iklan

Followers

Pages

Friday, 12 August 2011

Demam sakit seluruh badan

Dua tiga hari ni memang entry kurang dari aku. Blogwalking pun tak ada. Kenapa? Dah tak ada mood nak berblog ke? Tidak sebenarnya.

Sebenarnya aku demam yang agak teruk sejak hari Selasa dan hari ini merupakan hari keempat. Aku menaip bila sakit kepala aku lega sikit.

Hari pertama - Selasa
Pagi tu aku ke klinik kerana sepanjang malam seluruh sendi aku sakit. Sebenarnya aku dah merasa sakit belakang dan beralih ke sakit kaki sebelah kira sejak 2 hari sebelumnya. Kepala aku juga sakit dengan rasa badan yang agak dedar (panas sedikit).

Suhu badan tinggi sikit je sekitar 38 darjah Celcius. Tekak merah tapi aku tak rasa sakit pun. Tekanan darah ok je. Doktor beri antibiotik, ubat demam, ubat sakit badan.

Aku tak puasa hari tu sebab takut keadaan lesu lebih teruk. Walaupun tak puasa aku hanya minum air. Mulut terasa payau nak makan. Aku makan ubat yang doktor beri.

Tak lama kemudian aku mula muntah-muntah. Tak ada apa yang keluar. Setiap kali aku minum air akan muntah semula selepas 2-3 saat. Hinggakan terpaksa baring dekat bilik air. Bila berbaring semua posisi tak selesa sebab badan masih sakit-sakit dan sengal.

Jadi aku tak memasak hari tu. Terpaksalah hubby beli makanan di pasar. Hubby pun sakit kepala juga hari tu.

Hari kedua - Rabu
Awal pagi tekak terasa sangat pahit seperti pahit ubat. Cuak juga sebab tak pernah pulak demam begini.

Tapi rasa ok sikit sebab sakit badan dah kurang. Cuma badan rasa tak bermaya tapi aku cuba juga ambil anak sulung aku dari sekolah di Bandar Baru Bangi.

Bila petang datang semula mual dan nak pening. Dah terbaring pulak lagi. Kerja apa pun tak boleh nak buat.

Hari ketiga - Khamis
Pun tekak terasa pahit awal pagi. Sungguh tak selesa. Minum air pun cuma hilang sikit aje pahitnya. Mual masih terasa walau pun dah makan ubat tahan muntah.

Aku tidur je sejak pukul 9 pagi sampai 11 pagi sebab tak larat nak layan mual dan sakit badan yang datang semula. Seksa rasanya.

Pukul 2 petang aku ke klinik semula sebab mual aku yang menjadi-jadi.

Hari keempat - Hari ini Jumaat
Makan ubat berhari-hari pun macam taj jadi apa je. Jarang sangat aku demam berhari-hari sejak aku kecil lagi. Aku harap tak adalah demam yang bukan-bukan.

Malam tadi aku dah sms doktor pasal nak ambil darah untuk test. So pagi ni baru dia reply suruh datang pagi sebab klinik tutup pukul 12 untuk solat Jumaat.

Doakan aku cepat sembuh ye! Kalau kaum ibu tentu faham jika kalian jatuh sakit. Banyak urusan rumahtangga terbengkalai. Kesian anak-anak dan suami yang kalut nak bersiap untuk buka puasa. Lebih-lebih lagi bila ada anak yang usia di bawah 3 tahun. Memang kalut.

18 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Liza

saya doakan agar liza cepat sembuh, supaya dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

ummiross said...

Liza, kesiannya, demam rupanya. Betul lah Liza, kita walaupun sakit, masih risaukan anak2 dan suami terutama bulan puasa ni. Ummi harap keputusan ujian darah tu tak ada yang serius. Ummi doakan Liza cepat sembuh, banyak2 berehat ye..

mas saari said...

rehat banyak2 kak!
moga akak sempat sembuh..

Aku Ibu Muda said...

kak liza...berisi kot?

hehe

Ct Aja said...

Akak tanda2 tu macam tanda saya kena denggi dulu la akk, lagi baik akk pi check kt hspital kerajaan....

moga akak cepat baik...

Dinas Aldi said...

Sedih la pulak tak sihat, tambah lak di bulan puasa ni. Semoga cepat sembuh, take care naa..

Dhymalk dhykTa said...

Assalamualaykum sist..

wah kabar buruk yah rupanya, saya mendoakan semoga sakitnya menjadi penggugur dosa,semoga lekas sembuh..

maaf banner denai hati nya??
mohon dicomment di blog ku yah..

jazakallah

Bapak said...

semoga Kak Liza cepat sembuh

Kak Aya said...

semoga cepat sembuh, liza..

kakchik@ella said...

Jaga diri ye liza. Makan ubat tau.

Muhammad Burn said...

smoga cepat sembuh. tapi selalunya, bila dah dapat antibiotik, mesti ok. kena habiskan antibiotik tu. tp lepas seminggu antibiotik tu akan jadi racun.

sitiezahim said...

take care kak liza..betul saya pon paham kalau kita sakit memang sakit seluruh rumah...huhuhu

Hanis Azla said...

salam kak.. macam mana dengan dengan demam akak.. harap dah beransur sembuh dan pulih sepenuhnya.. take care yer kak..

dah lama tak dtg sini.. sejak akak berdot.com ni mmg kat ofis tak boleh masuk.. kat rmh pula tak berkesempatan..

me3n said...

Get well soon kakk!

p/s: Kenapa dah takde Name/URL dalam ruang komen? Tak leh nak letak link blog saya, terpaksa pakai id blogger lama huhhu..

Cik Puan Zura said...

semoga kak liza cepat sembuh yer....amin...

Lulu Caldina said...

semoga kak liza cepat sembuh..

Sofya said...

dapat tahu akak masuk wat sebab demam.. serius tu..
harap akak cepat2 la sembuh.. sabar ya

MumMe said...

Salam Kak liza...dah sihat ke kak liza...harap semua dah ok...