iklan

Followers

Pages

Friday 11 January 2013

Jumaat datang lagi!

Jumaat zaman sekarang tak sama macam zaman aku sekolah dulu, zaman tahun 80-an. Jumaat dulu aku susah nak nampak orang lelaki sama ada remaja, dewasa mahu pun warga emas masih merayau-rayau di tempat-tempat awam semasa solat Jumaat sedang didirikan.

Klik le gambar untuk lagi besar, copy dari facebook kawan.
Semasa aku tinggal di asrama pun memang tiada lansung kelibat pelajar lelaki beragama Islam sama ada di kantin asrama atau di ruang jalan kaki asrama. Hanya pelajar-pelajar perempuan yang bising seperti rasa merdeka je sebab tiada pelajar lelaki. Semuanya sudah pun naik bas asrama menuju ke masjid.

Situasi di kedai makan di tengahari Jumaat tadi :

Aku : Yang! Sudu dan garfu tak de la! (Memang dah biasa dengan pelayan wanita tu!)
Pelayan : Mmmm... tak tahu pulak ada lelaki datang makan time-time macam ni. Tu yang tak cukup sudu garfu!

(Sebenarnya pelayan tu berkias je meluahkan rasa tak puas hati!.. Korang faham tak maksud dia?)

Aku : Patut le!
Pelayan : Kak Liza tunggu jap ye... saya ambil kat dapur!

Ramai juga lelaki yang dalam kumpulan satu meja makan, ada yang datang berpasangan. Semuanya musafir agaknya. Takkan uzur pulakkan? Errrkk... jangan marah!

Masa aku nak membayar di kaunter :

Aku : Belum bangun lagi ye diaorang ni!
Pelayan : Itu le pasal, tak ada rasa!
Aku : Nasib baik laki aku tak camni! (Perasan bagus kejap!)
Pelayan : Memang nasib baik pun!
Aku : Ish! Tapi kalau dia macam ni, memang dah kena reject awal dah dulu!
Pelayan : Ha! Ha! Iye tak iye jugak ye kak! Tak jadi le laki.

Bukanlah aku nak tunjuk alim. Tapi aku pulak yang terasa risau dengan trend begini. Maklum sajalah sebab aku pun ada 3 orang anak lelaki yang perlu aku risaukan. Takut suasana begini jadi biasa tanpa ada rasa bersalah.

Aku tertarik dengan satu restoran lot tepi di Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Tak ingat nama restorannya tapi terkenal dengan nasi kukusnya. Di situ dia letakkan notis bahawa tidak akan terima pelanggan lelaki muslim pada waktu solat Jumaat. Lupa nak ambil gambar notis tu.

Tapi jumpa juga notis tu dari blog Encik Omaq Muhamad Omar Ahmad.

Gambar copy dari SINI

No comments: