iklan

Followers

Pages

Thursday, 13 November 2014

Cuci rambut dan urutan bahu, memang nikmat!

Dua minggu sekali aku memang suka pergi cuci rambut kat spa dan mana lagi kalau tidak di Riani Beauty & Spa.

Bukan tak boleh nak cuci kat rumah, boleh aje! Cuma sekali-sekala nak dibagi cuci betul-betul kulit kepala agar tak ada sisa-sisa kelemumur yang degil, di 'blow' manja untuk keringkan rambut dan yang paling utama dapat pakej urutan urutan stress kat bahu. Nikmatnya bila dia urut urat-urat stress kat bahu bagi lega sengal-sengal otak dan sakit kepala.

He..he.. melampau aje kannnn. Tapi memang itu pun yang staf dia buat ; cuci rambut, blow dan urutan bahu. Best tu, mau sendawa dibuatnya.


Ye lah kann... kalau kat rumah, kita cuci rambut ala-ala kadar je nak cepat siap. Lepas tu keringkan pakai towel gitu je laa.

Usia dah 40-an ni kena lebih jaga rambut. Kalau selalu gugur nanti lama-lama menipis rambut tu. Semakin usia meningkat maka semakin perlahanlah pertumbuhan rambut. Alhamdulillah sebab cik adik yang mencuci rambut masih kata rambut aku tebal lagi walau pun ada banyak yang gugur sebenarnya.


Depa pakai produk ni untuk rawatan rambut sihat. Sapa-sapa yang dok area Bandar Seri Putra tu boleh le manja-manjakan rambut kat sini. Aku memang selalu buat rawatan kecantikan dari hujung kaki ke hujung rambut kat spa ni.

Sapa yang dok luar dari Bandar Seri Putra silalah buat temujanji dulu supaya bila datang dah confirm ada kekosongan masa untuk buat rawatan. Buku temujanji selalu penuh tu.


Lokasi spa

Riani Beauty & Spa untuk wanita sahaja tau... Encik Abang jadi tukang hantar aje kot. He..he..

Tuesday, 4 November 2014

Cucu sulung dan cucu bongsu mak

Last entry 6 Oktober 2014, hampir sebulan yg lalu. Hari ni 4 November 2015, genap usia 21 tahun anak sulung kakak aku yakni owner blog make-up FARMASI COLOUR COSMETIC. Cucu sulung mak. Happy birthday my dear Hafeez.

Hafeez

Inilah gambar Hafeez masa masih baby dulu, tahun 1993. Gambar yang sentiasa ada dalam wallet aku masa bujang dulu.

Sekejap saja masa berlalu. Baby comel dah pun 21 tahun usianya. Moga sentiasa diberi kesihatan yang baik, kehidupan yang bahagia, anak yang soleh dan berjaya dalam mengejar cita-cita.

Pada 27 Oktober 2014 lalu pula selamat adik aku, owner butik tudung online di ASTERISK BOUTIQUE melahirkan seorang puteri yang ketiga, cucu ke-16 mak. Lengkaplah 3 orang puteri semuanya, ala-ala kisah dongeng cerita puteri sulung, puteri tengah dan puteri bongsu.

Wooo... sedap si kecik ni menguap... rasa nak kugigitkan pipinya.

Adelia
Hai anak-anak... dari kecil ditatang hinggalah besar. Pun bila dewasa pun masih juga ada kita mak ayah yang ingatkan anak kita ni masih baby lagi. Ha..ha.. baby tua dah kita ye.

Aku selalu kata pada anak-anak aku "masa kecik dulu korang comel, dah besar ni comel juga!"... lepas tu gelak ramai-ramai. Masing-masing faham sebab saizbadan dah lebih besar daripada aku pun sekarang. Gurau senda anak-beranak..

Monday, 6 October 2014

Wanita hamil mengada-ngada je!

Isu soalan bila nak kahwin dan bila nak ada anak dah lali aku dengar. Alhamdulillah sebab aku tak tergolong dalam mereka yang disoal sebab aku kahwin dalam usia 22 tahun. Lepas 9 bulan nikah dah lahir anak aku yang sulung, bunting pelamin orang kata. Sekarang anak aku dah pun 5 orang dan yang sulung dah sama tinggi dengan usianya 18 tahun. Usia aku pun dah cecah 4 series pun.

Apa yang aku boleh kata pada mereka yang masih belum berkahwin atau yang masih belum ada anak hanyalah bersabar. Ye... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jodoh dan anak itu rahsia Allah. Maka janganlah kita menidakkan rahsia Allah dengan mengeluarkan pelbagai anggapan negatif.

Itu isu lambat kahwin dan lambat ada anak. Ini isu mengandung pulak.

Double line = Positif, google


Kadang telinga ini mendengar kata-kata yang kurang enak didengar tentang ibu mengandung.

"Alaa... itu pun tak larat, aku dulu mengandung jugak!"

"Alaa... orang lain mabuk jugak, tapi tak adalah nak muntah sampai dengar satu taman!"

"Apasal teruk sangat mengidamnya tu? Aku dulu mengidam jugak tapi ok je kalau tak dapat pun!"

Dan macam-macam lagilah yang sampai kat telinga ni. Aku tak nafikan memang ada yang mengada-ngada berlebihan tak laratnya masa mengandung tapi memang ada yang memang benar-benar tak larat, mabuk melampau mahu pun mengidam melampau.

Benda-benda ni kadang susah nak elak. Aku sendiri pun pernah mabuk sampai 7 bulan mengandung, masuk hospital kerana mabuk sampai 2 kali. Mak aku sampai kulum garam nak hilangkan rasa masuk. Kawan aku asyik nak berludah aje hampir 24 jam, terpaksa letak plastik dalam sampul surat besar sebagai tempat berludah.

Pernah sorang yang aku kenal merokok sepanjang dia mengandung, padahal dia bukanlah merokok pun sebelum tu. Lepas bersalin, pandang rokok pun menyampah.

Ada orang masa normalnya sangat cergas tetapi bila mengandung, apa pun dia tak larat nak buat. Sakit kaki, sakit pinggang bagai. Mana yang dok terajang suami suruh tidur luar pun ada sebab benci sangat dengan bau suaminya tu.

Jadi tak perlulah kita nak hina-hina orang yang sedang mengandung tu. Biarlah suami dia nak pimpin dia berjalan, toksah nak kata dia manja. Depa dapat pahala saling membantu suami isteri, kita yang mengata ni pulak dapat dosa.

Esok lusa kalau kita yang wanita ni mengandung pulak atau isteri ke yang mengandung, doa-doalah agar dipermudahkan segalanya. Aku yang 5 kali mengandung dan ada lagi 2 kali keguguran pun kadang rasa simptomnya ada juga yang berbeza-beza.

Hebatnya pahala wanita mengandung ni jika ikhlas dan redha. Boleh search kat google akan pahala orang mengandung dan melahirkan. Data di hujung jari aje.

Orang yang mengandung kena jaga pertuturan, yang di sekeliling pun doakanlah yang baik-baik juga.