iklan

Followers

Pages

Friday, 30 November 2012

Bila dah terkena barulah tepuk dahi!

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna!

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata mahu pun perbuatan, tanggunglah akibatnya.

Bukan kita tak tahu akibat dari sesetengah perbuatan kita itu boleh mendatangkan mudarat jika diteruskan tetapi kita masih juga bersikap 'tak pe', 'ada aku kisah', 'peduli apa aku', 'alahhh... sikit je!', 'tak mungkinlah', 'boleh baik nanti' dan segala macam alasan untuk beri semangat meneruskan aktiviti-aktiviti tak sihat kita.

Aku bagi contoh supaya korang lebih faham apa yang aku maksudkan yang kita tahu kesannya tetapi tetap kita teruskan juga hinggalah kebarangkalian kesannya yang buruk itu menjadi kenyataan.

- Merokok itu membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain.
- Terlalu kerap dan banyak makan makanan berlemak dan manis tak elok untuk kesihatan.
- Sikap suka bertangguh menyebabkan kita rugi dan terlepas banyak peluang yang baik.
- Berjudi itu haram dan boleh merosakkan hubungan sesama insan.
- Memandu laju dan melulu mampu menyebabkan kemalangan kerana kurang kawalan penuh.
- Hubungan antara dua insan bukan muhrim yang tidak menjaga batas-batas agama itu berdosa dan bahaya.
- Mencuri, merompak, merogol, membunuh tu semua kerja salah!
- Mengumpat, menengking, menghina, mengata dan seumpamanya.
- Bermalas-malasan dan bersantai setiap waktu dan setiap hari itu bakal merosakkan kesihatan.
- Tak ambil tahu/peduli apa aktiviti anak-anak di dalam atau di luar rumah.

Kalau nak senarai sikap buruk tu memang sangatlah banyak....

 Tapi bila segala yang tak ingin kita alami atau pun saksikan terjadi, barulah kita tersedar dan menyesal.

Ketagih judi musnahkan masa depan

Sikap cuai kita mungkin sebabkan kita atau orang lain kemalangan

Terlebih cinta tergadai maruah

Terlebih kolestrol

Asap rokok tak boleh kikis dah
Bayangkanlah rentetan peristiwa yang mungkin pula perlu kita alami bila 'nasi dah jadi bubur'? Mungkin ada yang hilang keluarga, dihina dan dicerca, cacat anggota atau lebih parah jika lansung tak boleh buat kerja apa-apa pun yakni perlukan bantuan orang lain untuk kita meneruskan hidup.

Kehidupan yang indah dulu telah tiada akibat sikap kita sendiri.

Bila dah sampai ke perjalanan terakhir, tiada apa-apa sikap buruk lagi yang dapat kita perbetulkan. Memang sudah terlambat. Moga Allah beri kita kekuatan dan hidayah untuk sentiasa kita menjaga diri kita agar sihat dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-sama saling mengingati sesama insan.


Thursday, 29 November 2012

Rajin, bertolak-ansur dan bersiap awal banyak faedahnya!

Semalam aku pergi training seharian anjuran syarikat yang patut bermula pukul 9.00 pagi hingga ke 5.00 petang di Bangsar. Setiap kali nak pergi apa-apa training yang bermula 9.00 pagi, pastinya aku akan kelam-kabut. Kecoh je kan! Padahal orang lain boleh tenang je.. he..he..

Upline aku yang ajak aku join training ni bersama seorang lagi rakan seperjuangan. Sama-sama UTC (Unit Trust Consultant) di Public Mutual Berhad. Ini seronoknya bila pergi training 3 sekawan. Kak Ras tu upline aku dan Kak Maz. Kira macam aku dan Kak Maz jadi dua cabang pada Kak Ras lah.


Dari rasa malas jadi semangat bila pergi dengan kawan-kawan rapat ni.
Maklum saja kami bertiga ni tak amalkan sangat sikap :

1. Kak Ras - "aku upline kau, so aku macam boss kaulah".
2. Liza AB (aku le ni!) - "aku dowline kau, kau kena tolong aku selalulah".
3. Kak Maz & Aku "kau bukan dowline aku, buat apa aku nak tolong".

