Gambar dari SINI
Kita ni walau dah banyak kali berlaku dan diingatkan pun masih juga leka, lupa dan mungkin degil. Ini bukan kisah budak-budak yang degil tetapi orang dewasa yang sering tak ambil berat. Selalu sahaja ambil mudah tentang keselamatan anak-anak.
Hari ini aku nampak lagi anaknya berdiri di kerusi hadapan kereta bahagian penumpang. Tingkap kereta terbuka luas. Ceria benar anak lelakinya yang baru berusia sekitar 5-6 tahun menahan angin di tepi tingkap kereta. Pedal minyak ditekan agak laju oleh si ibu. Risau aku!
Mungkinkah aku yang kuno? Terlalu risau? Remehkah hal yang berlaku di depan mata?
Aku teringat berita di surat khabar suatu masa dulu seorang ayah yang trauma akibat menggilis anaknya sendiri dengan kereta. Waktu itu dia cuba membelok di selekoh dan tiba-tiba anaknya terjatuh dari tingkap pintu belakang kereta. Malang si kecil terus digilis kereta ayah sendiri. Ngerinya untuk aku membayangkan situasi begitu.
Fikir-fikirkanlah... aku setuju dengan kata-kata di radio Sinar FM yang lebih kurang begini maksudnya : Biarlah anak kita menangis dulu semata-mata kerana kita melarang dia melakukan perkara yang merbahaya, jangan kita pula yang menangis setelah malapetaka menimpa anak kita.
http://bit.ly/sG6UBh
10 comments:
betul tu, biar anak menangis dulu sebelum kita yang menangis nanti... bukan untuk kes seat belt atau kena langgar ni aje tapi untuk kes2 lain yang melibatkan anak2 seperti membenarkan mereka bermain banjir (sekarang kan musim hujan...) sb banyak kes kanak2 lemas dsb.
ye..setuju sgt2...akak x kuno lah..mmg betul..sesetengah parent kdg2 terlupa hal2 remeh ni..semoga kita beringat selalu..
betul kak..
yg penting keselamatan. kat msia ni tahap kesedaran ibu bapa masih lagi di tahap biasa2. sbb wpun dorg dah beli car seat atau booster. dorg tetap pegang anak/pangku sdiri.
jgn kata budak kecik, org dewasa yg duduk belakang pun kena pakai seat belt..
Setuju sgt..kdg2 kite yg tengok plak jd risau ...rase mcm nk jatuh je bdak tu..tp mak ayah wt bodo je..nk tggu anak jtuh dlu, bru die tau bahayenye..huhuh
ye lah Liza, selalu tengok perkara macam ni, kadang kita yang mengikut kereta tu dari belakang naik rimas dan risau, kalau apa-apa berlaku, me nyesal tak sudah..
Assalamualaikum Liza
mukin cara itu mereka sayangkan anak... (belum kena lagi..)
Wassalam
Banyak lagi..sayang anak tangan2kan..biar anak tau betul salah masa kecik..jangan dah besar kita yang meraung..
oo..patutlah mak marah masa keluarkan tangan kat tingkap kecik2 dulu..hihi
nice words..
mendalam erti nye..
setuju kak!
saya lagi suka tengok anak saya menangis protes sebab saya larang dia buat sesuatu yang bahaya, daripada saya yang menangis jika sesuatu menimpa dia!
Post a Comment