Monday, 24 December 2012
Jangan jadi penyebab pada kesusahan orang lain!
Pernah tak kita pinjam sesuatu dari orang lain, tidak kiralah dalam bentuk duit atau barang tetapi kita tidak memulangkannya dalam tempoh yang sepatutnya. Seringkali kita hanya memikirkan susah dipihak kita sahaja hingga tidak memulangkannya mengikut janji kita dulu.
Ianya boleh dimaafkan jika benar memang kita benar-benar sukar untuk memulangkannya mengikut waktu yang ditetapkan atas alasan-alasan yang munasabah. Mungkin hanya terlewat sahaja. Namun tiada alasan untuk kita tidak berusaha sedaya-upaya kita untuk berbuat demikian.
Masalahnya bila kita boleh dan mampu memulangkannya mengikut waktu yang ditetapkan tetapi ianya tidak berlaku oleh sebab sikap kita yang suka bertangguh. Adakalanya bertangguh sebab nak guna lagi, mendahulukan hal lain yang kurang penting tetapi mengikut nafsu saja dan mungkin juga sebab ikut mood yang malas hari ini... esok lusa sajalah. Esok dan lusa jadi berminggu hingga berbulan dan makan bertahun. Lebih bahaya lagi bila usia kita tak panjang, lansung tak dipulangkan.
Kadang kita meminjam duit kawan atau sesiapa saja. Dek kerana simpati maka ada yang sudi membantu walau pun diri sendiri tidak semewah mana. Asalkan dipulangkan pada waktu yang dijanjikan kerana nanti duit itu nak digunakan untuk sesuatu yang penting oleh si pemberi hutang.
Masalah terjadi bila yang meminjam bertangguh untuk memulangkannya. Beban mungkin ditanggung oleh si pemberi hutang kerana dia mungkin tak dapat nak beli baju sekolah anak, nak bayar duit kereta atau duit rumah yang perlu dibayar mengikut jadual pihak bank. Akibatnya dia mula terbeban dengan hutang bank yang bunganya mekar berkembang.
Dari dulu bersahabat atau bersaudara mungkin jadi musuh akibat hutang. Lebih parah jika ada yang mengamuk hingga hilang nyawa dan cedera.
Bagaimana pula bila meminjam barang? Pinjam sikat kawan kat asrama tapi buat macam harta sendiri pula. Si pemilik sikat pulak yang tak boleh nak menyikat rambutnya. Hati pun jadi marah! Bertepuk tangan lagi syaitan dan kuncu-kuncunya.
Meminjam kereta yang kononnya nak guna untuk sejam dua saja tapi bawa hingga 2 hari pula. Panas hati si pemilik kereta yang mungkin ada urusan penting nak ke sana-sini.
Pinjam tudung, pinjam baju, pinjam kasut dan segala-galanya nak dipinjam. Janji nak pinjam sehari je jadi sebulan. Tension tuan barang dibuatnya.
Sikap menyusahkan hati dan perjalanan hidup orang lain ini menyebabkan kita dapat dosa percuma saja. Lebih teruk jika sikap kita ini membuatkan orang lain hidupnya jadi melarat dan menderita.
Kerja orang lain jadi terbengkalai sebab sikap kita yang suka bertangguh untuk memulangkan semula apa yang kita pinjam. Berusahalah agar kehidupan kita menjadi lebih baik hingga tidak perlu lagi kita meminjam yang kadang maruah kita dicela gara-gara bukan niat kita nak berlengah memulangkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pinjam brg selalunya. si peminjam selalu buat harta sendiri. nk mintak segan
Assalamualaikum Liza
kawan dulu ada meminjam duit drp saya...dah lama sangat...saya dah halal kan ajer
Post a Comment