Masing-masing cuba memahami kesenangan dan kesusahan yang dialami. Bantu dan bekerjasama ikut kemampuan dan had masing-masing dengan rasa hormat juga pada hak dan privacy. Jangan ada rasa dengki, cepat nak kecil hati dan pelbagai reaksi negatif. Belajar bersikap dewasa, bertolak-ansur dan menghormati.

Tetapi jika 'downline' ingin benar-benar berjaya, kenalah dengar dan pertimbangkan segala nasihat dan tunjuk ajar 'upline'. Kemudian belajar buat sendiri hingga pandai dengan cara yang matang.

Kami mengamalkan sikap tugas sebagai UTC ini adalah bisnes kami sendiri. Menjadi 'boss' dan 'kuli' pada diri sendiri. Jika nak berjaya, kena usaha sendiri, bukannya orang lain. Upline hanya beri tunjuk ajar, bukan tolong buatkan. Sekali-dua tolong buatkan kira bolehlah tapi kalau selalu nak kena tolong buatkan maka tak adillah bagi upline kita. Dia pun asalnya bermula seperti kita juga, belajar dan kemudian buat sendiri.

Aku dan Kak Maz pun saling bertukar pendapat dan dia banyak beri galakan dan idea pada aku. Kami memang saling bersaing. Yang paling untung tentulah Kak Ras sebagai upline bila kami sebagai downline bersaing untuk dapatkan 'Sales (Jualan)' yang banyak kerana ada 'over riding' untuknya. Tapi apa aku nak kisah kalau memang itu rezeki dan hak dia. Apatah lagi Kak Ras banyak bantu aku dan paling bertimbang rasa dengan aku.

Untungnya bila Kak Maz pergi training yang sama dengan aku sebab aku suka tumpang kereta dia waktu pergi dan balik dari Bandar Baru Bangi ke Bangsar. Menyandar sajalah dalam kereta sebab ada pemandu... he..he.. sayang Kak Maz! Tak perlu susah-susah aku nak drive kereta, cari parking atau kalau naik komuter terpaksa berjalan laju-laju dengan menjinjing beg di tangan. Memang banyak senang dari susah!

Minggu satu lagi ada kelas yang kami bertiga nak join sama-sama. Meriah masa waktu rehatlah. Dan sama-sama juga menyertai satu Konvensyen anjuran syarikat di Hotel One World, Bandar Utama. Kali pertama aku ke situ masa majlis perkahwinan sepupu aku di entry INI.

Semalam aku bangun seawal jam 5.15 pagi. Aku terus basuh kain, sidai kain dan memasak sarapan untuk anak-anak sebelum mereka ke tusyen dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Aku sediakan juga makan tengahari untuk mereka bila habis tusyen nanti. Syukur pihak tusyen ada sediakan van untuk hantar dan ambil balik antara rumah dan kelas tusyen. Yang kecil sekali aku hantar ke rumah pengasuh.

Wow! Basuh kain, sidai kain, masak sarapan dan lunch dan hantar si kecil ke pengasuh dapat aku siapkan seawal pukul 7.00 pagi. Selepas tu bergegas pandu kereta aku ke Bandar Baru Bangi di lokasi yang dijanjikan untuk menunggu Kak Maz ambil aku. Kena keluar awal sebab Kak Maz nak hantar anak bongsunya ke rumah maknya di Kelana Jaya.

Bila kita hendak... semuanya cepat siap! Tapi hari ini tak ada kelas maka tak adalah kalut sangat! Pukul 9.00 pagi barulah aku terhegeh nak menyidai kain. Apasal aku tak buat macam semalam, buat semuanya awal. Tentu banyak lagi perkara yang berfaedah dapat aku selesaikan segera.

Dah tau sifat suka bertangguh itu rugi tapi tak insaf-insaf juga!

Tuesday, 27 November 2012

Nak boikot ke tidak ni?

Copy dari facebook

Ada yang semangat memboikot dan ada juga yang perlekehkan mereka yang memboikot.

