iklan

Followers

Pages

Thursday, 29 November 2012

Rajin, bertolak-ansur dan bersiap awal banyak faedahnya!

Semalam aku pergi training seharian anjuran syarikat yang patut bermula pukul 9.00 pagi hingga ke 5.00 petang di Bangsar. Setiap kali nak pergi apa-apa training yang bermula 9.00 pagi, pastinya aku akan kelam-kabut. Kecoh je kan! Padahal orang lain boleh tenang je.. he..he..

Upline aku yang ajak aku join training ni bersama seorang lagi rakan seperjuangan. Sama-sama UTC (Unit Trust Consultant) di Public Mutual Berhad. Ini seronoknya bila pergi training 3 sekawan. Kak Ras tu upline aku dan Kak Maz. Kira macam aku dan Kak Maz jadi dua cabang pada Kak Ras lah.


Dari rasa malas jadi semangat bila pergi dengan kawan-kawan rapat ni.
Maklum saja kami bertiga ni tak amalkan sangat sikap :

1. Kak Ras - "aku upline kau, so aku macam boss kaulah".
2. Liza AB (aku le ni!) - "aku dowline kau, kau kena tolong aku selalulah".
3. Kak Maz & Aku "kau bukan dowline aku, buat apa aku nak tolong".

Masing-masing cuba memahami kesenangan dan kesusahan yang dialami. Bantu dan bekerjasama ikut kemampuan dan had masing-masing dengan rasa hormat juga pada hak dan privacy. Jangan ada rasa dengki, cepat nak kecil hati dan pelbagai reaksi negatif. Belajar bersikap dewasa, bertolak-ansur dan menghormati.

Tetapi jika 'downline' ingin benar-benar berjaya, kenalah dengar dan pertimbangkan segala nasihat dan tunjuk ajar 'upline'. Kemudian belajar buat sendiri hingga pandai dengan cara yang matang.

Kami mengamalkan sikap tugas sebagai UTC ini adalah bisnes kami sendiri. Menjadi 'boss' dan 'kuli' pada diri sendiri. Jika nak berjaya, kena usaha sendiri, bukannya orang lain. Upline hanya beri tunjuk ajar, bukan tolong buatkan. Sekali-dua tolong buatkan kira bolehlah tapi kalau selalu nak kena tolong buatkan maka tak adillah bagi upline kita. Dia pun asalnya bermula seperti kita juga, belajar dan kemudian buat sendiri.

Aku dan Kak Maz pun saling bertukar pendapat dan dia banyak beri galakan dan idea pada aku. Kami memang saling bersaing. Yang paling untung tentulah Kak Ras sebagai upline bila kami sebagai downline bersaing untuk dapatkan 'Sales (Jualan)' yang banyak kerana ada 'over riding' untuknya. Tapi apa aku nak kisah kalau memang itu rezeki dan hak dia. Apatah lagi Kak Ras banyak bantu aku dan paling bertimbang rasa dengan aku.

Untungnya bila Kak Maz pergi training yang sama dengan aku sebab aku suka tumpang kereta dia waktu pergi dan balik dari Bandar Baru Bangi ke Bangsar. Menyandar sajalah dalam kereta sebab ada pemandu... he..he.. sayang Kak Maz! Tak perlu susah-susah aku nak drive kereta, cari parking atau kalau naik komuter terpaksa berjalan laju-laju dengan menjinjing beg di tangan. Memang banyak senang dari susah!

Minggu satu lagi ada kelas yang kami bertiga nak join sama-sama. Meriah masa waktu rehatlah. Dan sama-sama juga menyertai satu Konvensyen anjuran syarikat di Hotel One World, Bandar Utama. Kali pertama aku ke situ masa majlis perkahwinan sepupu aku di entry INI.

Semalam aku bangun seawal jam 5.15 pagi. Aku terus basuh kain, sidai kain dan memasak sarapan untuk anak-anak sebelum mereka ke tusyen dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Aku sediakan juga makan tengahari untuk mereka bila habis tusyen nanti. Syukur pihak tusyen ada sediakan van untuk hantar dan ambil balik antara rumah dan kelas tusyen. Yang kecil sekali aku hantar ke rumah pengasuh.

Wow! Basuh kain, sidai kain, masak sarapan dan lunch dan hantar si kecil ke pengasuh dapat aku siapkan seawal pukul 7.00 pagi. Selepas tu bergegas pandu kereta aku ke Bandar Baru Bangi di lokasi yang dijanjikan untuk menunggu Kak Maz ambil aku. Kena keluar awal sebab Kak Maz nak hantar anak bongsunya ke rumah maknya di Kelana Jaya.

Bila kita hendak... semuanya cepat siap! Tapi hari ini tak ada kelas maka tak adalah kalut sangat! Pukul 9.00 pagi barulah aku terhegeh nak menyidai kain. Apasal aku tak buat macam semalam, buat semuanya awal. Tentu banyak lagi perkara yang berfaedah dapat aku selesaikan segera.

Dah tau sifat suka bertangguh itu rugi tapi tak insaf-insaf juga!

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Liza

sepakat membawa berkat

mselim3 said...

sebenar kerja dalam satu kumpulan ini bagus , dalam agama kita pun digalakan buat kerja beramai-ramai...
macam solat contohnya solat pun digalakan solat beramai2 kan....

pls : pesanan utk saya nie...saya nie serba kekurangan, sila betul kalu saya salah.

Norliha Samad said...

salam,

lama tak bw blog liza...
sempat jengah tapi tak sempat nk update blog.
apa yang penting kerjasama.