Bila bulan puasa tiba, macam-macam azamlah yang datang umpama menyambut tahun baru. Bulan Ramadhan yang mulia memang ramai umat Islam yang menunggukan kedatangannya. Namun ramai juga yang tidak suka dengan kehadiran bulan Ramadhan. Siapa tu yang tak suka? Ada laa...
Ada yang berazam nak khatam Al-Quran, nak solat terawih dari mula hingga ke akhir puasa, nak berpuasa cukup sebulan bagi anak-anak yang masih bersekolah. Kalau dewasa memanglah kena berpuasa penuh, pun ada yang mengelak dengan pelbagai alasan. Ada juga yang kalau tak puasa pun macam tak ada rasa apa-apa pun... tak rasa bersalah.
Berazam juga nak menjaga adab dan budi bahasa elak dari mengumpat. Macamlah bulan tak puasa dihalalkan mengumpat. Berdosa juga...
Bulan puasa ni lah masanya nak tunjuk skil memasak yang jarang-jarang ditunjukkan. Tidak pun menunya main 'tunjuk-tunjuk' je kat pasar Ramadhan. Bajet nak belanja RM10 dah naik sampai RM50 sekali membeli makanan. Terlebih sudah!
Berperang dengan nafsu sendiri memanglah sukar. Bila nampak je bermacam-macam makanan yang sedap-sedap di pasar tu, nafsu nak membeli bagai tak boleh ditahan-tahan. Sebab itulah aku cuba mengelak dari pergi ke pasar Ramadhan. Lebih-lebih lagi kalau ada anak-anak yang mengikut, semuanya nak!
Masa bujang dulu aku lebih suka berbuka puasa dengan air masak dan nasi ada lauk dan sayur je. Cukuplah sebungkus untuk aku sorang. Jarang sangat aku membeli kuih-muih. Dah sorang, suka hatilah nak beli apa pun kan!
Aku terlebih makan bila buka puasa bersama mak ayah dan adik-beradik kat kampung. Itu pun sebab mak dah masak macam-macam kat depan mata. Pulun le..! Makan terlebih juga kalau buka puasa dengan kawan-kawan di restoran. Rugi kalau tak habiskan makanan yang dah di tempah.
Bila dah kahwin, teringin juga nak amalkan cara makan yang simple masa buka puasa. Tapi niat tu tinggal impian saja setiap tahun sejak 17 tahun yang lalu. Hubby aku suka benar membeli kuih-muih di pasar Ramadhan. Maklum saja aku ni tak berapa pandai buat kuih, sebab tu dia suka membeli.
"Alaa... sikit je mama!", kata hubby. Iyelah tu! Yang aku nampak ada juga 2-3 jenis dibelinya. Kalau sejenis je tak mengapalah juga.
Bila meja penuh dengan makanan, semuanya nak dimakan dalam satu masa. Anak-anak aku memang kuat makan. Nak nasi! Nak ayam! Nak karipap! Nak puding! Nak cucur udang! Nak Sandwich! Nak bubur cha-cha! Murtabak pun nak juga! Semuaaaaaanya nak!
Sekali suap, minum air.... main selang-selang makan. Perut dah kembung dengan makanan dan air. Tak suka betul aku dengan cara makan yang macam ni. Jenuh berpesan dah dengan anak-anak.
Cara makan yang tak bagus untuk kesihatan. Bila berlebihan tentu saja memudaratkan. Badan jadi lelah dan letih. Solat dah jadi susah. Otak pun boleh jadi lembab.
Perut dah penuh tetapi makanan masih lagi banyak di pinggan. Jadilah pembaziran. Kalau sehari membazir dalam RM5, sebulan dah jadi RM150. Amboi! Terlebih penuh tangki minyak kereta aku, cukup untuk sebulan. Itu kalau RM5 saja.
Azam konon-konon nak berjimat di bulan puasa, rupanya terlebih belanja dari hari-hari biasa.
Malam tadi aku dah pesan dengan hubby supaya jangan singgah beli apa-apa lagi di pasar Ramadhan. Cukuplah makan nasi dengan lauk dalam 2-3 jenis. Itu pun masak lebih juga sedikit dari hari biasa kuantitinya. Kuih pun cukuplah sejenis saja dengan sejenis apa-apa bubur.
Bukan nak kedekut tapi makanlah dengan cara yang sihat supaya badan pun sihat, poket pun selamat.
Sejak dah kahwin ni je aku layan minum air berais masa buka puasa sebab itu yang hubby dan anak-anak suka. Jadi aku malas nak buat air teh panas sebab nanti tak ada siapa yang nak minum. Kalau nak badan cergas semasa berpuasa, cuba elak minum ais sepanjang bulan puasa. Insyaallah akan terasa kelainannya.
Berpada-padalah makan dan berbelanja untuk makanan. Ingat-ingatlah juga pada mereka yang susah nak makan. Bersalahnya rasa di hati bila nak buang sisa-sisa makanan yang banyak dan masih elok.
4 hari tak makan... apa rasa? Entahlah! Rasa nak meleleh air mata tengok budak 3 orang dalam gambar ni.
"GAZA UNDER FIRE: CHILDREN FOUND NEXT TO DEAD MOTHERS
Four small starving children too weak to stand were found next to the bodies of their dead mothers by ambulancemen who had been trying to reach their Gaza neighbourhood for four days after it came under Israeli attack, the Red Cross said yesterday. In what the International Committee of the Red Cross called a "shocking incident", another man, also too weak to stand, was found in the same bombed house, along with at least 12 corpses on mattresses.
The Independent World, January 9, 2009"
Sumber gambar : http://snippits-and-slappits.blogspot.com/2009/01/blog-post_12.html
12 comments:
sebak juga ye !
Bila bulan puasa ni, kanak kanak yg berpuasa rata ratanya mmg akan 'makan bersulam air'..hehehe...itu takpe lah, kita ajar dan didik...Tapi org dewasa pun ada makan style macam ni! haha
buruk!!!! ahahaha
sedih melihat mereka...
Macam nak luruh airmata kakak bila melihat 4 budak kelaparan tunggu mayat ibunya liza. Anak-anak kita makan sampai tak terhabis...
Kakak puasa memang tak masak apa lagi 2 anak dah duduk asrama. Kat rumah tinggal satu so beli lagi tak membazir dari masak. Tapi sahur kakak masaklah simple janji panas..
mmg lah kita ni kt msia terlebih2 mkn..ingat sedara kita kat gaza, somalia mati kebuluran! :(
selamat berpuasa liza. mmg sepatutnya kita tak membazir part makan2 ni. mak kata jangan buang, nnt makanan tu menangis
Kak...bulan pose ni lah nak rasa pelbagai kuih muih....tu pasai abg sayam 2 3 jenis....ahakz
Mentang-mentang lah kita kat malaysia ni merata ceruk ada pasar ramadhan kan..makan kita mewah, tak pernah beringat budak2 yang tak cukup makan kat luar sana. insaf. puasa ni sepatutnya menyedarkan kita erti dan syukur. so far, tak memborong lagi di pasar ramadhan, lebih suka masak di rumah.
selamat menjalankan ibadah puasa.
selamat berjimat cermat semua.
Assalamualaikum Liza
sedih dan sayu
Selamat menjalani ibadah puasa
Post a Comment