Pengaruh tudung... |
Apa-apa kejayaan yang kita ingin capai pun perlulah kita lakukan usaha dan langkah-langkah yang perlu secara konsisten. Segala masalah kita atasi dengan menolak segala alasan.
Bila kita susah, ramai insan lain yang mungkin merasa simpati dengan kita. Tidak dinafikan juga ada yang tak ambil kisah pun jika susah mahu pun senang.
Tetapi betapa pun orang lain merasa simpati dengan kita, jangan kita mengambil peluang dari simpati itu untuk meraih pelbagai bantuan. Tanpa usaha untuk berubah untuk menjadi lebih baik membuatkan orang lain yang simpati mula menjadi mual dengan sikap kita yang hanya menanti bantuan dan ehsan. Lebih mual lagi jika kita mula bersikap kerap meminta-minta pula.
Orang lain akan menghormati kita jika sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik walau pun mungkin masih gagal untuk berjaya. Itu lebih baik daripada hanya bergoyang kaki mengharapkan segalanya berubah menjadi baik. Angan-angan Mat Jenin menanti bulan jatuh ke riba.
3 comments:
ya, saya harap artis(dan semua orang) apabila berhijrah ke arah kebaikan, dapat konsisten (istiqomah)..Jgn lepas balik umrah pakai tudung litup semua, lepas 6 bulan pakai tudung, tapi nampak jambul..lepas 6 bulan lagi pakai tudung fesyen apa ntah...Itu saja permainkan hukum Allah nama nya
Akak uikk.....sihat ke sekarang.....lamo tak dgr kobar.....
masa gi umrah tahun lepas...jumpa Irma...lagik lawa nampaknya dari dlm tv...
alhamdulillah kan..makin ramai artis malaysia yang bertudung..semoga mereka ni istiqamah dalam menunaikan kewajipan tu..
Post a Comment