Curi gambar blog jeBateja - Siapa Nak Demam...?
Pengalaman kena demam denggi memang menakutkan. Itu baru denggi biasa dan bukannya denggi berdarah. Aku yang dewasa pun rasa tersiksa benar menahan sakitnya demam denggi, apatah lagi anak-anak kecil. Kesedaran tentang bahaya denggi itu memang ada tetapi lebih pada di minda sahaja. Masih ramai lagi yang tidak ambil berat tentang tindakan yang patut dibuat untuk mengelakkan demam denggi ini.
Berapa banyak pengetahuan kita tentang bahaya denggi dan cara mengatasinya.
Cuba korang jawap soalan-soalan dalam kuiz berkaitan denggi di SINI.
Lulus tak? Tentu sedikit sebanyak ada ilmu yang korang perolehi dari menjawap soalan kuiz itu.
Kronologi aku sendiri yang pernah kena demam denggi dan hikmahnya :
1. Demam sakit seluruh badan
2. Admit Hospital Serdang kerana denggi
3. Hikmah denggi : Pemakanan sihat, Insyaallah, sihatlah kita!
Wordless hari ini oleh teman blogger akibat denggi : Penangan denggi dan virus rubella.
Harus jenguk kalau nak tengok antara tanda-tanda kena denggi, memang tak cantik dan tak selesa.
Tapi dugaan teman blogger ni lebih hebat dari aku. Bukan setakat demam denggi je, serentak hubbynya kena demam rubella. Dan ada juga fitnah besar yang melanda... baca Diduga dengan kematian dan yang memfitnahnya di SINI dan SINI.
Berita asal fitnah tu pun aku dapat dari teman blogger aku, Hanis Azla.
Kalau ada teman-teman kita yang sedang dilanda demam denggi tu, doakan moga cepat sembuh dan kuat semangat. Moga berkat doa dari teman-teman dapat menyegerakan sembuhnya penyakitnya.
Bagi yang belum pernah kena, berhati-hatilah. Cuba jawap kuiz INI untuk memberi lebih ilham dan kesedaran dan segera bertindak.
8 comments:
mintak dijauhkan denggi2 ni...
tu la..takot gak..tq untuk peringatan
bahaya ni demam denggi..harap nyer di jauh kan..;d../met pagi..salam kenal..;d
Menjadi-jadi pulak denggi ni kan Liza, ada petua tak Liza, apa yang perlu dimakan ketika demam selain dari ubat hospital?
mekaseh kak di atas entri ini , terharu pulak saya...
sekarang memang saya berjaga2 pasal nyamuk aedes ni... takutlah kalau kena demam denggi kat anak2!
xpnh kena. dan taknak kena... huhu
kat sini kalau de kes,memang pihak kesihatan akan cepat ambik pelbagai tindakan.
Post a Comment