iklan

Followers

Pages

Tuesday 9 April 2013

Ishhh.... cuit sikit pun tak boleh?

Ini keratan akhbar dah lama dah. Entah bila aku pun tak pasti... tapi memang menarik perhatian aku.

Bila di baca sekali ia seperti kiriman ibu atau bapa yang tak suka anaknya dirotan, didenda atau diambil tindakan disiplin jika anaknya tak buat kerja sekolah atau malas belajar.

Tapi jika aku baca berkali-kali ada juga seperti pihak tertentu sama ada pihak guru atau pun pihak ibu bapa sendiri yang perli para ibu bapa yang sangat sensitif bila anaknya didenda.

Rata-rata komen dalam facebook aku tak suka dengan situasi ini. Situasi tak boleh ambil tindakan disiplin pada murid yang bersalah ni.

Aku pun tak setuju! Kalau dah buat salah, hukum aje! Hukum yang berpadalah, bukan tahap mendera.

Bagi aku kalau anak kena rotan tu tak ada masalah. Cikgu nak rotan dia sebab buat salah.... rotan je lah! Tapi sebagai orang dewasa, guru kena fahamlah rotan yang bagaimana pula. Bukan rotan tak berakal pulak.

Bayangkanlah kalau anak murid buat salah pun tak boleh nak didenda? Ada potensi tak anak tu naik lemak dan tak ada rasa bersalah?

Nak denda kutip sampah tak boleh, disuruh berdiri atas kerusi pun tak boleh, didenda ketuk ketampi pun tak boleh! Sukalah budak tu! Cuba kita jaid cikgu? Apa rasa? Ini pun aku rasa denda-denda yang lemah lembut je!

Zaman aku sekolah dulu denda yang cikgu bagi memang 'sedap'!

Denda kena piat telinga, picit kat lengan (rasa nak luruh tangan!), ketuk belakang jari dengan pembaris, berdiri atas kerusi/meja, berlari keliling padang, rotan tapak tangan.... kot kalau sapa yang nakal sangat kenalah rotan kat punggung tu.

Namun begitu ramai juga yang jadi manusia berguna hasil kenangan kena rotan!

Kalau anak kita buat salah sikit pun tak boleh ditegur, rasanya suruh aje anak tu dok kat rumah. Menyusahkan guru-guru dan kawan-kawan aje dengan pengaruh 'tak boleh disentuh' tu.

Kita nak anak kita bukan saja pandai mencari ilmu yang baik tetapi juga berakhlak.

Merotan bukanlah hukuman wajib tetapi bagi aku boleh aje untuk mengajar. Pun begitu adalah adab-adab merotan yang patut kita ikut. Bukan hentam keromo aje..

Copy dari SINI
Tak kiralah jika kita seorang guru, ibu atau pun bapa yang berdepan dengan anak-anak bermasalah di sekolah haruslah selidik setiap kesalahan mereka dengan sebaik mungkin. Jangan terus menghukum anak-anak tanpa menyiasat terlebih dahulu. Kadang apa yang kita nampak dan dengar tidak menceritakan kisah sebenar yang berlaku.

Adakalanya anak-anak memang berbuat salah dan itu memang wajar dihukum. Tetapi cuba kita siasat apakah ada pihak lain yang cuba bersikap 'lempar batu sembunyi tangan'? Pihak lain yang turut berbuat salah tetapi hanya seorang yang dipersalahkan. Dan jika kita sebagai orang yang dewasa ini rasa tersilap menilai/menghukum anak-anak ini, jangan malu minta maaf dengan mereka yang lebih muda daripada kita ini!

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Apa yg pasti tujuan mendidik dan mengajar totally tak sama dgn mendera. Kalau dah salah tak boleh didenda jgn salahkan guru kalau anak tidak berjaya...

ummiross said...


Betul tu Liza, nak pukul pun memang ada adab, jangan sesekali pukul ketika marah kerana pukulan ketika marah lebih kepada melepas perasaan geram berbanding mendidik.

Unknown said...

memukul nampak kejam kak..saya suka guna merotan..heheh,..saya rotan jugak maisara ni..tapi kat kaki je.kalau cubit biasanya kat tangan..heheh..kalau tak buat gitu ,dia tak tau kesan dari kesalahan yang dia buat..sampai bila nak main pesan dan ugut je..kan??sesekali kena tunjuk juga kesan nya..

Irfa said...

memukul pastinya kesan jangka panjang
anak akan igt smpi dewasa
# jarang org mengaku pukul anak
mgkin xnak dikata ibubapa yg kejam