Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata mahu pun perbuatan, tanggunglah akibatnya.
Bukan kita tak tahu akibat dari sesetengah perbuatan kita itu boleh mendatangkan mudarat jika diteruskan tetapi kita masih juga bersikap 'tak pe', 'ada aku kisah', 'peduli apa aku', 'alahhh... sikit je!', 'tak mungkinlah', 'boleh baik nanti' dan segala macam alasan untuk beri semangat meneruskan aktiviti-aktiviti tak sihat kita.
Aku bagi contoh supaya korang lebih faham apa yang aku maksudkan yang kita tahu kesannya tetapi tetap kita teruskan juga hinggalah kebarangkalian kesannya yang buruk itu menjadi kenyataan.
- Merokok itu membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain.
- Terlalu kerap dan banyak makan makanan berlemak dan manis tak elok untuk kesihatan.
- Sikap suka bertangguh menyebabkan kita rugi dan terlepas banyak peluang yang baik.
- Berjudi itu haram dan boleh merosakkan hubungan sesama insan.
- Memandu laju dan melulu mampu menyebabkan kemalangan kerana kurang kawalan penuh.
- Hubungan antara dua insan bukan muhrim yang tidak menjaga batas-batas agama itu berdosa dan bahaya.
- Mencuri, merompak, merogol, membunuh tu semua kerja salah!
- Mengumpat, menengking, menghina, mengata dan seumpamanya.
- Bermalas-malasan dan bersantai setiap waktu dan setiap hari itu bakal merosakkan kesihatan.
- Tak ambil tahu/peduli apa aktiviti anak-anak di dalam atau di luar rumah.
Kalau nak senarai sikap buruk tu memang sangatlah banyak....
Tapi bila segala yang tak ingin kita alami atau pun saksikan terjadi, barulah kita tersedar dan menyesal.
Ketagih judi musnahkan masa depan |
Sikap cuai kita mungkin sebabkan kita atau orang lain kemalangan |
Terlebih cinta tergadai maruah |
Terlebih kolestrol |
Asap rokok tak boleh kikis dah |
Bayangkanlah rentetan peristiwa yang mungkin pula perlu kita alami bila 'nasi dah jadi bubur'? Mungkin ada yang hilang keluarga, dihina dan dicerca, cacat anggota atau lebih parah jika lansung tak boleh buat kerja apa-apa pun yakni perlukan bantuan orang lain untuk kita meneruskan hidup.
Kehidupan yang indah dulu telah tiada akibat sikap kita sendiri.
Bila dah sampai ke perjalanan terakhir, tiada apa-apa sikap buruk lagi yang dapat kita perbetulkan. Memang sudah terlambat. Moga Allah beri kita kekuatan dan hidayah untuk sentiasa kita menjaga diri kita agar sihat dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-sama saling mengingati sesama insan.
2 comments:
betul tu kena selalu beringat sebelum terlambat...
slm..nak mintak tlog boleh?? mintak tlg vote untuk contest iphone 5 gadjet impian... masuk ke denaihati dalam entri /iphone-5-blogger-paling-hebat , register dahulu sbgai ahli denaihati, lepas daftar tekan button untuk mengundi, undian sekurang-kurangnya 3 blog untuk sehari..jangan lupa vote cikjaz.com yer. Terima Kasih :)
Post a Comment