iklan

Followers

Pages

Monday, 16 April 2012

Rugi beli kereta mahal, lampu isyaratnya silap pasang wayar!

Ada orang tak tahu nak bezakan mana kanan dan mana kiri. Mungkin tahu tapi sering tersilap dan teragak-agak. Bagi yang beragama Islam tak boleh ada sikap tak tahu mana satu kanan atau mana satu kiri melainkan memang dia ada masalah hilang ingatan.

Mana boleh silapkan kalau makan tu, gunakan tangan kanan. Lebih-lebih lagi bila makan guna tangan secara terus yakni tanpa sudu, garfu mahu pun chop stick. Lagi sunat jika gunakan 3 jari saja untuk menyuap. Dalil? Carilah kat Google tu, mesti ada. Kalau aku silap, cepat-cepat bagitau.

Bila makan guna 3 jari dan ibu jari ni, teringat aku pada arwah bapa mertua aku yang sering jadikan ia sebagai amalan seharian. Alfatihah!

Nak suap makanan guna tangan kiri? Ramai rasanya yang rasa geli sebab itulah tangan kita gunakan untuk mencuci anggota tubuh selepas buang air besar atau kecil. Walau dah cuci bersih dan bersabun pun, rasa tak selesa tu tetap ada.

Bila berwudhuk pun sunat kita mulakan dengan anggota badan sebelah kanan dahulu. Dapat pahalakan. Memang anggota kanan kita sering dahulukan seperti juga bersalaman dengan tangan kanan. Pelikkan bila salam dengan tangan kiri dengan orang lain. Macam kurang sopan je.

Jadi, ada yang bermasalah nak bezakan mana kiri dan mana kanan?

Penting kita tahu bezakan mana yang kiri dan mana yang kanan terutama semasa memandu kenderaan, mengendalikan mesin-mesin di tempat kerja dan sebagainya. Jika tersilap maka kebarangkalian berlaku kemalangan juga mungkin ada. Kalau nyawa melayang memang sesal tak sudah.

Kesnya pagi ini aku mengekori sebuah kereta Hyundai yang cantik semasa menghantar anak ke sekolah. Lampu singnal ke KANAN dia nyalakan. Jadi aku buat keputusan nak berhenti di sebelah KIRI.

Tapi bukannya dia ke kanan pun. Dia berhenti di kiri jalan. Aku yang mengekori ni terkejut juga dan terpaksa berhenti jauh sedikit dari tempat yang aku rancang nak berhenti kalau dia tak ke kiri tadi. Sabar ajelahkan.

Masalah lagi satu dia berhenti tidak betul-betul di tepi bahu jalan dan agak ke tengah sikit. Aku terpaksa pula undur untuk berlalu sebab anak-anak aku dah pun keluar dari kereta lebih cepat dari anak-anaknya.

Selepas anaknya keluar, siap lambai-lambai pulak di tepi ibunya di bahagian pemandu. Siapa tak sayang anak, nak lambai pun perhati juga di depan takut ada kereta yang datang 'menyapu' pula anak kita yang melambai.

Aku terpaksa berhenti untuk biarkan anak dia berlalu dulu.

Ajarlah anak-anak turun di sebelah pintu yang tidak menghala ke jalan. Jika kita berhenti di bahu jalan sebelah kri, suruh semua keluar di sebelah kiri. Jika kereta berhenti di bahu jalan sebelah kanan, biasakan anak-anak turun di sebelah kanan sahaja. Takut kalau tak perasan kereta datang dari belakang dan melanggar semasa anak keluar di bahagian yang tak sepatutnya.

Bila anak-anaknya dah berlalu, kereta Hyundai ni pun mula bergerak dengan bagi lampu signal KANAN. Lagi sekali dia buat pening belok ke simpang KIRI. Apa masalah dia ni?

"Kalau dapat ambil gambar ni cantik!", kata aku pada anak lelaki di sebelah aku. Nak hantar dia ke sekolah menengah pula.

Tapi tak dapat nak tangkap gambar pun. Jadi aku copy gambar dari Google sajalah.


Takkanlah kereta canggih macam ni ada masalah silap litar/wayar lampu signalkan. Manalah tahu kalau memang dia nak bagi isyarat kanan tapi lampu kiri yang menyala. Harap dapat bawa kereta tu pergi servis. Pakai kereta Kelisa buruk macam aku pun ok je, tak ada masalah dengan lampu signal (Riak betul aku ye!).

Macam kecil je masalah ni, tapi fikir-fikirkanlah. Sikap sambil lewa kadang mengundang padah yang buat kita menyesal seumur hidup.

9 comments:

Unknown said...

hahaha, ada yang tak bagi lampu pun ada, hahaha

Amin Hafizy said...

ha ha haa.. mungkin tak perasan wayar tersilap... kena bgtau bior org tu bleh pg repair...

ummiross said...

Uish! bahaya tu,bab signal ni bukan boleh main-main..

mas saari said...

memang selalu jumpa pemandu camni.. kiri kanan pun tak boleh beza!

Hanis Azla said...

menyusahkan orang satu hal.. tidak selamat utk diri sendiri dan orang lain juga.. itu yg lebih tak patut tu..

Hanis Azla said...

menyusahkan orang satu hal.. tidak selamat utk diri sendiri dan orang lain juga.. itu yg lebih tak patut tu..

hamzah ian said...

kereta baru kot, maybe dia tak biasa. hehehe

kak tie said...

lebih sakit hati bila ada pemandu nak belok kiri/kanan tapi x bagi signal..

CHE ROSSLI said...

Almost entri kat liza berkaitan kesalahan pemandu yang berkenderaan. Terbaik!. boleh jadi Pelapor berita TV-3 part time lah mcn ni ganti karam sing walia..

AUDIT PRESTASI,DIDIK DIRI