Selagi aku mampu, cuba dan usaha untuk boikot. Orang lain tak mau boikot pun aku tak komen apa-apa apatah lagi nak menghina. Diri sendiri pun tidak sebaik mana dan jauh dari sempurna baiknya.


Sebagai panduan untuk mereka yang nak boikot sahaja.



Israeli occupation forces (IOF) put an end to her dream!

Source : Facebook of MAPIM


Children back to School in #Gaza, but for sorry Sara did not, she was killed with 11 of her family, may be she dram to be doctor or human activist, but #IOF put an end to her dreams and life so sad.
 




Pray for Gaza, Palestin! Alfatihah for Sara.. !

Sumber gambar dari SINI

Anak kecil di sebelah mayat ibunya.  Sumber gambar dari SINI.
Andai hati tidak terdetik walau sedikit pun kesedihan di hati kalian, tak taulah apa aku nak kata bila melihat gambar anak kecil ini. Serius air mata aku menitik.... Ya Allah! Selamatkan bumi Palestin, bersatulah seluruh umat Islam dan seluruh manusia menentang kekejaman yang tidak waras ini.

Sumber gambar dari SINI


Monday, 26 November 2012

Asyik tusyen je dan mula tadika awal!

Pukul 9.00 pagi ini 3 orang anak start tusyen sempena cuti sekolah. Kalau tak hantar tusyen, memang sah-sah depa leka main game aje kat rumah. Makan tido je! Kalau tak diminta tolong buat kerja rumah, memang mengadap PS2, laptop, TV dan komputerlah jawapnya. Lama-lama badan makin mengembang nanti. Dah la result exam baru ni teruk! Tak nampak 'A' lansung.

Hubby cadangkan hantar ke Kelas Cikgu Maryam di Impian Putra, Bandar Seri Putra. Ada van yang datang ambil anak-anak. Cuba dulu untuk aktiviti belajar dalam cuti sekolah ni. Kelas bermula pukul 9.30 pagi hingga pukul 1.00 tengahari. Kalau ada perkembangan baik, bolehlah teruskan untuk sepanjang tahun depan.


Anak yang sulung saja yang tusyennya di sebelah malam, pukul 7.45 hingga 10.15 malam. Ambil 4 subjek saja ; Fizik, Biologi, Kimia dan Add Maths. Tahun depan dia dah nak SPM. Haaaa???? SPM? Dah besar rupanya anak aku. Rasanya dulu baru je darjah 6, dah nak masuk tingkatan 5?

Untuk tusyen ini saja habis juga dalam RM1K lebih. Baru-baru ni dah beli baju sekolah anak-anak habis juga dekat RM600. Itu belum masuk kasut sekolah, tudung sekolah dan tak beli pun baju untuk yang sulung sebab tak payah dulu katanya. Nasib baik juga kain sekolah dia tahan sejak dia form 1 dan badan pun tak makin mengembang, cuma meninggi je.

Tahun depan anak yang bersekolah di peringkat menengah dah bertambah seorang lagi ; jadi 3 orang semuanya. Tinggal seorang je dalam darjah 5 dan yang bongsu baru je nak masuk 4 tahun.

Yang bongsu Arif ni pun bila ditanya "adik nak sekolah?".

Pantas je dia jawap "nakk!". Pandai sangatlah nak ke sekolah.

"Alip nak belajar 'alip', 'ba', 'ta', 'jim', 'ha', 'kho'!", tambah Arif.

Banyak kali aku tanya "mana 'sa'? tak ada pun!".

"Adaaaa!", jawap Arif.

Macam tu lah jawapan dia bila ditanya perihal sekolah. Huruf 'sa' mesti tertinggal walau aku dah ulang ajar berkali-kali.

Ada tadika cawangan baru Dzul Iman nak buka pada 1 Disember ini di Anjung Suasana, Bandar Seri Putra. Macam menarik juga! Nak kena tinjau-tinjau bajetnya nanti.


Ada orang kata usia 4 tahun itu terlalu awal. Ikut oranglahkan! Anak dia, tentu dia lebih maklum dan faham. Aku pun nak Arif pandai juga. Nak mengajar sendiri tak ada skil, selalu je tak sabar! Jadi kalau bajetnya ada, boleh le hantar ke tadika walau pun baru berusia 4 tahun.

