iklan

Followers

Pages

Thursday 8 November 2012

Terima kasih kerana memberi laluan!

Ada orang bijak menghargai pengorbanan orang lain dengan caranya yang tersendiri. Dia pun tahu bagaimana nak menghargai orang lain dengan memahami apa yang orang itu suka. Wah! Seronoknya.

Sedihnya bila pengorbanan kita dipandang sepi oleh orang lain, lebih-lebih lagi dari insan yang sangat kita harapkan. Ada yang inginkan penghargaan dari segi material, ada juga hanya memerlukan reaksi kasih sayang dan perhatian. Namun ada juga yang ucapan 'terima kasih' saja sudah memadai.

Kejayaan seseorang adakalanya dibina atas susah payah diri sendiri yang memerlukan pengorbanan masa, harta benda dan mungkin juga melibatkan diri sendiri. Tetapi ada juga kejayaan yang dicapai melibatkan pengorbanan orang lain sama ada secara baik atau sebaliknya.

Pengorbanan orang lain secara penindasan untuk memberikan kita kejayaan memang jelaslah tidak baik dan perlu kita elakkan. Itu melibatkan sifat hasad dengki dan suka menjatuhkan orang lain.

Apa yang ingin aku katakan bila kebanyakan kejayaan yang kita capai bukanlah sepenuhnya atas usaha kita sendiri tetapi juga atas kerjasama dan pengorbanan orang lain juga. Biasanya ia dilakukan atas dasar kasih sayang.

Ibu bapa sudah tentulah berkorban masa, tenaga dan perasaan demi kejayaan anak-anaknya dalam mengejar cita-cita. Itu sememangnya sudah menjadi kewajipan ibu-bapa memberikan ilmu untuk anak-anaknya.

Bagaimana pula dengan suami atau isteri yang berjaya mengejar cita-cita sama ada lebih tinggi pendidikan atau bisnes menjadi lebih baik mahu pun pangkat menjadi semakin disegani. Adakah mereka melihat atau menghargai insan-insan yang menyokong, mendorong, memberi kerjasama, berkorban masa dan perasaan demi memberi laluan kejayaan padanya?

Ada yang ingat tetapi ramai juga yang lupa. Syukur alhamdulillah bagi yang ingat!

Jika lupa dengan pengorbanan mereka yang menyokong kita masih lagi tidak mengapa walau pun ianya sangat menghiris hati orang lain. Tetapi janganlah lupa padaNya, Allah SWT yang telah memberikan keizinan memberi laluan untuk kejayaan kita.

3 comments:

Unknown said...

paling penting, jgn lupa Tuhan. tanpa org lain mahupun org yg dekat mungkin kita boleh barjaya tapi tidak sepenuhnya, sebab Dia maha merancang segalanya-galanya . Utk menajdikan diri lebih berjaya, ingatlah kepadaNYa dan jangan mudah lupa diri. Sbeb dia lebih membantu kita dalam segala hal. (:

ummiross said...

Betul tu Liza, kejayaan bersama.

atuk said...

Assalamualaikum Liza

Insyaallah
nak membalas jasa yg pernah memberi pengorbanan