Year End Sales at FCC (klik!) |
Kita melihat kipas, aircond atau lampu yang tidak sepatutnya terpasang seperti di ruang yang sedang tidak digunakan. Contohnya di bilik tidur, ruang tamu atau di bilik mesyuarat. Kita hanya membiarkan tanpa berbuat apa-apa hanya kerana bukan kita yang membayar bil elektrik. Jadi kita tidak merasa terbeban sedikit pun.
Pembaziran elektrik yang sedikit jika terkumpul setiap hari akan menjadi banyak. Ia menjadi beban kepada si pembayar. Pembayar mungkin merasa tertekan jika bil yang banyak itu ketara tingginya. Akibatnya tekanan itu mungkin diluahkan kepada kita mungkin sebagai pekerja atau ahli keluarga. Mungkin ada undang-undang baru yang menjengkelkan seperti aircond hanya boleh dipasang pada waktu-waktu tertentu. Mungkin juga tiada bonus untuk tahun ini dan duit belanja dalam rumah dikurangkan bagi dalam keluarga.
Adakah kita akan menutup paip air yang terlupa ditutup oleh insan lain di dalam bilik air di tempat kerja? Atau mungkin kita hanya melihat saja dengan perasaan "lantaklah! bos yang bayar!", ?
Maka kita pun sering membiarkan air paip terbuka saja semasa memberus gigi jika di rumah. Cuba ditadah air tu, berapa banyak yang terkumpul agaknya. Kita tak rasa pun salahnya kerana "Daddy/Hubby yang bayar!".
Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang membayar segala keperluan di dalam syarikat mahu pun keluarga. Kita mungkin berazam mahu menjadi boss yang baik dan sentiasa bertindak rasional. Tapi percayalah bahawa boss yang baik sekali pun ada juga yang tak kena di mata pekerja. Kita tentu mengharapkan pekerja kita lebih bertanggungjawap untuk memajukan syarikat.
Maka sebelum kita menjadi ketua dalam satu kumpulan, jadilah ahli yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Jika kita banyak membuang masa membuat perkara selain kerja kita pun dan menyebabkan pembaziran pada orang lain. Itu yang menyebabkan banyak perkara penting jadi terbengkalai dan menyebabkan orang lain susah.
No comments:
Post a Comment