iklan

Followers

Pages

Wednesday 6 March 2013

Nak cerita masalah atau tak?

Sesetengah orang sukar berkongsi atau meluahkan masalahnya dengan orang lain dengan niat tidak mahu menyusahkan atau mungkin juga malu. Kita hormati pendiriannya yang lebih suka berdikari. Malah patut juga dia merahsiakan jika ianya boleh mengaibkan pihak lain mahu pun dirinya sendiri.

Tetapi bagaimana pula jika masalahnya pasti mencetuskan kesusahan pada orang lain andai ia sukar dielak tanpa bantuan orang lain? Atau mungkin jika lambat di selesaikan akan muncul masalah yang lebih besar.

Contohnya masih ramai di antara kita yang suka merahsiakan penyakitnya yang mungkin serius dari insan-insan terdekat yang sedang menyayanginya. Memang murni niatnya kerana tidak mahu insan terdekat menjadi risau dan susah. Maka sanggup saja kesakitan itu ditanggungnya sendiri. Tidak mengapa juga jika dia ada menjalani rawatan yang sepatutnya untuk sembuh.

Patutkah dia kongsi akan rasa kesakitannya dengan insan terdekat. Patut rasanya untuk meluahkan sedikit rasa agar ada kelegaan. Mungkin juga mendapat idea dan sokongan untuk mengurangkan derita yang ditanggung.

Tapi kalau sakit sikit-sikit hujung jari tu tak nak cerita pada insan tersayang pun tak pe... he..he.. Eh! Boleh juga untuk gurau-gurau manja menambah kasih sayang.

Mengapa aku kata patut walau pun jika aku sendiri yang mengalaminya belum tentu aku nak kongsi rasa dengan orang lain. Rasa tak sampai hati ajekan! Ego lebih kot? Rasionalnya kena kongsilah jika kita rasa ianya bakal beri impak yang lebih positif. Sokongan positif penting terutamanya daripada ahli keluarga sendiri. Memang tak perlu kita canang pada semua orang pun, cuma pada insan yang sangat kita percayai.

Masalah lain yang membelenggu seperti masalah kerja, masalah duit dan pelbagai masalah yang buat kita rasa tertekan sangat. Berkongsilah rasa dengan insan yang paling rapat dengan kita. Bukan untuk minta tolong lebih-lebih pun. Kadang cuma untuk luahan rasa je! Mungkin dia ada idea yang lebih baik atau kata-kata nasihat darinya saja boleh buat kita tenang seketika untuk berfikir dengan lebih baik. Jangan luahkan pada insan yang mungkin buat minda kita lebih serabut. Pandai-pandailah pilih kerana kita lebih memahami siapa yang rapat dengan kita.

Pilih orang yang betul kita rasa dia positif untuk kita. Bukan luahkan rasa pada orang yang ada potensi menambah perisa negatif pada masalah kita. Diprovoknya pulak kita untuk buat perkara-perkara yang lebih buruk.

Kita mungkin ada sahabat, ayah, ibu, abang, adik, kakak, suami, isteri, guru atau sesiapa saja yang boleh kita berkongsi masalah ikut kesesuaian.

Cuba jangan mengadu masalah pada lelaki lain tidak kira dia bujang atau suami orang lain jika anda seorang wanita. Dan jangan mengadu masalah pada wanita lain sama ada dia bujang atau isteri orang lain jika anda seorang lelaki. Lainlah kalau orang berkenaan berada dalam bidangnya yang sepatutnya seperti pegawai kaunseling umpamanya. Itu pun kena ikut prosedur yang betul. Takut salah cara atau salah orang nanti akan timbul masalah lain pulak.

Maka ruginya jika kita ada suami atau isteri tetapi sukarnya nak berkomunikasi untuk saling membantu meredakan masalah masing-masing. Bagaikan suami atau isteri itu orang asing bagi kita sedangkan pasangan kita itulah yang punya hak untuk melihat diri kita dari hujung kaki hingga ke hujung rambut melebihi hak ibu dan bapa kita. Betul aku kata? Setuju?

Apa pun tak kisahlah nak rahsiakan masalah sendiri atau tidak. Cuma yang aku tak suka bila sikap suka sangat berahsia tu buat orang lain bakal berdepan dengan masalah besar, sedangkan jika dia buka mulut untuk berkongsi rasa mungkin masalah itu berkurang. Tengok situasilahkan!

Tapi jangan lupa yang bercerita masalah pun jangan berlebih-lebih sangat dan yang mendengar pun jangan ambil kesempatan atau jadi batu api pulak!

2 comments:

Unknown said...

saya paling susah nk citer masalah pada orang.risau nak citer sebab takut orang tak suka dengar dan ambikkesempatan lak...

Irfa said...

banyak kes curang sekarang disebabkan salah tempat bercerita.dr simpati bertukar jatuh hati :(