Itu pun ikut kehendak Arif juga. Kalau tiba-tiba dia tak mahu pergi, aku ikutkan saja buat masa ni. Tak ada paksa-paksa. Biar dia belajar sementara dia ghairah sangat. Lagi pun kan elok mengenal huruf seawal usia 3 tahun. Ikut larat masing-masing le.

Kalau anak aku tak pandai membaca masa nak masuk sekolah rendah, siapa yang tanggung susah? Tak ke aku dan anak juga? Bukan orang lain pun yang susah tapi suka komplen "awal sangatlah!". Aku dah lalui pengalaman tu 2 kali dengan kedua-dua anak lelaki aku. Susah payah aku mencari cikgu perseorangan semata-mata nak ajar mereka membaca sahaja pada bulan Disember sebelum masuk tahun 1.

Begitu juga dengan tusyen untuk anak-anak. Kadang orang lain melihat anak terbeban dengan sekolah, kerja rumah dan tusyen. Tak tahu bila waktu rehatnya kalau Sabtu Ahad pun pergi tusyen juga.

"Kesian budak tu!". Ya! Mungkin memang betul terbeban. Tapi adakalanya orang luar yang melihat je yang kecoh sedangkan budak tu ok je sebab dia sedar akan tanggungjawapnya.

Cara nak bagi anak-anak sedar tentu saja dengan berkomunikasi tentang sebab dan akibat tindakan yang diambil. Selalunya anak-anak faham sebab-sebab perlu belajar dan tusyen. Cuma mereka menentang sebab sifat 'malas'. Sebab aku pun dah lalui perasaan tu... he..he.. Jadi aku pun kena ambil kira juga jumlah waktu mereka yang terluang dan sekali-sekala 'ambil hati' dan bagi 'ganjaran' walau sedikit.

Ya! Pandangan orang lain kena dengar dan timbang-timbangkan juga. Tapi yang memberi pandangan pun janganlah merungut kalau orang lain tak dengar pandangan tu. Mungkin dia ada cara lain yang dia rasa lebih baik dan sesuai untuknya. Umpama makan le! Lain orang lain selera makannya! Adakalanya selera sama tapi tak boleh nak makan juga sebab alergik/pantang le pulak.

Pandai-pandailah kita memilih yang terbaik dan sesuai untuk anak-anak kita. Tapi jangan buat muka sombong pulak dengan pendapat orang lain. Layan je lah...he..he.. Layannnn!!!


Saturday, 24 November 2012

Lunch di Karnival Optik Mega, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Tengahari tadi baru tiba ke Karnival Optik Mega anjuran Mercu Optometry Sdn Bhd. Boleh 'like' facebook pagenya di SINI. Mapnya pun ada aku letak dalam entry INI.

Karnival berlansung selama 2 hari ; 24 dan 25 November 2012. Ada potongan harga sehingga 80%! Banyak tu!

Nampak dah khemah tu... sederet dengan kedai Toyota.

Masa aku sampai dah ada yang sedang menikmati makan tengahari.


Tersenyum lebar Ann dan Din di kaunter depan


Para tetamu.. amboiii!! Cik abang aku makan tak mengajak!

Ada diskaun 50%

Ada diskaun 70% & 80%

Anak aku, Azri join peraduan mewarna

Pelanggan tunggu giliran nak check mata

Diskaun 50% & 60%... amboi banyaknya!

Mari-mari diskaun 30% pun ada!

Ishh.. pandai ke Arif nak warnakan Boboi Boy tu?? Anak bongsu ni kidal!

Azri dengan Doraemonnya

Encik Kimi sedang sibuk pre-analysis mata pelanggan

Anak pelanggannya pun sama!

Amboi! Berwarna-warnilah Arif! Kusyuk sungguh!

Terima kasih makcik! Datanglah lagi!

Wooooiii... dapat hadiah payung laaa! Dua pulak tu! Nak jugak!

Penat dah mewarna, nak makanlah pulak! Sibuk nak duduk sebelah ayah!

