iklan

Followers

Pages

Monday, 16 May 2011

Kasih lama bertaut kembali



"Runtuhnya sebuah perkahwinan hasil dari satu pertemuan di MAJLIS REUNION .. kes kasih lama bertaut kembali, suratan takdir, kebetulan@sengaja cari pasal?"

Inilah 'post' yang aku jumpa kat 'wall' facebook kawan aku. Dah banyak berlaku perkara ni. Tak tahulah apa yang dicari. Tak cukup kasih sayang? Buta hati? Nafsu semata-mata? Mabuk kepayang atau semuanya hanya alasan?

Sebab itulah ramai para isteri dan tak kurang juga para suami yang risaulah sangat bila pasangan masing-masing nak turut serta dalam majlis reunion. Khuatir dengan kes kasih bertaut kembali. Bagi aku majlis tu tidaklah salah pun.

Aku rasa tanpa majlis pun kalau nak bertaut tu akan jadi juga. Masalah besarnya bila lupa status diri sendiri. Kalau tak menyusahkan orang tu tak mengapalah.... eh! Tak pe ke? Pasti ke tak menyusahkan orang lain? Benda kalau dah salah dan tak boleh tu tak perlulah mencari 1001 alasan.

Fikir-fikirkanlah! Ada orang lain kisah kau dulu kekasih pertama dia atau dulu bercinta bagai nak rak? Ada orang lain kisah dulu korang bercinta dari darjah satu sampailah kau bertunang dengan orang lain? Orang lain hanya tahu suami atau isterinya yang sah saja berhak ke atas dirinya. Tak perlu rasanya nak menagih cinta lama dan memporak-perandakan rumahtangga orang lain.

Cukup sekadar bertanya khabar biasa-biasa dan jangan terlebih simpati. Kisah cinta lama jangan diungkit lagi. Itu hanya sejarah, sekadar menjadi pengajaran yang turut mewarnai hidup kita. Tak perlu di baja-baja lagi.

Pasangan pun janganlah cepat sangat berburuk sangka bila suami atau isteri sekadar menegur kekasih lama. Tidak semestinya semua cinta lama akan berputik kembali.

Sekuntum mawar merah yang ku curi dari blog seorang guru dengan entrynya tentang kasih dan sayang :

Selamat Hari Guru Cikgu Mawar Merah!

7 comments:

Anonymous said...

kejujuran dan kestiaan paling penting dlm mennagani masalah ni...

Latifah said...

itu namanya saja cari pasal kak.
huhu...
hargailah orang yang ada disekeliling kita. :)

ummiross said...

Forbidden fruit is the sweetest, syaitan takkan pernah berhenti untuk menggoda anak Adam, yang tidak dapat dimiliki itu sentiasa nampak lebih baik, sedangkan yang telah dianugerahkan Allah untuk kita adalah yang terbaik.

Anonymous said...

tepuk dada tanye iman,,kan kak..

Sofya said...

betul tu yang penting status tu kena ingat.. yg lepas bila la lepas.. watpa nak kenang kembali.. cukup indah masjid yg terbina takkanlah sanggup digadainya.. :( tumpang sadis

sitiezahim said...

kene sentiasa beringat dengan status diri..tapi tak bermakna selepas kawen, kita tinggalkan semua kawan lama..kan kak??

A retarded kitty said...

dugaan