Dekat dah dengan rumah Ujang ni. Aku ambil peta dari kad jemputan kahwin Ujang ni.
Bulatan merah itu menunjukkan lokasi yang sama, cuma peta bawah ni aku ambil dari Google Map.
Bulatan merah itu menunjukkan lokasi yang sama, cuma peta bawah ni aku ambil dari Google Map.
Kejadian di simpang nak masuk lot kedai depan restoran sup UK (urat keting) di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Aku datang dari arah traffic light dalam bulatan tu. Kereta aku warna coklat yang berbaris belakang kereta purple dan ada kereta putih belakang aku. Semua nak masuk simpang ke restoran UK. Tapi ada pula van sekolah yang menyonsang nak belok ke kanan pada waktu yang tak sesuai ; kenderaan banyak masa ni bertali arus.
Kereta purple bagi jalan pada van sebab dah mengganggu dia nak masuk simpang. Tapi van tu gelojoh sangat terus memecut nak ke lorong sebelah kiri kitaorang. Kebetulan ada kereta pulak datang.... Bang! Bang! Boom laa..!
Kitaorang yang berbaris tadi tidaklah nak menunggu jadi pemerhati, takut jem pulak nanti. Maka masing-masing terus masuk simpang dekat restoran tu. Bertawaf juga aku mencari parking. Bila aku masuk restoran tu dengan anak aku si Aishah, aku nampak kedua-dua pemilik kenderaan sedang berbincang di tepi jalan.
Nampak tenang dan tak ada gaduh-gaduh. Tapi aku dapat rasakan betapa terkilan dan terkedunya pemandu van sekolah tu sebab memang salah dia pun. Keluar dari simpang ke arah kanan yang tidak dibenarkan dan melulu. Elok nak jalan pintas bagi cepat jadi terlewat pula dan pastilah nak kena bayar pula kerosakan pada pada pemilik kereta tu.
Van sendiri mungkinlah pecah lampu kiri dan kemek, kereta tu pun kemek juga di depan sebelah kanannya. Lebih malam tayar keretanya turut pancit. Nyaris juga banyak bengkel di kawasan tu. Tak perlu tunggu lori tunda pun boleh sampai dalam keadaan tayar pecah tu.
Apa pengajaran yang aku dapat dan memang selalu buat pun. Bila nak keluar dari simpang dalam keadaan tak berapa nampak kenderaan yang datang, perlulah main intai-intai perlahan-lahan supaya kenderaan yang datang tu dapat elak sebab mungkin ternampak hanya sedikit saja bahagian kereta kita yang keluar. Begitu juga bila undur nak keluar dari parking.
Kalau kita keluar melulu, orang lain nak elak pun dah tak ada ruang dan tak sempat.
Bayangkan kalau yang dilanggar van sekolah tu tadi pemandu motorsikal? Jangan tergolek atas jalan dan ada pula kereta dari belakang yang melanggarnya. Ngeri aku nak memikirkannya.
4 comments:
memandu ni kene sentiasa peka...x leh leko walaupun sekejap...
fuhh,, van sekolah tu sila.. beratur & tunggu giliran..
adesss ... malang x berbau. kesian, kan! mesti lebih berhati-hati.
Bila tengok2 peta rumah ujang ni baru teringat, rumah sepupu suami dan sepupu wani satu taman je dgn rumah ujang rupanya...haha
Post a Comment