iklan

Followers

Pages

Tuesday, 1 June 2010

Hargai kehidupan di asrama

   Terlalu banyak perkara yang aku belajar semasa tinggal di asrama. Semuanya menjadi kenangan dan pengajaran dalam  hidup aku. Terima kasih pada Kak Ani, warden yang memang tak jemu2 mengajar kami, anak2 Felda tentang hidup berdikari. Kerana itu juga aku ingin anak2 aku menghargai setiap kesenangan dan kenikmatan hidup yang mereka kecapi sekarang ini.

   Aku tinggal di Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak, Kuantan sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Anak penoreh getah, bukannya senang. Mak ayah aku hantar aku ke asrama semasa tingkatan 1 dan sejak itu tidak pernah menjenguk aku di asrama sehinggalah aku tamat tingkatan 5 baru datang pula untuk bawa aku pulang dengan barang-barang aku. Aku berjumpa keluarga aku hanya bila cuti sekolah, pulang ke kampung menaiki bas asrama sampai di Temerloh, Pahang. Kemudian naik 'landrover' Felda sampai ke rumah. Tapi kalau cuti raya, kenalah naik bas awam (bas Sri Jengka) dari stesen bas Kuantan hingga ke Bandar Pusat Jengka. Kemudian naik motor dengan ayah sampai ke rumah. Kesian ayah, kadang2 lama menunggu kerana bas lewat.

  Mungkin orang kata aku tak ada perasaan agaknya. Ramai juga kawan2 yang menangis bila mak ayah berlalu dari asrama masa mula2 tingkatan 1. Tapi aku selamba aje. Bagi aku masa tu, nak buat macam mana, redha je lah, nak menangis pun malu. Ada sifat keras hati sikitlah tu. Itu yang banyak kali suami aku bagi nasihat....he..he..jangan marah ye yang! 

   Setiap hari masing2 ada tugas menyapu dorm, lap tingkap, cuci tandas, cuci longkang dan macam2 juga kerja cuci. Biasalah budak2 lagi masa tu, ada juga yang nak 'mengelat', nak curi tulang. Tugas2 itu saja sudah mendidik kita jangan berat tulang, jadilah seorang yang pembersih, bekerjasama dengan rakan2. Biasanya Kak Ani, warden kitaoranglah akan buat 'checking' semula hasil kerja2 kitaorang tu. Kalau dia tak puas hati, kenalah buat semula. Maknanya bila buat sesuatu biarlah dengan ikhlas dan bersungguh2.

  Kalau pakaian tu biasalah kena basuh sendiri. Aku tak tau le kalau kat asrama lain macam mana 'law'nya. Subuh2 sebelum pegi sekolah dah sidai baju kat belakang asrama. Pastikan guna penyepit, takut terbang masuk sungai Kuantan pulak nanti. Ada satu baju aku (eh! baju kakak aku, pinjam) dah bersemadi kat sungai Kuantan tu. Bila balik dari sekolah,mesti angkat semua baju2 tadi. Yang pasti jangan lewat sampai pukul 8 malam. Kalau tidak, baju2 tu akan 'hilang' dikutip oleh mereka yang ditugaskan oleh Kak Ani. Sesiapa nak 'tebus' baju tu kenalah bayar 10 sen untuk sehelai baju. Bila ingat masa tu rasa macam kejam je Kak Ani tu, tapi hakikatnya mengajar kami berdisplin.

   Untungnya aku tinggal di asrama felda ada tusyen bagi setiap subjek penting, free je. Bayangkan kos sekarang yang patut dibayar. Anak aku yang form 2 pun kena bayar RM80 untuk dua subjek. Mak ayah aku cuma kena bayar RM25 sebulan untuk aku tinggal di asrama yang lengkap dengan peralatan sukan, komputer, makan minum, tusyen, tempat tinggal, kadang2 pegi jalan2 dan macam2lah. Tapi masa tu RM25 memanglah agak mahal bagi mak ayah aku yang cuma peneroka felda. Kerana itu juga mereka bersyukur sangat2 bila aku dapat tawaran ke situ. Tidak pula aku, maklum le jiwa muda. Selalu malas je nak pegi tusyen. Bila anak sendiri yang nak 'mengelat', tau pulak aku nak marah.

   Masing2 diberi loker untuk simpan semua barang. Ada ruang untuk baju, buku, botol air dan sebagainya. Loker aku tidaklah kemas sangat, tapi agak tersusun juga. Teruja juga bila tengok loker kakak2 senior yang kemas sangat isi lokernya. Tak kurang juga yang kalau dibuka pintu lokernya, habis nak terkeluar semua barang. Bila Kak Ani kata nak 'spot check' loker, masing2 kalutlah nak mengemas. Macam2 stail diaorang melipat kain, ada yang lipat macam biasa je, ada yang siap guna buku nak bagi lipatan tu sama je.

   Kalau nak diceritakan pengajaran masa tinggal di asrama, memang banyak. Bagi aku, yang buruk tu kita buang jauh2, belajar daripada perkara yang baik. Cuba kita perhatikan anak2 sekarang, ada tak yang basuh baju sendiri, basuh kasut sendiri, kemas bilik sendiri, lipat baju sendiri? Sekurang2nya mereka buat untuk diri sendiri dulu. Kalau ada, Alhamdulillah kerana mereka sangat menghargai apa yang mereka ada.

5 comments:

zila said...

saya pun dari asrama felda..:)
asrama sri semai bakti kuantan...
(dulunye asrama semai bakti tun abdul razak)

Liza @ Adzriel AB said...

ha..ha..jumpa junior kat sini. sama lah tu.

Anonymous said...

teringat kat asrama dulu yer kak liza. tak sabar tunggu weekend. lepas gotong royong boleh keboom zzzzz.

bella hamzah said...

samalah mcm saya dulu masa masuk sekolah teknik masa form 4 dak2 ni nangis kot lepas parent hanta,sy xde perasaan huhu,ayah ada kereta dah masa tu tapi dtg masa awal thun dan ambil masa hujung thn sbb brg2 xboe tggl kt ostel.sedih je parent org lain dtg tiap2 bulan bwk kfc parent saya tak dtg pon.

MumMe said...

glad to know this...Nurul dan suami pun dr ASB...JB...