iklan

Followers

Pages

Thursday, 13 December 2012

Gotong royong Disember 2012

Ini kisah 1 hingga 5 Disember 2012 lalu. Aku tak sempat nak update blog. Agak sibuk...

Aku ditemani anak-anak balik ke Jengka 16, Pahang. Turut serta kakak, abang sulung serta keluarga masing-masing. Kami bergerak sekitar pukul 9 pagi dari KL. Abang sulung bersama mak aku dan anak-anak isterinya saja yang bergerak dari Ipoh.

 Singgah jap beli jajan di Petronas Karak... Food Court tutup. Tengah renovate.

Semasa aku dah melepasi Jengka 20, kakak aku call :

Kakak : Liza! Kau kat mana?
Aku : Baru lepas simpang ladang kita ni haa..
Kakak : Kau masuk ikut simpang  masuk kedua, belah depan lagi. Amik deghoyan jap!
Aku : Depan kedai Azizan ke? Wokeh! 5 minit sampai!

Amik kau! Penuh bonet dengan durian. Beg-beg baju semua alih ke dalam kereta yang aku pandu. Aku pinjam kereta Gen2 kakak. Dia pandu Livina dia je. Hubby tak balik sebab tak nak jalan jauh. Bila kereta terhentak-hentak nanti, dada masih sakit.

Memang terbaik durian Pak Mat dari Blok B1 ni. Kat Jengka ni Blok kira macam seksyenlah.

Ada 27 biji semuanya yang kakak beli dengan harga RM60. Tak ada yang rosak! Memang terbaik, sedap dan puas hati membelinya. Aku rasa macam durian King pun kalah. Rasa lemak ada, berkrim ada, pahit ada... tak sempatlah nak buat durian crepe pun. Hari-hari pulun durian je!

Kalau ada abang aku sorang lagi dan adik aku tu mesti lagi kecoh sebab diaorang berdua pun memang suka giler makan durian. Tapi abang aku tu tak dapat balik sebab ada join kem dengan kawan-kawannya dan adik aku pulak demam.


Inilah tujuan asal balik ke Jengka... gotong-royong rumah yang telah ditinggalkan begitu lama sejak ayah pergi pada tahun 2010 dalam entri INI. Mak tak duduk sini dah. Dia tinggal dengan kakak di Subang.


Bermula petang Sabtu hingga ke pagi Isnin kami memotong rumput, lalang dan segala semak-samun dari depan hingga ke belakang rumah. Segala kotoran dan sampah dalam rumah pun turut dibersihkan oleh anak-anak perempuan yang dah besar. Vacuum, sapu, mop dan lap semuanya.

Menitik-nitik peluh jatuh sambil menepuk tampar gigitan nyamuk. Muka masing-masing memang selekeh macam buruh kasar dah. Dah lama duduk bandar, manalah biasa dah buat kerja-kerja menebas ni.

Kali terakhir gotong-royong besar-besaran begini pada April tahun 2011. Lama sangat dah. Bila sekali-sekala balik hanya bersihkan dalam rumah saja. Entri tahun lepas di SINI dan SINI.

 Gigih betul abang ipar aku ni. Dia antara yang terawal turun padang!

Malamnya aku rasa macam nak berjalan pun terseksa. Sakitnya kaki! Masing-masing buat lawak "Dah tua!".

 Rumah bila lama ditinggalkan, maka cat nama pun merekah.

Banyak rambutan yang abang ipar kait dan bawa balik ke rumahnya di Subang. Ini durian yang kakak order kali kedua dari Pak Mat. Mak suruh belikan untuk adik dan abang aku. Aku pun ambil juga dalam 4 biji. Buah baru dari ladang.


Sebab rumah di Jengka dah tak berpenghuni, mak minta kakak pindahkan barang-barang yang penting. Jika lagi lama dibiarkan, takut rosak makan dek tikus dan tupai.

Jadi kakak menyewa lori untuk mengangkut barang-barang tu.
Ini tilam kakak beli masa dia kahwin 20 tahun yang lalu. Semua adik-beradik guna untuk kenduri kahwin masing-masing. Kakak yang pertama kahwin dahulu, kemudian aku yang kedua. Amboi! Yang kedua! Lebih dulu daripada 2 orang abang aku. Jadi tilam ni untuk kakak di Subang.

 Mesin jahit ni sesuai untuk kakak sebab dia lagi pakar menjahit dan faham 'sakit demam'nya selain mak. Aku nak juga tapi takut panik pulak kalau mesin ni buat hal. So letak kat rumah kakak le.

 Katil kayu bujang mak aku nak. Dia nak ganti katil bujang yang dia guna sekarang kat rumah kakak.

 Dah ada katil bujang, kenalah ada tilam bujang juga.

Motorsikal arwah ayah hantar ke rumah kakak je. Mmmm... pandai ke abang ipar aku tunggang ni? He..he..

Sofa ni mak suruh bagi kat aku. Aku tak ingat tahun berapa mak beli sofa ni. Kalau tak silap sebaya usia dengan anak sulung adik aku. Mungkin beli pada tahun 2006 lah agaknya. Masa tu aku dan hubby yang bawa mak mencari-cari di kedai perabot di Temerloh. Rasa nak luruh lutut ikut mak cari set sofa ni. Mak aku memang cerewet pasal shopping. Padan sangat dengan hubby aku pun. Depa berdualah yang memilih-milih rupa dan harga.

Anak aku kata "Lain kali kita raya kat Jengka macam dulu. Boleh bakar lemang!".

Apa nak buat wahai anakanda, mak aku dah tak duduk situ lagi. Sayang rumah tu yang agak besar. Ada 2 ruang tamu yang luas, 4 bilik tidur, 2 ruang dapur, 2 ruang anjung yang selesa untuk anak-anak lepak dan bermain, 1 bilik kecil untuk simpan motor, 1 stor dekat bilik air, 2 bilik air dan tambahan 1 anjung panjang di belakang rumah. Memang besar aku rasa... muat untuk 10 orang anak menantu mak dan 15 orang cucu.

3 comments:

insan_marhaen said...

Sayang rumah....
Tp ye la nk buat camana kn..tak kan nk biarkan maknya tinggal sesorang....kita pulak jd risau nanti...

Luqman Zakaria said...

gotong royong! rajin nohh...hehe...deghoyan byk betuiii..

Hana said...

meriah jugak lagi2 ada durian dan rambutan