iklan

Followers

Pages

Friday, 9 November 2012

Mandian Hydro Therapy, nikmatnya!!

Seminggu dua ni agak gila ke spa. Mana lagi kalau tak ke Riani Beauty Spa yang terletak dekat rumah aku di Bandar Seri Putra. Klik le map kat bawah ni utk lebih jelas lokasi spanya.


View Larger Map

Mandian Hydro Therapy baru saja diperkenalkan di spa ini pada 5 November 2012. Aku yang pernah merasakan kesan positifnya di Shena Aroma Spa yang terletak di Bandar Baru Bangi tentu saja teruja untuk mencubanya pula di Riani Beauty Spa. Lebih dekat nampaknya dengan rumah aku.

Bagaimana gayanya mandian ini. Jadi contoh gambar ini aku jumpa dari SINI. Gambar minah salehlah ye!


Gaya santai habis ni. Air dalam tab mandian dicampur dengan pelbagai jenis wangian yang punya fungsi kesihatannya sendiri. Adakah kita mahu menghilangkan keletihan atau mengalami masalah asma, resdung, obes, urat bersimpul dan sebagainya. Itu tentu saja staf spa yang tentukan jenisnya.

Sebenarnya ada banyak posisi yang dicadangkan oleh pihak Riani Beauty Spa untuk faedah kesihatan yang tertentu juga. Untuk jantung hati? Untuk buah pinggang? Nak pinggang ramping atau 'nasi lemak' cantik? Ada ditampal panduannya di sebelah tab mandian. Aku ikut je...he..he.. enjoy!

Gambar dari SINI, boleh baca lagi info!
Melangkahkan kaki dan menyentuh air di dalam tab perlahan-lahan membuatkan hati berdebar-debar sekejap. Terasa kehangatannya. Perlahan-lahan duduk dan cuba menyesuaikan suhu air dan suhu badan. Berombak-ombak air di dalam tab. Haruman terapinya juga mula melegakan dan menyegarkan.

Memang best! Aku ni kalau nak cepat dan tak sempat nak berurut tradisional maka inilah rawatan alternatif aku ; Mandian Hydrotherapy! Selesa, seronok dan pantas. Hanya perlu luangkan masa 15 minit di dalam tab mandian tetapi sudah terasa manafaatnya.

Selesai waktu 15 minit, badan terasa letih seperti baru lepas bersenam. Aku duduk sekejap untuk rehatkan diri di luar tab. Tak lama kemudian terasa badan mula berpeluh, memang seperti baru lepas bersenam.

Minuman madu disediakan untuk aku. Biasanya aku suka yang suam-suam saja. Tak suka yang sejuk.

Pengalaman pertama aku dulu selepas mandian ini akan buat aku jadi lena tidur. Terasa segar keesokan paginya. Tidaklah rasa berat saja nak bangun pagi. Ini pun rasa macam hilang pula lenguh-lenguh di belakang badan yang aku alami sejak malam sebelumnya.

Bagi mereka yang sibuk dan mengejar masa, inilah rawatan terbaik yang aku syorkan. Jika dekat dengan rumah, ke Riani Beauty Spalah aku. Tetapi jika di Bandar Baru Bangi, tentu saja Shena Aroma Spa haluan aku.

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Liza

untuk lelaki ada ke...he he

Liza Abu Bakar said...

salam atuk... kat Shena Aroma Spa ada utk lelaki & wanita. Riani spa utk wanita sahaja.

MumMe said...

bagus ni Kak Liza...lama x memanjakan diri...