iklan

Followers

Pages

Tuesday 7 December 2010

Menganyam impian - Rejab FI


Macam biasa belek2 surat khabar Harian Metro yang sensasi setiap pagi yang mana tiba2 mata aku terhenti di satu sajak yang tertera nama yang telah lama aku kenali sejak di bangku sekolah lagi. Hanya nama saja, orangnya baru aku nak kenal di blog ini .... Rejab FI. Aku kongsikan dengan kalian sajak beliau yang puitis dan menyentuh perasaan ;

MENGANYAM IMPIAN

Remajaku,
Impianmu menggapai awan
lazuardi menyingkap tabir senja
dan kau berlabuh di permatang keseronokan
menganyam impian
terdampar di lubuk keriangan
bersama sebungkus kerinduan
melakar kemelut sahsiahmu

Antara tempiasan kemelut kehidupan
kau meneladani hiburan terlampau
terlonjak-lonjak bagaikan penghuni rimba
bermandikan peluh maksiat
menodai persada bangsa dan nusa

Remajaku,
Impianmu menular kegelojohan
tersadai dipinggir kota
dimamah noda dan dosa
di perbatasan kemelut leluhur bangsa
menetaskan bibit-bibit kehancuran budaya

Mengapa kau menetaskan perbuatan durja
bayi-bayi terlempar di kaki lima
digonggong anjing liar -
meratah perbuatan durjana
ke mana kau lemparkan hadis dan firman
bahawa neraka itu kayu bakarnya manusia dan batu-batu
tidak betahkah kau menyalut kengerian?

Remajaku,
Bertaubatlah kau menyulut panggilan Ilahi
bahawa perbatasan hidupmu masih jauh
melakar ilmu menganyam kehidupan
dalam arus globalisasi dan modenisasi
membedung sahsiahmu memagar naluri.

Mari bersama kita tangisi waktu
kau adalah generasi peneroka zaman
menyusuri semangat membangun keazaman
mengendong keinsafan menghimpun impian
menerjah bulan dan matahari
menetaskan kehidupan murni abadi.

REJAB FI Kangar, Perlis

No comments: