iklan

Followers

Pages

Monday, 27 December 2010

Tidurlah Jika Ingin Kurus

Ngantuk sangat baby Arifku sampai tertidur atas lantai...

Sekali-sekala aku memang suka baca majalah RAPI, tapi yg ini aku terjumpa di website RAPI (karangkraf.com)... memang le menarik bila dikatakan tidur pun boleh buat kita kurus. Yang biasa kita dengar, tidur tu buat kita gemuk...terlebih tidur le tu..he..he..

So...ni berita baik utk mereka yg suka tidur... macam aku ni le...! Teringat pulak kisah masa aku kat asrama POLISAS, Kuantan dulu. Ex-roomate aku, Kak Ma (manalah dia sekarang ye!) menegur aku "Liza ni tidur awal, bangun lambat tapi result score jugak!" Sebenarnya bukanlah score tara mana sangat pun... ala2 kadar aje. Yg penting, matematik kena A le. Cuma bila dia mintak aku selesaikan masalah subjek Matematik dia, dgn senangnya aku tunjukkan caranya. Dia ambil course Perdagangan, aku pulak Elektronik. Jadi walau pun namanya Matematik, silibusnya lain le sikit dgn aku. Aku rasa subjek Matematik masa tu lebih mudah daripada silibus Add Maths form 4. Itu yg aku boleh tolong dia tu... persamaan je!! Manalah kakak tu tak jeles.. lepas isyak aku dah tido, pukul 6.30 pagi baru nak bangun tido... orang lain berebut nak guna bilik air, aku solat subuh dulu. Bila tiba turn aku mandi (masa tu dah lengang sikit sebab depa ni bangun awal semuanya)... tak sampai 5 minit pun. Aku siap2 pukul 7.45 pagi dah keluar dari pintu bilik nak ke kampus. Jalan kaki je.... rentak yg sama tanpa apa2 gangguan. Perjalanan dah set 15 minit aje. Kalau nak ke lab aku kena keluar awal 5 minit sebab jauh ke bawah sikit. POLISAS ni berbukit-bukit kawasannya. Maklum le pinggir hutan..he..he..

Tidur penting bagi aku... kalau tak masa kelas petang mesti le ngantuk gila dlm kelas. Tulisan pendek boleh jadi panjang le dibuatnya. Itu yg aku tak suka... Tapi sejak kahwin ni kurang le tidonya.. Mmm... otak jgn le ke lain aje.. maklum le, anak aku dah 5 orang. Dalam proses mereka nak membesar tu macam2 lah dugaannya. Tidur aku pun sensitif juga. Asal baby berbunyi sikit pun, aku dah mudah terjaga. Bila ada kerja tak siap pun, tidur jadi tak lena. Itu semua perubahan yg berlaku dlm kita mengharungi masa demi masa. Tapi aku ada gak terbaca dulu, kalau tak cukup tidur, umur pendek..oppsss. Atau senang nak dpt penyakit2 yg mahal2. So pandai2lah kalian adjust2 waktu tidur kalian.

Tidurlah Jika Ingin Kurus

Berdasarkan satu penyelidikan yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, didapati individu yang mengalami masalah kegemukan, berkemungkinan ia adalah disebabkan oleh masalah kurang tidur. Menurut pendapat dan kajian seorang ahli fizik dari Universiti Northwestern, Fred Turek, diet serta senaman yang bersungguh-sungguh tetap tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur individu berkenaan berada pada tahap tidak memberangsangkan. Oleh itu, mulai dari sekarang. Cubalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi. Usah lagi berjaga sehingga larut malam. Cuba selesaikan tugas anda seawal mungkin, berbanding hari-hari sebelumnya. Jika saranan ini dapat dilakukan dengan teratur, berserta diet dan senaman yang konsisten, tidak mustahil anda boleh menurunkan 10 kg atau lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Ubahlah tabiat tidur anda sekarang.

Friday, 10 December 2010

Jangan buang sampah merata-rata!

Anak aku tanya "Mama! Boleh tak buang sampah kat sini? Ni ada sampah lain jugak.. tak pe kan?" sebab dia tak nampak tong sampah kat situ. Aku suruh dia kutip semula sampah tu. Entah kenapa aku memang tak suka buang sampah merata-rata. Aku rela letak sampah tu dlm handbag aku sampai balik rumah. Kalau yg besar sikit, biar aje dlm kereta dulu atau kalau dah jalan2 tu, Insyaallah akan jumpalah tong sampah.

Bayangkan kalau org buang sampah di halaman rumah kita, mesti le rasa nak marah juga. Kadang2 kita pula jadi penyebab menjadi ikutan orang lain. Biasalah kalau perkara yg tak elok ni ramai aje yg nak ikut buat. Mula2 kita buang sampah merata, bila org lain tak nampak tong sampah maka dia pun buang merata juga sebab nampak sampah yg kita buang tadi. Tapi ada juga yg memang tak ada perasaan lansung tetap buang sampah merata-rata juga walau pun nampak tong sampah dekat je depan mata. Tau-tau je lah bila satu kawasan dah banyak sampah, jadi semak, tak cantik & kotor. Kesian tukang sapu, patutnya sapu daun2 kering aje yg kita tau memang le tak reti nak masuk dlm tong sampah, terpaksa pula tambah tenaga utk sapu sampah2 yg sepatutnya dah ada dlm tong sampah. Memang le depa dibayar gaji, tapi bertimbang rasalah. Lagi pun jaga kebersihan ni kan dapat pahala juga & membentuk suasana yg harmoni juga.

Aku tak kisah kereta aku ada sampah sebab bila sampai rumah, aku akan kumpulkan & buang di tong sampah luar rumah aku tu. Nak lebih senang sediakan beg plastik sampah kecil dlm kereta. Kalau dalam perjalanan jauh, sampah yg dah banyak akan aku buang ke dlm tong sampah di mana2 tempat hentian. Bukanlah susah sangat pun. Perlu ada rasa bertanggungjawab sikit aje.

Teringat semasa zaman persekolahan dulu, cikgu/ustaz/ustazah selalu pesan supaya kutip sampah kalau terjumpa supaya sekolah sentiasa bersih. Lebih baik lagi macam tadi juga, jangan buang sampah merata-rata. Jadi tak adalah nak mengutip sampah pulak. Sekali-sekala buat gotong-royong mengutip sampah. Bila dah dewasa ni, banyak taman2 perumahan yg buat gotong-royong membersihkan kawasan. Kalau sampah kerana alam semulajadi macam daun2 yg berguguran tu tak apalah juga, ini plastik & tin2 kosong memenuhi longkang. Patut le nyamuk aedes banyak membiak. Menyumbang penyakit pada kita juga.

Selalunya yg membuang sampah di rumah sering dilakukan oleh kaum ibu kalau tak ada pembantu rumah. Namun ramai juga kaum bapa yg turut jadikan ianya rutin harian...Alhamdulillah. Tapi jangan lupa menyuruh anak2 bergilir-gilir membantu membuang sampah yg terkumpul ke tong besar di luar rumah tu. Mendidik anak2 juga tu supaya menghargai kebersihan.

Islam sendiri menggalakan umatnya menjaga kebersihan :

Disebutkan dalam al-Quran, Allah menyukai orang yang menjaga kebersihan diri dan persekitaran di mana dia berada. Allah berfirman bermaksud: "Dan Allah mengasihi orang yang bersih." (Surah at-Taubah, ayat 108)

Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi. (HR. Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Jagalah kebersihan dengan segala cara yang dapat kamu lakukan kerana Allah mendirikan Islam di atas kebersihan dan tidaklah masuk syurga kecuali orang menjaga kebersihan." (Hadis riwayat Tabrani)

Thursday, 9 December 2010

Hakim syariah bersekedudukan

Aduh... ni dah masalah besar ni...geleng kepala aje lah aku! Korang boleh fikir sendirilah kan. Berita yg aku baca kat Harian Metro hari ni...memang sensasi.

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.

Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.

“Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.


Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.

Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.

Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

“Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.

“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.

Solat aku, solatkah dia?



Ramai ibu bapa yg terpaksa mengingatkan anak2 mereka berkali-kali supaya bersolat bila tiba waktunya. Tapi ramai juga ibu bapa yg hanya mereka saja yg bersolat, anak2 tidak ditegur lansung. Tak kurang juga yg semuanya pun tak bersolat.

Masalah2 begini adalah realiti yg berlaku di dlm sesebuah keluarga. Ada banyak kategori berkenaan solat ini. Ada hal mengingatkan agar solat namun dilewat2kan malah ada juga diengkari. Tidak kurang yg 'mengelat' atau menipu dlm solat, menipu dgn solat tanpa berwudhuk terlebih dahulu atau pun solat tak cukup rakaatnya dan macam2 hal lagi. Bagaimana pula dgn bacaan dlm solat?

Alhamdulillah bagi ibu bapa yg meluangkan masa selalu 'spotcheck' solat anak2 mereka yg bukan hanya pada perbuatan malah pada perincian bacaan juga. Masalah 'tak sempurna' ini sering berlaku di kalangan kanak2 namun ramai juga di kalangan dewasa dan warga emas.

Tidak kira diperingkat mana pun umur kita, bertanyalah jika tidak tahu atau tidak pasti tentang solat. Jangan malu bertanya yg mengakibatkan solat kita menjadi tidak sempurna. Perbaiki kekurangan sedikit demi sedikit dari hari ke hari kerana itu lebih baik drp tidak bersolat lansung hanya kerana tidak mahu belajar.

Pendapat yg aku berikan ini hanya secara umum berdasarkan apa yg aku perhatikan disekeliling kita. Kepentingan solat itu banyak disebutkan dalam Al-Quran dan hadis. Antaranya solat sebagai tiang agama, merotan bagi anak yg engkar solat diusia 10 tahun, akibat dari mereka yg melewatkan solat apatah lagi meninggalkan solat, akibat drp mereka yg tidak menjaga adab2 dlm solat, yg membiarkan keluarganya tidak solat, bagaimana solat ketika uzur, ketika bermusafir dan sebagainya.

Banyak buku2 yg menceritakan tentang solat 5 waktu ini, termasuk solat2 sunat juga. Ramai juga para alim yg sudi mengajar. Hanya kita yg perlu menggerakkan diri sendiri untuk mencari ilmu solat dan mengubah diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Tidak perlu lagi kita menyalahkan ibu bapa kita dulu yg tidak memberikan ilmu yg secukupnya semasa kecil. Jangan pula kita menambah kesilapan mereka dan menjadi seperti mereka.

Ada juga yg cukup didikan ugama diberi pun masih juga hanyut mengikut nafsu. Semuanya atas diri kita untuk berubah. Tepuk dada tanyalah iman masing2. Perbetulkan yg tersilap, tambahkan kebaikan pada yg kurang.

Jangan jemu mengingatkan insan2 yg anda sayang utk turut sama bersolat walau pun setiap waktu dan setiap hari. Insyaallah, keikhlasan & kebiasaan itu akan datang dengan sendiri tanpa perlu disuruh2 lagi suatu hari nanti. Jangan putus asa dengan sentiasa memohon petunjuk & hidayah dari Allah s.w.t. Amiinn..

Tuesday, 7 December 2010

Menganyam impian - Rejab FI


Macam biasa belek2 surat khabar Harian Metro yang sensasi setiap pagi yang mana tiba2 mata aku terhenti di satu sajak yang tertera nama yang telah lama aku kenali sejak di bangku sekolah lagi. Hanya nama saja, orangnya baru aku nak kenal di blog ini .... Rejab FI. Aku kongsikan dengan kalian sajak beliau yang puitis dan menyentuh perasaan ;

MENGANYAM IMPIAN

Remajaku,
Impianmu menggapai awan
lazuardi menyingkap tabir senja
dan kau berlabuh di permatang keseronokan
menganyam impian
terdampar di lubuk keriangan
bersama sebungkus kerinduan
melakar kemelut sahsiahmu

Antara tempiasan kemelut kehidupan
kau meneladani hiburan terlampau
terlonjak-lonjak bagaikan penghuni rimba
bermandikan peluh maksiat
menodai persada bangsa dan nusa

Remajaku,
Impianmu menular kegelojohan
tersadai dipinggir kota
dimamah noda dan dosa
di perbatasan kemelut leluhur bangsa
menetaskan bibit-bibit kehancuran budaya

Mengapa kau menetaskan perbuatan durja
bayi-bayi terlempar di kaki lima
digonggong anjing liar -
meratah perbuatan durjana
ke mana kau lemparkan hadis dan firman
bahawa neraka itu kayu bakarnya manusia dan batu-batu
tidak betahkah kau menyalut kengerian?

Remajaku,
Bertaubatlah kau menyulut panggilan Ilahi
bahawa perbatasan hidupmu masih jauh
melakar ilmu menganyam kehidupan
dalam arus globalisasi dan modenisasi
membedung sahsiahmu memagar naluri.

Mari bersama kita tangisi waktu
kau adalah generasi peneroka zaman
menyusuri semangat membangun keazaman
mengendong keinsafan menghimpun impian
menerjah bulan dan matahari
menetaskan kehidupan murni abadi.

REJAB FI Kangar, Perlis

Tuesday, 9 November 2010

You raise me up


When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.

Tuesday, 2 November 2010

Antara pijak isteri & berkorban demi isteri


Tajuk berita Harian Metro hari ini memang benar2 menunjukkan besarnya perbezaan kasih sayang & layanan antara 2 orang suami terhadap isteri masing2. Seorang suami sanggup memijak isterinya sehingga mati selepas melihat isterinya minum bersama rakan. Manakala seorang suami yg lain pula sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan isterinya yg tersayang drp menjadi mangsa sengatan lebah hingga akhirnya dia sendiri terbunuh. Ikuti berita yg dipetik daripada Harian Metro :

--------------------------------------------------------------------------------

Suami 1 : Rela mati demi isteri


KUALA TERENGGANU: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.

Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.

Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ.

Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.

“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.

“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya.

Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri.

Menurut Abdullah Sani, selepas keadaan agak terkawal Khersiyah pulang ke rumahnya dan mendapatkan bantuan ahli keluarga.

Katanya, seorang adik ipar Khersiyah segera membantu wanita itu dan turut bergegas ke tempat Ali terlantar tidak sedarkan diri sebelum membawa mereka berdua ke Hospital Kemaman. “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dia menghembuskan nafas terakhir di atas riba isterinya,” katanya. Abdullah Sani berkata, hasil bedah siasat, doktor mengesahkan Ali meninggal dunia disebabkan mengalami alahan pada sengatan lebah manakala isterinya yang mempunyai 102 kesan sengatan di badan masukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar pagi semalam.

Menurutnya, jenazah Din sudah dituntut anggota keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Suami 2 :
Neraka cinta

BINTULU:
Bagaikan dirasuk syaitan, seorang suami membelasah, menendang dan memijak isterinya sehingga mati dipercayai akibat perasaan cemburu buta selepas melihat isterinya minum bersama rakan di rumah mereka.

Kejadian berlaku di rumah kongsi tempat tinggal pasangan suami isteri itu, Jalan Pesisir di Nyalau, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyedihkan, lelaki berusia 33 tahun itu memukul isterin yang setahun lebih tua daripadanya di depan anak tunggal mereka berusia tiga tahun serta beberapa rakan sekerja.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Sulaiman Abd Razak berkata, sebelum kejadian, suspek minum bersama rakan di sebuah gerai dan apabila pulang ke rumah dia melihat isterinya sedang minum bersama empat rakannya di rumah kongsi berkenaan.

“Sebaik melihat isterinya sedang minum bersama rakan, suspek dikatakan mengarahkan isterinya beredar, namun wanita berkenaan enggan mengikut arahannya.

“Berang dengan sikap isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu bertindak memukul, menendang selain memijak perut mangsa menyebabkan dia pengsan.

“Selepas dibelasah, wanita terbabit dikatakan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia di rumah kongsi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis menerima maklumat orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang selain mengalami lebam di beberapa anggota badan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dengan kesan lebam ditemui pada badan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang berasal dari Dalat, Sibu kini direman bagi membantu siasatan dan polis tidak menemui sebarang senjata tajam di tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan menetap bersama suaminya di rumah kongsi berkenaan selepas mengikutnya bekerja sebagai buruh kasar sejak beberapa bulan lalu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Saturday, 30 October 2010

Top Blogger 2010 - Tag dari A. Hamid Halim


Salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Thank you Abg Ameed kerana tag blog liza ni...ishh...apa2 je ye. Idok le glamer pun blog ni. Tapi kenalah ikut juga syarat2nya. Aku kenalah juga menjawap soalan2 macam yg lain2 juga.

1. Adakah anda rasa HOT?
- He..he.. ada le sikit2.

2. Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang...

3. Cerita pasal gambar ni...
- Cuti2 sekolah mesti nak melawat kawan2 di Zoo. Kalau ke Zoo Taiping tak perlulah nak menginap di hotel. Rumah mak mertuakan ada. Eh! Apa yg Arif tengok tu, ayah nak ambik gambar.

4. Kali terakhir makan PIZZA?
- 2 minggu lepas je dgn anak2. Oct'10

5. Lagu terakhir anda dengar?
- Sudah tentu Demi Cinta Ini - Febians (Dari blog abg ameed le!)

6. Apa anda buat selain selesaikan tag nih?
- Makan epal dengan baby Arif.

7. Selain nama sendiri anda dipanggil apa...?
- Zanawati, Kak Ija

8. Tag lagi 5 orang.
- Ainul A.B

- Wardah
-
Arif Ikhwan
-
Cik Syazni
- Ijjalyza


9. Siapa orang no 1 pada anda?
- Adik yg bijak, kreatif & tidak mudah putus asa. Selalu ada idea2 baru yg bermanafaat.

10. Katakan sesuatu pada orang no. 5...
- Seorang junior yg diam2 ubi berisi..he..he..

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
- Hubungan yg sgt erat denganku. Jenis darah pun sama...A+

12. Bagaimana pula dengan no 2?
- Inilah teman sejati orang no 1. Tabah menghadapi dugaan, sentiasa berfikiran positif.

13. Kata-kata cinta dengan orang no 4.
- Cik Syazni...luv u..muahhhs!..teruskan perjuanganmu.

14. Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda.
- Seorang lelaki yg tak pandai nak marah (he..he..)
- Meminati bidang sastera especially Novel dan puisi.
- Nama anak dia pun sama dgn nama anak saya ..Aishah
- Sangat sukakan muzik - dulu ada jamming group ; Ixora
- Suka jalan2 makan angin


Alhamdulillah...dah jawab semuanya.
Apa lagi sahabat2 yang telah di tag kan tu sambung-sambungkanlah

Wednesday, 27 October 2010

Jaga berat badan

Ini le gambar terbaru sekeluarga bersama suami & 5 org anak2 yg chubby2 belaka - aidilfitri2010

Ramai juga kawan2 yg tanya bagaimana aku boleh maintain slim? Dengan ketinggian 160 cm & berat 59kg tu slim ke? Ye lah gamaknya selagi seluar jeans yg satu tu aku muat & boleh lagi pakai baju2 lama. Ikut hati nak kurangkan ke 55kg tapi aku tak boleh tahan bila nampak makanan sedap2 ni. Tambah pulak kalau pergi kenduri atau jamuan mana2. Semua makanan aku nak rasa.

Tapi ada 1 perkara yg aku tak tinggal. Setiap pagi aku pasti akan makan jamu T.Warisan Anggun yg 3 serangkai ni ; Jamu Sihat Wanita, Jamu Serapat & Jamu Herba Angin yg special home made oleh Kak T. Jamu2 ni dah memang serasi sangat dgn penerimaan badan aku. Tak adalah rasa 'panas dalam' seperti kebanyakan jamu2 home made lain yg pernah aku cuba. Bila petang pula aku ambil 2 jenis jamu saja iaitu Jamu Sihat Wanita & Jamu Herba Angin. Ramai juga rakan2 & ahli keluarga aku yg lain serasi dgn jamu2 Kak T ini.

Ada org mungkin elakkan minum ais semasa dlm pantang saja. Tapi aku lebih suka minum air yg panas seperti teh tarik, milo panas, teh 'o' limau panas, teh panas atau nescafe tarik. Apabila badan terasa letih, aku minum air masak suam segelas. Insyaallah, letih hilang perlahan2. Dalam handbag kadang2 berat dgn botol air mineral. Kerap juga aku ke bilik air utk buang air kecil. Tapi elok utk cuci buang pinggang tu. Biasanya air mineral tu aku minum sikit2 je tetapi kerap. Pun begitu ada juga masa2 aku teringin nak minum air tembikai (ais) cuma limit seminggu atau 2 minggu sekali je atau ambil rasa je. Kadang2 bila ada majlis2 kenduri aku minum juga air sirap ais ni.

Aku ni pun jenis pelupa juga. Sekali sekala ambil vitamin EPO, kalsium, C, E, B-complex. Semua ikut ingat saja tapi tidaklah sampai lupa seminggu. Umur semakin meningkat, kesihatan kenalah jaga. Aku teringin nak ikut join aerobik tapi sampai sekarang tak berkesempatan. Kalau kalian berkesempatan, elok lah bersenam utk kekalkan tenaga. Asyik melepak aje takut tulang pulak mereput..he..he.. sebab tu aku ambil kalsium . Jarang sgt minum susu.

Utk elak makan banyak, minum segelas air masak sebelum menjamah makanan. Sarapan pagi aku memang makanan berat ; nasi lemak, roti telur, mee goreng, nasi putih berlauk, etc. Biasanya aku tak tinggal sarapan seawal 7.30 pagi atau 8 pagi. Sarapan sgt penting bagi aku. Dapat sikit pun jadilah asalkan bersarapan. Lunch pulak ikut kesempatan aku. Kadang2 seawal 12 tengahari & selewat 3 petang. Kalau lapar sgt aku capai je roti jagung/coklat dgn air mineral kat 7-eleven. Biasalah kadang2 sibuk kerja sendiri & urus anak2 yg menyebabkan jadual makan aku lari dari waktu yg sepatutnya. Terpaksalah fleksibel sikit. Minum petang pun ikut sempat juga. Cuma makan malam biasa seawal jam 8 malam atau selepas maghrib. Lewat pun pukul 9 malam yg bagi aku tak bagus dinner lambat2 ni. Semasa aku sekolah & tinggal kat asrama dulu dinner pukul 6 petang. Ada biskut pukul 10 malam.... memang tak cukup. Patut le slim kalau dok asrama ye..he..he...

Kalau nak jaga badan eloklah atur pemakanan & bersenam. Semuanya ikut kesesuaian diri kita. Selain utk stamina, ianya merupakan usaha utk mengelak pelbagai jenis penyakit canggih sekarang ni. Jgn pulak semuanya nak di redah aje. Kita sekadar berusaha, selebihnya Allah yg tentukan.

Friday, 22 October 2010

Kejujuranku diuji


Minggu ni seolah-olah Allah menduga kejujuranku dalam urusan jual beli. Ada 3 perkara yg berlaku hingga mendorong aku berkongsi cerita dgn korang semua.

Situasi 1 - Beli charger hp
Aku nak beli charger utk handphone sony erricson aku. Beli yg murah je la..RM10 je. Masa aku beli tu macam biasalah orang peramah macam aku ni berbual-bual kejap dgn tuan kedai. Maklum le, dulu dia dulu pernah berjiran dgn aku. Dia letak charger tu dlm beg plastik & bagi kat aku. Dah sudah berbual, aku pun berjalan keluar dari kedai dgn anak aku. Baru je keluar dari kedai, aku terus tanya anak aku "mama dah bayar ke kak?". Anak aku kata "belum rasanya!" Aku confuse juga tapi rasanya lebih kuat pada belum bayar. Tuan kedai pun leka juga agaknya. So aku pun bergegas masuk kedai semula & bertanya dgn tuan kedai "saya dah bayar ke?". Dia jawap "belum". Aku pun hulur le RM10 kat dia.

Situasi 2 - Bayar bil broadband

Sambil berjalan aku lambai kat awek yg jaga dlm kedai celcom tu. So bila sampai aku tolak je pintu kaca tu sebab bila dah nampak aku, awek tu terus le tekan suis 'unlock' pintu tu. He..he.. jimat masa menunggu pintu dibuka. Itu pun sebab dia sorang2 je dlm kedai. Aku minta dia checkkan bil broadband aku. Mahal juga.. RM104. Ye la.. first bil, mahal le. Sambil tu tetap juga berbual dgn awek tu sambil hulur kat dia RM104. Lepas tu dia pun print le resit utk aku & lampirkan dgn RM104 tu. Aku pegang duit tu sambil berfikir "aku bagi berapa tadi, ada baki lak". Bila aku kira ada RM104. Terus aku tanya awek tu "akak bagi berapa tadi?" Awek tu terkejut "eh! lupalah kak" sambil ambil semula duit yg aku hulurkan pd dia. Aku kata "ha.. berangan!" sambil gelakkan dia. Automatik aku pun cerita kisah penipuan yg berlaku di stesen minyak petronas yg aku ada tengok kat youtube ni! kan dah kena leter... sebab aku memang dah lama kenal dgn awek tu.

Situasi 3 - Isi minyak kereta
Aku berhentikan kereta kat pam minyak Shell. Aku memang biasa isi minyak guna kad kredit je. Masa aku nak masukkan kad bonus link, kat screen pam minyak tu kata nozzle tak dimasukkan dgn betul. Mengeluh aku sorang2 melihat kelalaian org lain. Kalau nak buat jahat, boleh aje aku angkat nozzle tu & isi minyak dlm tangki minyak kereta aku sampai penuh. Kalau penuh, boleh juga RM80 sekali isi. Lepas tu boleh belah macam tu je. Tapi tak sampai hati nak buat macam tu. Aku pun betulkan nozzle tu & tertera pd screen pam minyak nak print resit. Aku terus tekan butang 'clear' & mula prosedur biasa aku ; isi kad bonus link, lepas tu kad kredit & isi minyak, ambil resit kat pam minyak & tekan 'clear'. Aku pergi kat kaunter cashier yg berada di situ juga & beritahu hal tadi. Awek cashier tu kata "tak pe kak, tak ada masalah tu!". Aku pun malas nak tambah 'asam', terus je la masuk kereta. Ye la kau kata tak ada masalah sebab bukan kau yg bayar!

Posting aku ni bukan saja2 nak bangga sebab aku jujur. Cuma berhati2 dalam urusan jual beli, apatah lagi kalau kita hanya pekerja. Kes 1 kira ok le, kalau aku buat tak tahu je kedai cuma hilang RM10 & tuan kedai sendiri yg lalai. Tapi bagaimana dgn kes 2, RM104 mungkin terpaksa diganti oleh pekerja andai aku buat tak tahu je ambil duit tu & beredar. Kes 3 mungkin tak terkesan pada pekerja pam minyak tu tapi andainya aku dpt curi minyak tu, tentu tuan punya kad kredit terpaksa bayar harga minyak tersebut kerana kelalaiannya sendiri. Kaunter minyak tak boleh kesan ke kalau nozzle tak diletak dgn betul?

Monday, 4 October 2010

Tarif air naik lagi?

Baru2 ni ada negeri yg telah dinaikkan tarif bekalan air. Aduh! Kalau aku, maunya tersedak juga. Ada harapan ke Selangor tak naik tarif juga ni? Maklum sajalah ahli keluarga aku ada 7 org semuanya. Bayangkan sehari berapa banyak air yg digunakan utk seisi keluarga. Air utk mandi, bersuci, berwudhuk, basuh kain, basuh pinggan mangkuk, memasak & minum. Itu kegunaan yg perlu setiap hari. Bagaimana pula bila basuh kereta, cuci rumah atau musim2 raya yg buat open house ni. Kalau guna pinggan cawan pakai buang pun mesti banyak nak guna utk cuci periuk2 juga. Bekalan elektrik tak ada sehari mungkin ok juga, tapi kalau air tak ada boleh 'stuck' juga aktiviti seharian kita. Panas hati sebab tak ada air nak sejukkan.

Zaman sekarang aku tengok cara penggunaan air memang agak membazir termasuklah aku yg selalu juga 'lupa diri'. Lihat saja bagaimana cara kita basuh pinggan. Kalau masa aku kecik2 dulu, setelah selesai seluruh ahli keluarga aku makan, segala pinggan mangkuk yg kotor dikumpul dalam 1 besen yg agak besar. Tukang basuh biasanya kaum perempuan je. Bila turn aku, besen tu mak aku tolong angkatkan ke bilik air atau aku angkut sikit2 le. Aku tinggal kat kampung masa tu yg manalah ada sinki kat dapur. Biasanya aku bancuh serbuk sabun dlm besen kecik atau letak je sabun cap kapak (hijau) atau cap buruh (kuning). Ada lagi ke sabun2 tu ye sekarang ni? Tak pernah aku nampak dah kat mana2 kedai runcit. Dulu mana ada mak aku bagi span basuh pinggan. Guna aje perca kain atau baju buruk buat sental pinggan mangkuk.

Mak pesan sental cawan2 dulu lepas tu dari mangkuk2 kecik ke yg besar2. Mak aku ni cerewet juga tapi itulah yg mengajar aku supaya buat kerja tu biar le teratur sikit. Bila semua dah kena sental barulah kita bilas. Bab bilas ni lah yg tak sama dgn apa yg kebanyakan drp kita praktikkan. Air dicurah banyak2 dlm besen besar & bilas pinggan mangkuk tu satu persatu. Air tu ditukar bila dah macam tak ok je ; berminyak sangat atau kotor le. Semua pinggan mangkuk yg dah dibilas tadi dikumpul dlm besen lain diangkut semula utk disusun dlm rak pinggan. Ada juga sesetengah rumah yg dapurnya ada sudut utk basuh pinggan. Air akan mengalir ke bawah rumah yg telah dibina longkang utk alirkan air ke belakang rumah. Kalau mak aku panggil longkang bawah rumah tu 'limbah'. Tak tau le org lain panggil apa.

Itu baru hal basuh pinggan. Kaedah yg nak dijelaskan di sini ialah cara kita bilas sama ada dlm besen atau terus dari air yg mengalir dari paip. Memang cara dulu2 jadi 'exercise' semulajadilah utk aku. Bilas dlm besen memang menjimatkan juga tapi kena pastikan juga pinggannya bersih berbanding dgn alirkan dari air paip yg mak aku kata 'bergantang2 airnya!' ; maknanya banyak sangat guna airnya. Kadang2 sambil sental pinggan dgn sabun, air paip terbiar je terbuka.

Kalau kita cerita tentang basuh kain pun begitu juga. Basuh cara 'manual' atau berus dgn tangan aje memang banyak jimat air, malah kain lebih bersih. Terutama uniform sekolah anak2, ketara beza bersihnya. Tapi secara praktikalnya larat ke nak buat dgn anak2 aku yg 5 org ni? Surirumah sepenuh masa pun ramai yg tak nak buat. Lebih ramai yg guna mesin basuh kain je kerana basuh secara 'manual' ni menuntut tenaga & masa yg banyak. Kena pulak surirumah yg terpaksa ambil & hantar anak sendiri ke sekolah ; 'confirm' sangat sibuk.

Dulu2 aku ada juga mandi dari air telaga atau air tadahan hujan. Air 'free' anugerah Allah ; tak masuk bil air! Kadang2 mandi terus di telaga yg arwah ayah aku korek dgn bantuan kawan2nya dulu. Sekarang telaga tu dah tenggelam dek air paya bersebelahan kerana tanah kelilingnya dah tak dijaga sejak air paip ada. Siapa sedar ye, korek telaga pun ada juga pahalanya kerana bukan kami sekeluarga je yg guna telaga tu tapi juga dapat dimanafaatkan juga oleh jiran2 berdekatan. Jenuh juga nak mengangkat air dari telaga tu balik ke rumah kerana terpaksa naik bukit dari telaga tu masa nak balik rumah. Sampai rumah dah berpeluh semula..he..he.. Kalau air utk bekalan mandi tu kami adik-beradik pun boleh angkut gilir2. Tapi kalau air nak buat masak tu hanya arwah ayah je yg layak bawak sebab mak takut air yg kami bawak tak 'bersih & menyucikan' (rujuk le Jenis2 air) *(^_^)* maklum aje lah kalau dah budak2 yg bawa.

Bila air paip dah mula disalurkan ke rumah2, barulah lega sikit. Sebab itulah telaga jadi terbiar. Telaga tu ada banyak kenangan kerana di situlah buat pertama kalinya aku & kakak aku tolong mak siramkan kain lampin adik aku yg 'u uhhh'. Ha..ha...masing2 pegang macam ngeri je! Sekarang dah ada anak sendiri, redah ajelah. Tak susah macam dulu dah sebab pakai lampin pakai buang je. Di paya berdekatan telaga itu juga aku & abang aku berjaya mengail ikan haruan & ikan limbat yg agak besar juga. Sebab itu jugalah aku cukup geli tengok ikan haruan hidup. Tengok kepalanya aje serupa macam kepala 'ulor' je.

Bila di rumah, mandi pun dari air yg ditadah sama ada dari dalam baldi atau terus dari kolah bulat. Jadi air yg digunakan agak terhad. Tak macam sekarang air mengalir terus dari 'shower' yg kadang2 sedang bersabun pun dibiarkan air tu mengalir. Maknanya duit kita pun 'mengalir' samalah. Banyak kali juga aku pesankan pada anak2 ; mengalir juga. Macam air mengalir di daun keladi. Selepas tu diaorang terlupa semula pesanan aku tu. Itu yg jadi banyak kali pesan.

Masa kecik2 dulu akulah tukang sental kolah tu. Entah kenapa suka pulak aku buat kerja tu. Macam enjoy je! Yg peliknya bila mak aku suruh cuci kolah yg 4 segi tu, aku tak suka pulak. Sekarang kolah bulat tu ada kat belakang rumah sebelah 'toilet' lama (tradisional tu - curah punya!). Arwah ayah buatkan bilik air 'emergency' kat situ sebab kat dalam rumah dah ada 2 bilik air sekarang ni. Yg satu tu ada 'toilet' sekali. Itu pun dibina setelah anak2 mak semuanya dah besar panjang & telah bekerja.

Kalau dulu arwah ayah basuh motosikal dia siram guna cebok je. Kita sekarang 'direct' macam bomba dari getah paip. Siap boleh main2 'spray' kat orang lain lagi. Itulah yg anak2 aku selalu buat sesama diaorang bila bagi peluang cuci kereta kecik aku tu. Tak apalah nak 'happy'2 sekali-sekala. Enjoy! Mama dulu tak rasa semua ni. Banyak kali tak boleh le, marah ayah korang nanti. Bukan mama yg bayar bil air tu. Tapi motosikal arwah ayah tu dah tak de. Mak kata motosikal suzuki biru buruk tu dah kena jual sebab ada motosikal lain yg kakak aku belikan. Sedih bila teringat motosikal tu yg arwah ayah beli tahun 1981, seusia adik aku. Plet CM8562..klasik.

Aku kena jimat2 guna air. Anak2 pun kadang2 suka main air dlm bilik air tu. Seronok agaknya tiup2 buih sabun & main bot2 dlm besen besar tu. Ada juga yg suka menyanyi dlm bilik air, baru 8 tahun pun. Gelihati juga dgn kerenah budak2 ni.

Kalau ada mana2 paip yg bocor tu walau pun sikit, cepat2 le repair. Tak pun cuba tadah baldi bawah paip yg bocor tu & tengok dalam sejam berapa banyak air yg terbazir. Lepas tu kita kira2lah sendiri sama ada nak repair atau biarlah dulu. Bila dicongak dlm sebulan dah berapa RM yg terbazir. Kalau RM10 pun, dapat juga beli ayam seekor dimasak utk makan seisi keluarga. Hatta RM1 pun sangat bernilai bagi insan yg daif. Apa yg penting kerjasama drp seisi keluarga.

Thursday, 23 September 2010

Aku, Lim dan Islam

Cerita ni aku dpt drp salah seorg teman melalui email...hayatilah..

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan..

Wednesday, 22 September 2010

Gelang Emas Allahyarham Datuk Sosilawati


Hari ini aku macam biasa aku baca harian metro dgn tajuk besar "Bukti baru" ; Gelang emas berlumpur. Seluruh negara pun masih hangat memperkatakan tentang kes pembunuhan kejam Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, jutawan kosmetik dan 3 org lagi yg juga menerima nasib yg sama ; dibunuh kejam dgn kesemua mayat dibakar. Derita & azabnya mereka disaat2 nyawa di penghujung.

Hari demi hari pelbagai bahan bukti ditemui & aku memikirkan luluhnya perasaan insan2 yg menyayangi mereka apabila walaupun dgn hanya melihat bahan2 bukti berkenaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Hanya ucapan takziah yg mampu aku lafazkan dgn bacaan Al-Fatihah. Moga mereka tergolong di kalangan ahli syurga. Amin.

Petikan berita dari Harian Metro - aku tak suka nk masukkan gambar suspek ; geram, sedih..etc

BANTING: Satu gelang emas dipercayai milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menjadi bukti terbaru yang ditemui dalam tali air berdekatan kunci air Sungai Lang di sini, petang semalam.
CARI...penyelam PDRM mencari bahan bukti di sungai berhampiran Pasar Besar Banting, semalam.
CARI...penyelam PDRM mencari bahan bukti di sungai berhampiran Pasar Besar Banting, semalam.

Gelang emas bersalut lumpur itu ditemui kira-kira jam 4 petang hasil pencarian tiga anggota polis daripada Unit Menyelam, Pasukan Gerakan Marin (PGM).

Sepasukan polis turut membawa suspek utama yang juga seorang peguam ke lokasi terbabit difahamkan untuk mencari telefon bimbit milik mangsa. Bagaimanapun, selepas hampir dua jam menyelam, telefon itu gagal ditemui sebaliknya penyelam menemui satu gelang emas.

Usaha mengesan bukti baru itu dihentikan kira-kira jam 5.30 petang berikutan hujan lebat.

Sebelum itu, pada kira-kira jam 2.25 petang, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dengan tangan bergari diiringi anggota polis terlebih dulu memasuki pejabat guaman miliknya yang terletak berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini.

Ini kali kedua polis memasuki premis terbabit selepas kali pertama pada Selasa lalu. Turut memasuki premis terbabit ialah dua wanita berusia 20-an dipercayai pekerja suspek. Ketika meninggalkan premis itu, seorang anggota polis dilihat membawa beberapa dokumen.

Sosilawati bersama tiga lagi rakannya dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu sebelum ditemui dibunuh di Ladang Gadong, di sini.

Sebelum ini, polis menjalankan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau dan menemui serpihan tulang manusia dipercayai milik keempat-empat mangsa.

Selain itu, beberapa senjata seperti pisau, batang besi dan dua jam tangan dipercayai milik mangsa ditemui di Sungai Kanchung Laut, di sini. Polis turut menemui enam zink di dasar Sungai Gelanggang Buaya di Kampung Kelanang, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin gagal dihubungi bagi mengesahkan penemuan bukti baru itu.

Monday, 20 September 2010

Aidilfitri tanpa ayah...Alfatihah!

Sudah sebulan ayah kembali ke rahmatullah, meninggalkan seorang isteri, 5 orang anak & pasangan masing2 serta 15 orang cucu di usia ayah melewati 74 tahun. Detik 4 pagi, 19 Ogos 2010M bersamaan 9 Ramadhan 1431H ayah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. Di saat kebanyakan umat Islam sudah mula bangun untuk bersahur, kami 5 beradik yg serentak berkampung di PPUM malam itu hanya mampu menangisi pemergian ayah yg dikasihi. Seorang demi seorang mencium tangan & dahi ayah yg masih hangat. Aku tidak pernah melihat abgku yg merupakan anak ke-3 itu menangis. Namun pada subuh itu dgn sedu-sedannya menelefon kakak iparku. Aku sms saja suamiku kerana tidak mampu berbicara. Arwah ayah seolah-olah menunggu kehadiran abg sulungku dari Ipoh yg tiba lewat sehari drp kami yg lain. Abg sulungku turut serta menemani arwah ayah sejak pagi Rabu, 18 Ogos. Tengahari itu dia menyuruh aku datang semula dgn segera kerana keadaaan arwah ayah agak tenat. Aku pun tinggal sekitar Bangi saja.

Semasa gambar ini di ambil pd 7/8/2010. 12 hari sebebelum ayah pergi buat selama2nya.
Gambar oleh kakak ipar aku, kak Om..thanks kak Om! Rindu kita semua pd arwah ayah takkan luput.

Pada malam itu saja begitu ramai saudara-mara & termasuk juga teman bilik arwah ayah semasa mengerjakan haji dulu datang melawat. Arwah ayah masuk PPUM pada 15 Ogos 2010 juga pada pukul 4 pagi. Ayah hanya dibantu dgn pernafasan oksigen yg sentiasa di temani mak. Ayah menderita sakit lemah jantung, darah tinggi, paru2 berair & yg paling menakutkan kanser tiroid.

Pemergiannya seperti menggenapkan masa 4 pagi ke 4 pagi yg seterusnya. Jatuh pula di bulan Ramadhan yg mulia, pada hari khamis. Aku terlalu sedih melihat mak menangis, sedih kerana kehilangan suami yg dicintai yg merupakan teman semasa susah & senang sejak hampir 50 tahun yg lalu. Ya Allah, kau tabahkan hati kami ini menghadapi perpisahan ini. Hanya bacaan Yasiin untuk arwah ayah dapat kami berikan di pagi itu. Walau pun arwah ayah telah tiada, namun ayah tetap 'hidup' & 'subur' di hati kami. Allah seolah2 menunaikan hasrat aku yg ingin bermlm di hospital utk turut sama menjaga arwah ayah sakit, yg ada aku nyatakan keinginan itu pd suamiku. Rupa2nya hanya sekali Allah berikan peluang itu.

Suamiku telah pulang awal lebih kurang pukul 1 pagi sebelum tu kerana menjaga anak2 yg 5 org tu. Memang dari awal kami dtg berasingan. Jadi sementara kakak uruskan utk membawa pulang jenazah, aku memandu pulang sendirian ke rumah di Bandar Seri Putra, tol selepas Bandar Baru Bangi saja jika dari arah KL. Aku bersahur di dlm kereta saja dgn air tin milo yg adik ipar aku belikan. Jalan pulang kelihatan agak lengang & sekali-sekala air mata aku mengalir mengenangkan ayah. Masih terasa seperti mimpi.

Tiba di rumah, anakku yg 8 tahun menyambut sambil berkata "kesian atuk". Rupanya mlm tadi dia tak tidur menantikan kepulangan ayahnya hingga 2 pagi. Kakak2 & abangnya dah hanyut dibuai mimpi. Manakala baby Arif dijaga oleh pembantu pengasuhnya, Ina di taska. Terima kasih kak Ani & Ina.

Pagi itu kami bersiap2 & bergegas ke rumah kakak di Subang Permai. Kakak iparku & suaminya yg merupakan satu2nya kakak suamiku turut serta mengikut kami dari Seremban melalui highway nak ke KLIA tu. Aku nak cepat sampai! Sampai saja, aku terus berlari masuk ke rumah kakak. Dengan perlahan aku mengucup lama dahi ayah sambil menahan tangis. Diikuti oleh anak2ku & suami. Kelihatan wajah ayah tenang seolah-olah tersenyum & harum. Kelihatan begitu ramai saudara-mara hadir walaupun pada hari bekerja. Staf2 pejabat kakak juga ramai yg datang. Mak kata abg2ku, abg ipar & adik ipar aku yg mandikan ayah. Terima kasih!

Jenazah disolatkan di Masjid Taman Subang Permai. Kemudian kami berkonvoi mengikuti kereta jenazah menuju Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. Mak bersetuju bila kami cadangkan jenazah dikebumikan di sekitar Subang. Mungkin memikirkan 3 beradik perempuan tinggal di Subang & Bangi. Manakala 2 anak lelaki masing2 di Port Dickson & Ipoh. Lagi pun ramai saudara mara di sekitar Selangor & KL. Kalau tidak jenazah akan dibawa pulang ke Jengka 16, Pahang.

Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Saat jenazah mula dimasukkan ke liang lahad oleh abg & ipar aku, tak semena-mena air mata aku tumpah lagi. Bermacam2 aku fikirkan.. di sini berpisahnya dgn ayah, jasad diturun ke liang lahad seorg diri. Jika dulu kami sentiasa bergilir2 di sisi ayah, lebih2 lagi mak & kakak sekeluarga. Jika dulu dapat juga aku bantu urut2kan belakang ayah, kaki ayah. Tapi kini ayah jauh di bawah ke dlm tanah. Aku sebak sgt memikirkan semua itu. Ya Allah, Kau peliharalah ayah. Janganlah ayah disakiti & ditakuti..

Buat pertama kalinya tahun ini kami berhari raya tanpa ayah. Kami 5 beradik berkampung di rumah kakak di Desa Subang Permai. Bayangkan kalau dulu seramai 27 org insan berhari raya di Jengka, muat mendiami rumah papan separa batu di kampung menyambut aidilfitri. Kini tinggal 26 orang sahaja meriuhkan rumah banglo setingkat milik kakak. Tahun ni tiada acara membakar lemang yg memang menjadi kesukaan arwah ayah. Bimbang melihatkan emosi mak terganggu. Setiap waktu solat & bacaan Al-Qurannya hanyalah utk arwah ayah. Itulah juga yg. menjadi amalan ibu mertua aku hingga kini yg telah kehilangan suaminya pada 06 Februari 1998, 2 tahun usia perkahwinanku.


Pagi aidilfitri seperti biasa dimulakan dgn sarapan ringan & ramai2 menunaikan solat raya di masjid berhampiran. Lepas tu bermula pula sessi bermaaf-maafan sesama keluarga. Yg dewasa sebak dgn ketiadaan arwah ayah. Memohon ampun daripada ibu yg melahirkan, minta dihalalkan segalanya, mohon dimaafkan segala terlanjur kata & perbuatan. Begitu juga mohon ampun sesama suami & isteri, moga kekal & aman rumahtangga hingga ke akhir hayat. Bermaaf-maafan sesama adik-beradik & anak2, anak2 saudara. Mohon jangan disimpan walau sedikit pun rasa berkecil-hati. Perpaduan & kerjasama sebuah keluargalah paling penting bagi membentuk kelompok masyarakat yg aman & harmoni. Alhamdulillah kerana aku dikelilingi oleh ahli keluarga yg sejahtera, ipar pun umpama saudara kandung bagi aku. Anak2 saudara umpama anak kandung bagi aku.

Seperti biasa anak2 mengumpul 'dana' raya dari embahnya (panggilan utk nenek) & pakcik makciknya. Tahun ni embah bagi double...wakilkan utk arwah atuk mereka.

Sedang mengira duit raya ke?


Menziarahi pusara arwah ayah

Selepas tu beramai2 kami berkonvoi ke pusara arwah ayah di Kota Damansara. Ramainya org yg datang menziarahi pusara keluarga masing2, mungkin juga sahabat handai. Terpaksa kami parking kereta di surau yg jaraknya hampir 300 meter ke tanah perkuburan kerana bahu jalan & parking di kawasan itu telah penuh. Kesian mak kerana terpaksa menapak dlm keadaan lutut tak berapa ok. Tanah merah di pusara ayah telah pun dilitupi rumput 'karpet' yg dijaga rapi oleh pekerja di situ. KD749, itulah nombor pusara ayah "Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus (28 Jun 1936 ~ 19 Ogos 2010).... AlFatihah buat arwah ayah tercinta. Moga arwah ayah tergolong dalam golongan ahli syurga..Amin!

Selagi mereka ada berbaktilah pada ibu bapa, apabila mereka telah tiada bersedekahlah dgn niat pahala utk mereka, berdoalah & selalu sedekahkan bacaan Alfatihah & Yaasiin utk mereka.

Yang paling penting, arwah ayah berpesan "Jangan tinggal solat, kalau tidak bagaimana doa nak sampai pada si mati?"

Thursday, 2 September 2010

Family

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri,Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

"HARGAILAH KELUARGA ANDA"

Monday, 16 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan


PENGERTIAN PUASA

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Lafaz niat puasa yang sempurna:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"


Lafaz niat untuk sebulan:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa sebulan kerana Allah Taala"


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA BUAT SEMUA!

Sunday, 8 August 2010

Bisnesku yang pertama

Setiap kali melihat buah belimbing di mana2 terutamanya di pasar malam, ia akan mengingatkan aku tentang bisnes aku yg pertama dlm hidup aku. Mungkin emak & ayah aku saja yg tahu tentang bisnes aku tu. Tak tahulah kalau adik-beradik aku yg lain perasan atau tidak aktiviti bisnes aku masa tu. Kalian boleh bayangkan masa tu aku baru je 7 tahun tapi dah cari duit sendiri. Bukan sebab mak ayah aku tak bagi duit belanja, tapi atas sebab minat aku sendiri. Mak sebagai bendahari kat rumah selalu bagi aku 20 sen utk belanja sekolah kebangsaan & 20 sen lagi untuk sekolah ugama. Selalunya aku cuma belanja semasa di sekolah ugama manakala duit belanja sebanyak 20 sen di sekolah kebangsaan tu aku simpan. Hari2 ada abang kantin selalu belanja keropok lekor free kat sekolah, itu yg duit aku selamat. Ha..ha..jangan marah, bukan sebab dia suka kat aku tapi ada niat lain tu. Kecil2 aku masa tu pun bukan tak faham niat dia selalu belanja aku. Sebab nak tackle kakak akulah tu.... hah! terbongkar rahsia! Aku pun tak berapa ingat apa aku buat dengan duit2 yg aku simpan, cuma semasa darjah 5 aku buka akaun BSN dgn RM5 duit aku sendiri.

Cerita pasal niaga belimbing tadi bermula semasa aku darjah 1 dgn jual sebiji 5 sen atau 10 sen. tengok saiz juga. Aku sendiri yg petik buah belimbing tu dari pokok. Aku memang suka memanjat pokok, samalah dgn adik beradik aku yg lain pun. Pokok tu masih ada lagi sampai sekarang kat belakang rumah kat Jengka tu. Elok subur aje pokoknya. Mak atau ayah pun rajin juga memotong dahan2 yg terlebih.

Duit hasil jualan belimbing aku simpan dalam bekas filem kamera lama. Daripada mana aku dapat bekas tu pun dah lupa. Kadang2 lumayan juga hasil jualan. Dapat juga kumpul RM1 sehari. Pernah satu hari sebelum balik rumah, aku singgah kat Taman Selesa (nama lain bagi taman permainan kat Jengka) untuk bermain buaian. Duit hasil jualan dan beg sekolah aku letak sekejap di tepi pokok berdekatan. Masa tu dah agak petang, jadi aku main tak adalah lama mana pun. Selalunya aku pergi & balik sekolah jalan kaki aje. Masa tu ayah cuma ada basikal aje. Dari sekolah ke taman tu cuma 5 minit berjalan kaki aje. Seronok bermain buai tinggi2 tapi tak boleh lama, nanti mak marah. Jadi main sekejap utk lepas gian aje lah. Sempatlah 10 minit agaknya, aku turun dari buai & bergegas ambil beg sekolah terus berjalan kaki balik ke rumah. Adalah 20 minit aku berjalan bagi kaki budak umur 7 tahun untuk sampai ke rumah. Aku bukan jenis jalan nak berlenggang-lenggang kangkung. Mesti nak cepat sampai rumah, kecualilah kalau aku letih. Tapi kalau dah petang2 tu kenalah cepat2 berjalan.

Semasa aku 5 tahun pun berjalan kaki juga ke sekolah. Lebih jauh lagi pulak tu, mau juga 40 minit nak sampai. Tapi kalau sekarang jgn haraplah aku nak izinkan anak2 aku berjalan kaki ke sekolah. Zaman sekarang bagi aku menakutkan. Macam2 boleh berlaku pada anak2 yg berjalan kaki ke sekolah. Usahkan anak kecil, yg dah sekolah menengah pun ada juga yg tak selamat walau berada cuma beberapa meter saja lagi nak sampai ke rumah. Memang betul kalau nak malang, di mana2 saja boleh berlaku. Tapi selagi aku boleh menghantar & mengambil mereka pergi & balik sekolah, aku akan buat.

Sampai je kat rumah, bila aku check beg aku rupa2nya duit tu dah hilang. Tapi aku bukanlah budak 'cengeng' yang nak nangis2 ni. Cuma aku geram sangat2 masa tu. Jadi pengajaran juga buat aku agar lebih berhati2. Mak pun tak de nak marah, cuma nasihatkan aku lain kali jaga elok2. Nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Aku pun tak tahu kenapa, sekarang aku tak berapa nak makan buah belimbing ni. Dah jemu agaknya.

Buah belimbing besi banyak khasiatnya. Dulu2 selalu potong2 dan makan dgn cicah kicap aje. Ada juga yg suka tambah cili api hijau. Aku tak rajin makan pedas. Kalau sekarang boleh juga blend buat jus. Ia berkhasiat untuk menurunkan paras gula dlm darah bagi penghidap kencing manis. Elok juga dimakan bagi mereka yg menghidap tekanan darah tinggi & radang gusi. Selain daripada limau nipis, mak aku selalu guna belimbing yg masak ranum (berwarna kuning oren) untuk sental badan semasa mandi. Ia elok untuk buang bau badan & daki2 yg melekat di badan. Maklumlah, mak akukan selalu pergi menoreh getah bersama-sama ayah di ladang getah. Jadi banyak le getah2 melekat di tangan dan baunya pun ikut melekat. Itulah antara spa tradisional mak aku. Sebenarnya elok amalkan makan buah-buahan ni untuk khasiat & vitamin semulajadi.


