iklan

Followers

Pages

Monday 2 July 2012

Tajwid kurang, bagaimana nak mengaji dengan baik?

Jika pagi Khamis aku ambil keputusan exam anak-anak di sekolah rendah, cerita di SINI. Petangnya bergegas pula aku ke sekolah rendah agama untuk melihat prestasi mereka dalam matapelajaran agama.

Aku mulakan dengan mengambil keputusan exam Azri di tingkat 3. Alamak! Ada juga yang gagal ; subjek Tajwid. Ustazahnya kata soalan Tajwid untuk tahun 4 banyak melibatkan definisi sahaja. Sah tak cukup membaca dan menghafallah ni. Mula-mula kenalah hafal, lepas tu fahamkan dan amalkan.

Ada jurukamera cilik yang sempat mengambil gambar aku ni.

Sajalah tu tak memandang kamera. Nampak tak budak perempuan yang duduk sebelah aku tu? Mak dia sedang ambil keputusan exam dengan ustazah, yang pakai baju oren.

Punyalah banyak budak perempuan ni interview aku. "Ini mak Azri kan?, Azri naik kelaskan! Kenapa Azri tak pakai songkok? Songkok dia hilang ye?...bla..blaa..". Amboiiiii... peramah sungguhlah! Layan ajelah..he..he..

Gambar ni aku copy dari facebook SRA Bandar Seri Putra. Ada banyak lagi kat SINI.

Lama juga aku menunggu di sini. Antara yang aku tanyakan pada Ustazahnya "Kenal tak dengan budak nama Polan bin Si Polan (bukan nama sebenar ye!)?".

"Kenal! Kenapa kak?", tanya Ustazah.

"Minta tolong pesan dengan dia, jangan ejek dan buli Azri lagi. Kalau tidak nanti Kak Liza cari dia dan jumpa mak ayah dia!", aku minta tolong Ustazah sampaikan pesanan aku pada budak tu.

"Ustazah pun maklumkan keadaan Azri tu dengan muka dia macam tu! Nyaris saja Azri tu tak mau ambil kisah sangat tapi dia tetap terasa rendah diri juga sikit", tambah aku lagi.

"Insyaallah Kak! Nanti saya cuba sampaikan!", jawap Ustazah. Terima kasih kerana memahami.

Apa pula masalah dengan Azri tu? Dia ada masalah muka bercapuk putih sejak 2 tahun lalu selepas mandi laut di Melaka. Dah jumpa pakar kulit dan berubat ke sana-sini, nyarislah bukan sopak atau vertiligo. Sejak akhir ni dah nampak perubahan positif selepas aku berubat cara Homoepati di Ipoh. Harap dia dapat pulih sepenuhnya untuk kembalikan keyakinan dan 'kehenseman'nya tu. Kesian anak aku yang seorang ni, dah lah masa kecil serius dengan masalah ekzemanya. Satu-satunya anak aku yang maintain badan slim sejak kecil sampai sekarang.

Turun ke tingkat bawah sekali berjumpa dengan Ustaz kelas Asyikin. Melihat nama Muhd Rijal "Orang Banjar ke Jawa ni Ustaz?", ramah benor le aku bertanya.

"Orang Jawa!", jawapnya sambil tersenyum.

"Jawa mana?", tanya aku lagi bak wartawan.

"Saya orang Sabak Bernam!", katanya. Terus aku teringat arwah abang angkat aku, entrynya di SINI.

"Abang angkat akak tu duduk mana dulu? Sakit apa?", Ustaz pula bertanya.

Bercerita ringkaslah aku dengan Ustaz, maklum saja tiada ibu-bapa lain yang menunggu giliran selepas aku waktu itu. Bolehlah nak berbual sikit. Bila dah ada yang datang, kenalah aku beransur. Lama-lama nanti ada yang rimas pulak.

Sama juga dengan Azri, Asyikin pun gagal Tajwidnya. Tahun 6 tentunya lebih detail jawapan yang diperlukan.

Ke sekolah agama bukan sekadar nak lulus exam dalam subjek-subjek seperti Fekah, Tajwid, Akhlak, Sirah dan sebagainya tetapi ia punya tujuan yang lebih luas. Semua yang dipelajari mesti di amalkan dalam kehidupan seharian untuk menjadi insan yang soleh. Aku tak pandai nak mengajar anak-anak tentang agama dengan lebih terperinci, maka di sekolah ugamalah akan diajar oleh Ustaz dan Ustazah tentang segalanya.

Jika di rumah sehabis mudah tentulah mengajar anak tentang solat, tetapi tak mampulah aku nak bercerita tentang Sirah, Fekah dan sebagainya. Sekurang-kurangnya aku tahu untuk diri sendiri dan bila anak bertanya, tahu pula kita nak menerangkan berdasarkan soalannya saja. Azrilah yang paling suka bertanya aku itu dan ini selepas dia mendengar Ustazahnya mengajar.

6 comments:

Anonymous said...

memang kena cari ustaz or ustazah yg bleh tlg ajarkan dengan baik dn plg pnting dengan betul!

-Sara- said...

yee kak.. ilmu tu kene diamalkan barulah berjaya kan kak :)

Dr K said...

Tajwid ni mmg kena praktis selalu, kalau tak mmg lupa!

Kalau bukan vitiligo, apa diagnosis pakar kulit tu ya? still eczema juga ke?

ummiross said...

Moga anak2 Liza dapat meguasai tajwid dalam masa terdekat, insyaAllah!

SheeLittleSunshine said...

saya yang daa besar ni pun kekadang masih lagi lemah dengan bab2 tajwid tp bila belajar selalu, insyaAllah dah boleh :)

Murni Alfathunnisa said...

saya pun lemah tajwid..tapi tak boleh give-up..kena belajar jugak..