Waktu karnivalnya awal lagi mula pukul 8.30 pagi

Meriahhh....
Tak payah masak lunch le aku sebab masing-masing dah kenyang makan nasi briyani, bihun goreng, kuih karipap dengan bingka pandan. Pulun sakan kalau bab makan.

"OK Kimi! Kak Liza datang lagi minggu depan ye! Tukar cermin yang powernya dah naik pulak!", bahasa nak mengundur diri dari aku.

"Terima kasih Kak! Insyaallah kita jumpa lagi!", jawap Kimi tokey kedai.

Karnival hingga hari Ahad, 25 November 2012. Dari pagi sampai malam... detailnya kat SINI.

Karnival Optik Mega 24~25 Nov 2012

Hari ini nak join karnival cermin mata di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Cermin mata aku dan anak-anak semuanya buat kat sini. Datang nak bagi sokongan pada pemilik kedai, Encik Hakimi dan isterinya Cikgu Azlina. Suka ke kedainya sebab harga berpatutan dan layanan terbaik dan yang penting ilmu mata yang disampaikan pada aku jelas dan ikhlas! Bukan nakkan duit semata-mata!

So...jom ramai-ramai pergi! Lokasi sebaris dengan Speedmart 99 dan Toyota Sales... dekat dah dengan Petronas Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Kita ke Mercu Optometry Sdn. Bhd. !




View Larger Map


Part 12 - Bila dia sakit, aku turut terasa!

Sambung dari Part 11...

Selepas 4 hari hubby di ICU, 28 Sept 2012 dia dipindahkan ke wad biasa. Kelihatan riak lega di wajahnya. Malam itu aku menemaninya di wad hingga ke pagi. Malam yang agak sukar sebenarnya sama ada di pihak hubby dan juga aku. Sepanjang malam tak dapat nak lelapkan mata kerana dia sentiasa berasa tidak selesa dan tentunya aku juga perlu melayan kehendaknya.

Bila mengiring ke kanan dia tak selesa, mengiring ke kiri pun begitu juga. Cuba juga sendalkan bantal kecil di tepi tangannya atau bawah kakinya tapi semuanya tetap tak selesa. Baru saja aku nak labuhkan punggung di kerusi, hubby dah berbunyi "tak bolehlah macam ni mama, ayah tak selesa!", dan minta aku bangunkan dia.

Hubby tak boleh baring seperti biasa. Dia hanya tidur dalam keadaan separa duduk di katil dan sekejap pula dia nak duduk di kerusi. Akulah yang perlu memimpin tangannya beralih tempat. Cukup tersiksa baginya.

Bak kata orang "ke kanan salah, ke kiri salah, duduk salah, berdiri pun salah!", semuanya serba tak kena. Hanya "sabar!" saja yang mampu aku ucapkan padanya. Bukan masanya untuk aku nak bagi nasihat panjang-panjang pada orang yang sedang sakit. Takut nanti lagi sakit, sakit hati! Tips tu tau!

Setiap kali dia nak buang air kecil, digagahkan juga diri menapak perlahan-lahan menuju bilik air. Wajiblah aku pimpin, nanti tumbang pulak. Pening katanya. Begitu juga bila berjalan-jalan keliling wad, ke bilik tetamu sambil nak hilangkan bosan menonton TV atau meronda-ronda ke taman yang searas dengan wad.

Pandangan dari taman di tingkat atas mengadap jalan utama

Taman di tingkat 3, searas dengan wad

Tempat lepak kat taman

Berjalan perlahan-lahan supaya jantung dan paru-parunya jadi lebih sihat.

Ini ada satu artikel yang aku jumpa bagaimana dengan berjalan itu baik untuk memanjangkan usia :

Tahukah anda? Berjalan mampu panjangkan hayat

Setiap pagi seawal jam 9.00 pagi dan 4.00 petang Dato' Dr. Rozali akan datang buat pemeriksaan kesihatan ; denyutan jantung, tekanan darah, kandungan gula dalam darah, keadaan luka pembedahan dan sebagainya. Dia akan selalu galakkan hubby berjalan dan berikan ingatan selalu apa yang hubby perlu buat selain berjalan.

