iklan

Followers

Pages

Monday, 26 November 2012

Asyik tusyen je dan mula tadika awal!

Pukul 9.00 pagi ini 3 orang anak start tusyen sempena cuti sekolah. Kalau tak hantar tusyen, memang sah-sah depa leka main game aje kat rumah. Makan tido je! Kalau tak diminta tolong buat kerja rumah, memang mengadap PS2, laptop, TV dan komputerlah jawapnya. Lama-lama badan makin mengembang nanti. Dah la result exam baru ni teruk! Tak nampak 'A' lansung.

Hubby cadangkan hantar ke Kelas Cikgu Maryam di Impian Putra, Bandar Seri Putra. Ada van yang datang ambil anak-anak. Cuba dulu untuk aktiviti belajar dalam cuti sekolah ni. Kelas bermula pukul 9.30 pagi hingga pukul 1.00 tengahari. Kalau ada perkembangan baik, bolehlah teruskan untuk sepanjang tahun depan.


Anak yang sulung saja yang tusyennya di sebelah malam, pukul 7.45 hingga 10.15 malam. Ambil 4 subjek saja ; Fizik, Biologi, Kimia dan Add Maths. Tahun depan dia dah nak SPM. Haaaa???? SPM? Dah besar rupanya anak aku. Rasanya dulu baru je darjah 6, dah nak masuk tingkatan 5?

Untuk tusyen ini saja habis juga dalam RM1K lebih. Baru-baru ni dah beli baju sekolah anak-anak habis juga dekat RM600. Itu belum masuk kasut sekolah, tudung sekolah dan tak beli pun baju untuk yang sulung sebab tak payah dulu katanya. Nasib baik juga kain sekolah dia tahan sejak dia form 1 dan badan pun tak makin mengembang, cuma meninggi je.

Tahun depan anak yang bersekolah di peringkat menengah dah bertambah seorang lagi ; jadi 3 orang semuanya. Tinggal seorang je dalam darjah 5 dan yang bongsu baru je nak masuk 4 tahun.

Yang bongsu Arif ni pun bila ditanya "adik nak sekolah?".

Pantas je dia jawap "nakk!". Pandai sangatlah nak ke sekolah.

"Alip nak belajar 'alip', 'ba', 'ta', 'jim', 'ha', 'kho'!", tambah Arif.

Banyak kali aku tanya "mana 'sa'? tak ada pun!".

"Adaaaa!", jawap Arif.

Macam tu lah jawapan dia bila ditanya perihal sekolah. Huruf 'sa' mesti tertinggal walau aku dah ulang ajar berkali-kali.

Ada tadika cawangan baru Dzul Iman nak buka pada 1 Disember ini di Anjung Suasana, Bandar Seri Putra. Macam menarik juga! Nak kena tinjau-tinjau bajetnya nanti.


Ada orang kata usia 4 tahun itu terlalu awal. Ikut oranglahkan! Anak dia, tentu dia lebih maklum dan faham. Aku pun nak Arif pandai juga. Nak mengajar sendiri tak ada skil, selalu je tak sabar! Jadi kalau bajetnya ada, boleh le hantar ke tadika walau pun baru berusia 4 tahun.

Itu pun ikut kehendak Arif juga. Kalau tiba-tiba dia tak mahu pergi, aku ikutkan saja buat masa ni. Tak ada paksa-paksa. Biar dia belajar sementara dia ghairah sangat. Lagi pun kan elok mengenal huruf seawal usia 3 tahun. Ikut larat masing-masing le.

Kalau anak aku tak pandai membaca masa nak masuk sekolah rendah, siapa yang tanggung susah? Tak ke aku dan anak juga? Bukan orang lain pun yang susah tapi suka komplen "awal sangatlah!". Aku dah lalui pengalaman tu 2 kali dengan kedua-dua anak lelaki aku. Susah payah aku mencari cikgu perseorangan semata-mata nak ajar mereka membaca sahaja pada bulan Disember sebelum masuk tahun 1.

Begitu juga dengan tusyen untuk anak-anak. Kadang orang lain melihat anak terbeban dengan sekolah, kerja rumah dan tusyen. Tak tahu bila waktu rehatnya kalau Sabtu Ahad pun pergi tusyen juga.

"Kesian budak tu!". Ya! Mungkin memang betul terbeban. Tapi adakalanya orang luar yang melihat je yang kecoh sedangkan budak tu ok je sebab dia sedar akan tanggungjawapnya.

Cara nak bagi anak-anak sedar tentu saja dengan berkomunikasi tentang sebab dan akibat tindakan yang diambil. Selalunya anak-anak faham sebab-sebab perlu belajar dan tusyen. Cuma mereka menentang sebab sifat 'malas'. Sebab aku pun dah lalui perasaan tu... he..he.. Jadi aku pun kena ambil kira juga jumlah waktu mereka yang terluang dan sekali-sekala 'ambil hati' dan bagi 'ganjaran' walau sedikit.

Ya! Pandangan orang lain kena dengar dan timbang-timbangkan juga. Tapi yang memberi pandangan pun janganlah merungut kalau orang lain tak dengar pandangan tu. Mungkin dia ada cara lain yang dia rasa lebih baik dan sesuai untuknya. Umpama makan le! Lain orang lain selera makannya! Adakalanya selera sama tapi tak boleh nak makan juga sebab alergik/pantang le pulak.

Pandai-pandailah kita memilih yang terbaik dan sesuai untuk anak-anak kita. Tapi jangan buat muka sombong pulak dengan pendapat orang lain. Layan je lah...he..he.. Layannnn!!!


No comments: