Pos laju tak pe, jangan pandu laju tak tentu hala.
Sudah dua tiga kali aku terserempak dengan kereta MPV ni buat U-turn berhadapan SRA Bandar Seri Putra dengan cara yang menjengkelkan.
Mula-mula dia akan ambil ruang yang agak banyak di jalan utama sebelum U-turn. Macam bas atau lori nak masuk simpang le hingga boleh juga sebabkan kenderaan dari belakang melanggar belakangnya jika tak berhati-hati.
Aku pun hairan kenapa nak ambil ruang jalan yang banyak sebelum u-turn. Bukan MPV 7 tempat duduk pun. Aku pun pernah juga banyak U-turn Toyota Wish kat situ, lepas je. Kalau tak yakin, aku akan lajakkan kereta ke ruang lain yang agak lapang asal tidak menyebabkan pengguna jalan raya lain rasa terganggu.
Pagi tadi terserempak lagi dengan gayanya yang sama tapi betul-betul buat aku geleng kepala. sebuah motosikal datang dari arah bertentangan sudah semakin hampir tetapi pemandu MPV ni tetap teruskan juga U-turnnya. Sakit hati pulak aku tengok. Kalaulah motorsikal tu tak sempat nak brek, takut dua jiwa tercedera atau melayang kerana penunggang motorsikal itu adalah seorang bapa yang sedang menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Banyak kemalangan berlaku semasa buat U-turn akibat tak berhati-hati dan juga tersilap andaian tentang jarak dan kelajuan kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Begitu juga bila tiba-tiba buat u-turn tanpa signal atau memberi masa yang sesuai hingga disodok oleh kenderaan dari belakang pula.
Hargailah nyawa sendiri dan orang lain. Bukan lama mana pun nak tunggu motosikal tu melepasi kita, tak sampai seminit pun. Kalau jalan jem sekali pun tak sampai 10 minit kita dapat masuk ke jalan bertentangan sama ada secara u-turn atau cara lain yang lebih selamat. Cari simpang lain.. lebih baik daripada melayan kemalangan yang mengambil masa kita berjam-jam untuk diuruskan.
p/s : Lain kali aku nak ambil gambar MPV tu.
7 comments:
erk
memang sakit hati dengan orang u turn sesuka hati ni
pikir die je lepas..orang belakang cbuk nak elak die tak kesah pun
huhu
kita ni kalo nk u-turn kena ambil kira trafik dari arah bertentangan kan kak liza
kena pandai anggarkan kelajuan...
kalau nak cepat sangat keluar aje dari rumah lebih awal.. janji tak menyusahkan orang lain dan diri sendiri.. juga melibatkan nyawa dan keselamatan org lain juga..
Ada org memang gitu, selfish & buta perut. Kesian pemandu & pengguna jalan raya yg lain.
Liza pun hati2 ye, orang macam tu bukan ada kasihan belas kat orang..
tu namanya..x reti hormat pengguna jalan raya y lain..pentingkan diri..selalu jmpe orang cmni
ow...part yg tak bagi signal utk belok ke apa tu paling skt hati. bkn kena byr kalau bagi isyarat awl2 pn...
Post a Comment