details aku untuk refund duit tu. Proses ambil masa 3 minggu. Lamanya! Yang aku pelik bila last detail yang diaorang dapat detect adalah data 2 hari lepas. Lambatnya sistem depa detect ye! Kena improve ni... he..he..

Geramlah aku sebab aku baru je top-up RM20 pada kad aku tu sejurus sebelum naik komuter di kedai dekat rumah aku. Aku ada sekeping not RM10 je dalam wallet. Itu pun aku cilok RM4 dari drawer kecik milik Aishah untuk belanja sekolah ugama Asyikin dan Azri. Aku tak ada duit kecik masa tu.

Kononnya nak terus ke KL dengan tambang guna kad je dan ambillah duit kat mana-mana ATM. Nasib ada RM10, kalau RM2 memang tak lepaslah nak beli tiket ke PWTC.. melilau pulak aku nak cari ATM. Akhirnya beli tiket manual jugalah.. elok nak cepat jadi lambat pulak. Terpaksalah call client kata delay masa. Nasib client ok je.

Pengajaran buat aku bila nak sentuh kad 'touch n go' tu kena perati betul-betul. Pelik juga, dah berpuluh-puluh kali selama aku turun naik KL tu ok aje! Semalam pulak dia buat hal! Adalah tu yang Allah lebih mengetahuinya.

Wednesday, 23 March 2011

Waktu kerja yang fleksibel



Awal hantar anak ke sekolah hari ni. Pukul 6.55 pagi dah sampai depan sekolah rendah. Bagi extra RM1 tiap-tiap sorang sebab sampai awal sangat. Hantar Asyikin dan Azri dulu selepas hantar Arif ke rumah pengasuh.

Maka sempatlah aku dan Amirul, form 1 singgah breakfast di kedai mamak dulu. Masing-masing punya taste yang sama iaitu teh tarik dengan roti telur. Aku bayar siap-siap kat kaunter bayar dan makan dengan pantas. He..he.. saja suka-suka ajak anak makan. Sempat sampai sekolah dia lagi 3 minit loceng nak berbunyi.

Balik rumah kenalah buat kerja rumah dengan pantas. Sempat up-date blog dulu. Tengahari ni nak ke KLCC, jumpa client. Confuse sama ada nak naik komuter dari UKM atau nak drive
'Nursyafikah' je, kereta Kelisa aku tu la. Lepas KLCC nak ke Bangsar pulak. Risau jugak takut tak sempat balik Bangi sebelum pukul 5 petang. Kalau naik komuter mesti nak kena kejar trip sebelum pukul 4 petang untuk balik. Kalau lambat aku kena jadi macam sardin le dalam komuter tu.

Conclusionnya aku drive sampai Bangsar dan park kat situ. Then boleh naik LRT terus ke KLCC. Menunggu komuter pun jenuh juga kat UKM tu. Lain le kalau aku tak kalut sangat. Sebelum keluar rumah untuk appoinment kena prepare lunch anak-anak yang nak balik sekolah dulu. Seronok juga kerja 'flexible hour' ni. Cuma kalau tak kerja tak adalah income. Kalau rajin boleh dapat income lebih daripada ex-manager aku dulu, tapi kalau malas sapa nak bagi duit free??

So... jangan malas-malas. Buat kerja cepat!

Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage


Klik link ni kalau nak join :

Pasal aku ni gila coklat maka Puan Kutu tag aku lagi, Give Away Coklat Sweet Cottage. He..he.. kalau tak menang Puan Kutu kena pos coklat lain kat aku! Aku tak kira! Jangan marah, baru-baru ni menang voucher dari Eqbal! Boleh beli coklat lagi!

Tag Hanis Azla & Salam Borneo

Kalau berkenan juga nak coklat kenalah join sebelum 31 Mac 2011 ni.