Selepas jual belimbing, aku up-grade jual buah mangga pulak. Antaranya mangga telur...kecik aje saiznya macam telur. Semua buah-buahan ni aku kutip sendiri sama ada panjat atau pakai galah utk mengait. Bisnes aku berkembang ke sekolah ugama pulak. Ada juga ON-OFF bisnes aku tu. Kadang2 tu bila mood letih, cuti panjang juga. Bukan seminggu, mau berbulan-bulan juga *(^_^)*. Sampai sekarang pun begitu juga. Aku memang suka berdikari. Bertanya kalau tak tahu. Bila buat sesuatu, mesti ada langkah2 keselamatan. Itulah yg cuba kami suami isteri terapkan pada anak2. Moga usaha yg baik itu sentiasa berhasil. Aminn!

Thursday, 5 August 2010

10 Ciri Suami Pilihan



Ciri2 suami pilihan ini aku petik drp majalah MIDI keluaran 15 Julai 2010. Eh! Eh! Ini majalah pilihan no: 1 wanita 40++ di Malaysia. Tak mengapalah...lagi 3 tahun je aku nak mencecah usia 40 pun. Inilah pertama kali aku membeli majalah MIDI ni. Mungkin tertarik dengan tajuk lain "20 petua murah rezeki" agaknya. Rezeki banyak2 pun kalau tak berkat pun tiada makna jugakan.

Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Bila aku renung2kan ciri2 yg 10 ini....bertuahnya aku memiliki seorang suami yg 95% menepati ciri2 ini. Sesibuk mana sekali pun dia tetap tidak lupa solat. Lemah-lembut & berbudi bahasa, mewarisi sifat kedua org tuanya. Namun ada sifat tegas dalam dirinya. Sangat berhemah dalam berbelanja dan sentiasa memikirkan masa depan keluarga. Kerana 95% inilah aku teruja masukkan artikel ini ke dlm blog... Aku patut bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Nak 100%, mana nak jumpa yang perfect...95% ni dah rahmat sangat bagi aku. Yang kurang 5% tu biasalah.. diri aku sendiri pun cuma entah sampai 50% atau tak. Renung2lah diri sendiri bila nak komen tentang pasangan. Buat suami, maaf ye mana2 yg terkurang & terlebih tu...*(^_^)*

Monday, 2 August 2010

Anak kecil main api


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha!
Melayukan gagah di nusantara

Inilah lagu yang sering kami penghuni Asrama Semai Bakti atau Asrama Felda nyanyikan setiap kali habis perhimpunan mingguan. Walau telah lama berlalu (1986~1990) setiap baris lirik tak lekang diingatanku. Bila dikenang setiap bait2 lagu membawa seribu makna yang tersirat yang menjadi peringatan buat kita semua.

Dengarkan.....Lagu WARISAN - Anak Kecil Main Api

Thursday, 29 July 2010

Aku dengan mak!

tahun 1978

Lama betul rasanya tak buat posting kat blog. Adalah dlm 2 minggu. Agak sibuk dgn anak2. Yg no 2 tu nak dipantau sebab lepas raya puasa ni ada exam UPSR. Kalau tak dipantau, dia boleh jadi 'sabar je' tak study apa2. Kalau bab main game memang dia sentiasa bersemangat. Masa makan pun nak kena ingat2kan juga. Takut tak de full stop.

Dua hari dah mak & ayah datang ke rumah. Biasanya aku cuti dgn rela hati melayan diaorang kat rumah. Sekejap2 je keluar ambil anak2 balik sekolah. Aku ni suka nak berborak2 dgn mak aku. Masa aku kecik2 kat kampung (Jengka) dulu, bila time 'blackout' je, banyak le mak aku bercerita kisah2 dia masa kecik, masa zaman jepun, tentang arwah nenek & atuk aku. Tapi sekarang aku terperasan, karektor arwah atuk aku menurut cerita mak aku ada banyak persamaan dgn arwah ayah mertua aku. Kedua2nya mencari rezeki dgn berbendang (sawah padi), sangat rajin bekerja, jujur, taat ugama.

Sekarang pun aku melayan juga cerita2 mak aku & tambah asam garam sikit.. *(^_^)*. Hari ini aku beritahu mak aku betapa aku mengerti susah payah yg dilaluinya semasa membesarkan & menyekolahkan kami 5 beradik dgn hanya menoreh getah. Ada juga mak ambil upah menanam pokok koko & ntah apa2 lagi. Masa pindah dari kampung kelahiran ke Tanah Rancangan Jengka pun aku baru je berusia 4 tahun. Bukan ingat sangat pun.

Nasib aku sangat beruntung kerana selepas sekolah rendah aku dapat tinggal di asrama penuh - ASBTAR (Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak), sebuah asrama Felda di Kuantan, Pahang. Jadi kuranglah sikit belanja yg perlu mak ayah keluarkan. Pernah juga kadang2 tak ada duit selama 2 minggu semasa di asrama, tapi nak minta pun tak sampai hati. Kadang2 bermanja jugalah dengan kakak yg bekerja di Petaling Jaya minta duit. Walaupun gaji kakak sikit tapi dia berusaha utk tidak mengecewakan aku. Sebab itulah sehingga sekarang aku memang tak berkira lansung dgn anak2 kakak jika tengah berduit le.

Apabila aku dah kahwin & punya anak, barulah aku mengerti sedikit demi sedikit perasaan mak dulu. Alhamdulillah aku tidaklah sesusah mak, cuma ada juga masa2nya aku pokai juga. Pada masa itu aku akan terfikir, menangiskah mak di sudut dapur mengenang duit utk anak2 yg belum terlunas? Apa yg aku tahu masa tu mak memang cekal hati, dia tak pernah tunjukkan kesedihannya di depan anak2. Apa yg aku tahu dia nak kami selesaikan tanggungjawab masing2.

Jangan tak tahu, dulu2 mak aku pandai bawa motor. Dia memang jenis 'redah aje' asal dapat sempurnakan kehidupan kami sekeluarga dgn rezeki yg halal. Mak aku ni ada deria ke-6 yg kuat juga. Biasanya dia punya 'feel'nya betul je. Macam masa aku kenal suami dulu le. Aku tunjukkan gambar je, tapi dia boleh ramal karektor suami aku tu..oppps! Bagi aku mak memang perunding jual beli yg hebat. Bila dia membeli apa2 barang pun memang dirundingnya sampai dpt harga yg sangat rendah. Banyak juga rupanya kebolehan mak ni... dulu2 dia mengajar aku mengaji dari dapur aje. Kalau aku tersalah baca memang nyaring le suaranya menegur.

Kalau tak silap aku mak ada 2-3 buah buku resepi masakan kek, biskut & lauk-pauk yg bertulis tangan. Dia memang pandai memasak dan cukup cerewet tentang rasa setiap masakannya. Terlebih @ terkurang santan, gula ke mesti dia tau. Belajarlah sikit2 aku memasak drp mak. Yg pandai memasak sekarang tentulah kakak aku. Cookies yg adik aku buat pun cukup sedap sampai anak aku kata lebih sedap drp biskut famous amos..ha..ha..

Astro box aku rosak, jadi tak boleh tengok TV le. Dek kerana mak nak tengok org mengaji di TV1, aku pun beli le arial TV kat kedai hardware. Dapat le dia nengok malam tadi....jadi le...
Anak aku pun suka sangat sebab dah lama diaorg dpt tengok movie guna CD je. Elok juga, kalau tak asyik nak tengok TV aje.

Layan mak & ayah selagi ada. Dulu pun aku nakal juga. Mak kata jgn keluar rumah, menyelinap juga pukul 4 petang aku pegi main lompat getah, galah panjang atau apa2 aje masa tu. Mak tu mulut je bising (turun kat aku juga tu!) tapi tak kena rotan pun. Kalau kena pun cubit kat perut je...adoiiii...menyengat kat tepi dinding. Esok buat balik, aku tak mudah putus asa...*(^_^)*