Dia galakkan hubby kerap buat senaman kaki dan cara pernafasan yang betul. Juga tinggikan kedudukan kaki lebih daripada paras pinggang semasa dalam posisi duduk untuk kurangkan risiko kaki bengkak.

Aku dah hafal rutin seharian bagaimana nurse akan ambil ujian gula dalam darah setiap jam 8.00 pagi sebelum hubby mengambil sarapan dan waktu-waktu yang perlu hubby makan ubat. Jika mereka terlewat ambil ujian darah, maka aku akan terus ke kaunter depan untuk bertanya. Maklum saja bila ada hari yang pesakit ramai, giliran hubby jadi terlewat sedikit.

Selera makan hubby masih lagi tidak ada, hanya buah-buahan saja yang sedap di tekaknya. Makan bubur pun adalah dalam 4-5 sudu saja. Selebihnya akulah yang habiskan. Memang tak ada masalah laparlah selama aku menjaga dia di wad. Menu di SDMC ni memang sedap-sedap, cuma sebab hubby rasa loya saja yang buat seleranya terbantut.

Tukar selera, makan burger Subway pulak... amboiiii!
Aku pun memang ada belikan macam-macam buah untuknya. Ada juga terima hamper buah-buahan dari kakak angkatnya sejak zaman sekolah. Dia kirim melalui kedai hamper yang terletak di Subang Jaya dengan buat panggilan dari Kelantan.


Menu kat SDMC memang sedap-sedap ikut hari
Kalau aku nak order makan ala-carte pun boleh.

Pilihan menu untuk kanak-kanak

Order 1 jam sebelum waktu makan
4 malam aku menemaninya di wad. Jadi terpaksalah anak-anak pun ponteng sekolah juga sebab tiada siapa yang nak jaga jika mereka berada di rumah aku di Bandar Seri Putra. Menumpanglah sekejap di rumah kakak di Desa Subang Permai. Tak sampai hati nak biarkan dia dijaga oleh nurse saja sebab keadaannya yang masih terhoyong-hayang jalannya. Pening katanya bak memijak lantai pun terasa bergoyang-goyang. Doktor kata kurang darah.

Malam pada tarikh 1 Oktober 2012, Doktor arahkan nurse masukkan darah sebanyak 1 peket kerana pening hubby yang tak surut-surut walau dah seminggu selepas pembedahan. Tangan hubby memang pucat betul akibat kekurangan darah. Matanya pun terasa kabur dan berpinar-pinar. Kapsul tambah darah pun tak dapat membantu.

Beg darah jenis AB+ dah standby sejak pukul 10.50 malam

Dijamin bersih!
Darah siapalah yang masuk ni antara beberapa orang penderma ni ye? Entry hari pembedahan di SINI.

Antara penderma yang mengorat nurse kat sebelah tu masa hari pertama hubby dibedah!
Esok paginya darah yang masuk dah selesai seawal 6 pagi rasanya. Hubby terasa perubahan yang ketara iaitu perubahan yang positif. Pening dah mula kurang dan pandangan mata pun lebih jelas sedikit. Lega hati aku mendengarnya. Dia pun dah mula boleh berjalan sendiri dengan tangan masih perlu juga berpaut pada dinding sekejap-sekejap.

Petang 2 Oktober 2012 tu juga aku ajak anak-anak balik ke Bandar Seri Putra. Banyak hari dah ponteng, marah pula pihak sekolah nanti dan ketinggalan banyak pelajaran terutama anak yang sulung di tingkatan 4 tu. Situasi hubby dah mula stabil, rasanya aku dah boleh bermalam dengan anak-anak di rumah dan siang berulang-alik melawatnya di wad sepanjang hari.

Habiss.. 

Friday, 23 November 2012

6 kelebihan mandi sebelum subuh... bangunnnn!!!


Artikel ni aku copy dari facebook...moga sentiasa kita amalkan. Senang bagi yang menginginkan... lepas tu boleh terus solat subuh dengan perasaan yang sangat segar!

SILA BACA HINGGA HABIS & "SHARE"
______________________________
6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH
______________________________

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...