iklan

Followers

Pages

Friday, 11 June 2010

Hargai gaji anda

Berapa ramaikah antara kita membayar gaji pada diri sendiri? Kita bekerja siang dan malam,bila dapat gaji habis kesemuanya malah ada yang tak cukup. Kepala dah pening. Sampai bila, aku pun tak tahan kalau begini gayanya.

Apabila dapat gaji, agihkan sedikit untuk simpanan diri sendiri ; simpanan untuk masa depan. Kita memang ada banyak alasan, tapi terpaksa redha juga bila duit dipotong untuk KWSP. Jadi praktikkan perkara yang sama, redha je lah sejumlah kecil demi masa depan kita. Ada banyak cara sama ada duit tunai pergi simpan kat bank atau pindah secara on-line awal2 lagi. Ada juga cara potongan gaji terus ke Tabung Haji atau ke ASB. Semasa saya kerja tetap dulu ada kemudahan potong gaji terus ke Tabung Haji. Tak ada lah banyak pun, cuma sebulan RM50 je. Tapi kalau setahun dah berapa, 5 tahun, 10 tahun..kira lah. Bila sesak2 anak nak sekolah atau sakit ke, boleh juga diguna sikit.


Ada seorang client aku ni dia mula menyimpan RM1000 dalam dana unit amanah sejak 2006. Tiap2 bulan dia simpan RM200 je secara 'SI' dari bank terus ke akaun dana unit amanahnya. Sekarang adalah dalam RM10 ribu lebih yang kadang2 dia usik juga untuk masa2 yang dia rasa terdesak nak guna duit.

Cerita tentang sakit pula sangat digalakkan membeli insuran takaful semasa masih sihat ni. Bila dah sakit biasanya nak mohon dah susah nak diluluskan oleh syarikat insuran. Kira ajelah kos menginap wad atau mungkin kos rawatan yang agak mahal sekarang yg perlu kita bayar. Kalau ada insuran, boleh juga syarikat insuran takaful bayar. Kurang juga beban kita. Kita bukan tahu esok lusa, sihat ke, sakit ke, entahkan tiba2 musibah berlaku.. Bukanlah salah jika suami belikan insuran takaful untuk isteri atau sebaliknya.


Ada juga yang tak nak beli insuran takaful persendirian kerana syarikat dah cover semua termasuk le segala bil hospital untuk ahli keluarga juga. Tapi kalau kita sakit untuk tempoh yang lama, berapa lama pula syarikat nak tanggung? Ada kes yang dibuang kerja kerana dah tak produktif. Bagaimana pula kalau kita dah tak ada di dunia ni, sudi ke syarikat tempat kita bekerja tu nak tanggung bil2 hospital ahli kelurga kita yang tinggal.
Tapi kalau syarikat unit amanah & syarikat insuran takaful yang aku berdaftar sekarang ni memang cover keluarga juga walau aku dah tak ada nanti. Adalah termnya jugakan, takkan senang2 depa nak bagi juga.

Banyaknya hutang aku ye.. kereta, rumah, kad kredit ; ini yang glamor la. Cari le kereta yg sepadan dgn gaji, bukan untuk bergaya aje. Kalau mampu tu tak jadi masalah. Begitu juga dengan rumah. Selalu yang menjadi masalah adalah kad kredit. Dah terlajak belanja, nak buat macam mana. Kalau terlebih belanja guna kad kredit bermakna kita ni tak sesuai menggunakannya. Semakin diguna semakin membebankan. Apa yang nak dibuat, ambil kad tu dan gunting. Haah...ambik kau! Tak boleh pakai dah. Kalau nak pakai juga, guna satu kad je ok le kot. Tak jadi masalah jika kita sentiasa bayar penuh berapa yang kita gunakan. Ada cara lain juga nak selesaikan hutang kad kredit ni dengan cara 'reschedule'. Kena kira & faham tentang caj & tempoh pembayaran juga.
Cara lain aku menyimpan dengan main kutu. Bukan kutu kepala tu. Masa sekolah dulu ada jugak main dgn kawan, dah bekerja pun ada juga. Ada macam2 main kutu ni, kutu pinggan, kutu kain, kutu duit ; ikut apa yang kita nak kumpul. Aku lebih suka main kutu duit je. Sekarang pun masih main kutu juga, ada 20 orang yang main. Kami simpan RM10 sehari dan dapat setiap minggu ikut giliran. Masing2 dapatlah RM1400 sekali dapat. Terpulang juga pada diri masing2 bagaimana nak membayar gaji pada diri sendiri.

Kerja aku sebagai agen unit amanah, insuran takaful dan pembiayaan semula kad kredit telah banyak mengajar aku tentang pentingnya merancang untuk masa depan diri sendiri dan keluarga. Aku pun bukanlah buat semua tu sepenuh masa kerana part time juga dengan anak2 yang 5 orang tu. Calling2 012-3322773 utk lebih info (waktu pejabat saja ye!) atau email aje adzriel573@gmail.com. Kalau ada facebook, boleh juga contact kat situ. Selamat menghargai diri sendiri! Peringatan untuk diriku jua yg sering terleka.

2 comments:

Unknown said...

saya pon suka topic personal finance ni. kekadang adik2 kita tu gelap mata bila melihat banyak wang didepan mata. ALmaklumlah baru belajar pegang wang sendiri.

Saya cuma menggunakan kredit kad untuk membeli tiket kapal terbang dan mungkin buat bayaran di hotel.

Untuk lain-lain keperluan (kehendak sebenarnya) yang luxury biasa saya gunakan cash. Sebab orang yg tak de duit je guna credit card (bak kata ayah)

Anonymous said...

jgn simpan duit jew zman skrg nie~ kta kna igt yg duit kertas ni xklis inflasi, nilai rm10 skrg xsma dgn dulu~ oleh itu, sila lah melabur ea~~