Ha...ha.. Ini perkara yang biasa berlaku tetapi bukanlah semua lelaki lupa tarikh-tarikh penting.
Jangan tarikh lahir sendiri pun lupa nanti. Bagi aku tak mengapa lagi kalau si dia lupa tarikh ulang tahun perkahwinan atau pun tarikh lahir. Itu semua boleh dimaafkan sebab hubby aku pun macam ni juga tetapi dah 17 tahun usia perkahwinan aku, masalah ini bukan masalah besar pun. Tidak lansung mengganggu kerukunan rumahtangga. Bukan tuntutan wajib agama, so aku tak kisah.
Kalau hubby lupa tarikh lahir, anak-anak mengingatkan. Kalau terlupa tarikh perkahwinan pun aku jawaplah "Oooo... kahwin nak, tarikh nikah tak ingat!". Sengih je lah.. he..he..
Ada perkara penting lagi yang perlukan dilaksanakan. Kalau yang ini dia laksanakan, Insyaallah bahagialah rumahtangga.
Tanggungjawab dan Hak Suami
Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah, ayat 233)
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik." (Hadis riwayat Muslim).
Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik." (Surah an-Nisa', ayat 19)
Aku copy paste dari artikel : Hak Dan Tanggungjawb Suami Isteri.
Kliklah link tu, ada lagi tentang hak isteri pada suami dan hak bapa pada anaknya.
Jadi, jangan ada yang susah hati kalau suami lupa tarikh nikah. Bila sampai tarikhnya, kita tolonglah ingatkan dia. Mana tahukan nak juga dia belikan hadiah. Hubby aku biasa belikan kek je, makan sama-sama dengan anak-anak. Itu pun selepas aku ingatkan..he..he..
4 comments:
bagi sesetengah orang tarikh perkahwinan penting sampai boleh membawa ke masam masam muka kalau suaminya tak ingat..tapi pada saya, saya tak kisah pun..kadang2 husband buat surprise diluar tarikh penting.. so tarikh tu tak penting sangat pun bagi saya..hehe..
hubby sara mmg slalu lupe..hehe..bru 5 thn kot..geram lah jugak :P
Usia perkahwinan kita sama 17 tahun dan kakak pun merasakan yg sama. Abang tak pernahnya ingat tapi biasa anak-anak yg mengingatkan. Birthday sendiri pun dia lupa agaknya. Masa anak-anak kecik kakak pulak jenis tak particular hal-hal ini. Buat kakak remeh benar...
salam sis..
tp bg kami penting.smpi abg nk beli kereta baru nmbr trikh nikah.ish cam membazir lak..huhu.
klu abg x ingat maybe saya sentap kot.tp tak pernah lg dia lupa pun.tp kwn2 saya ramai suami mereka lupa dan x wish langsung...huhu, mkn hati gak tgk kwn tu. dah biasa katanya.
Post a Comment