iklan

Followers

Pages

Friday, 14 October 2011

Hati aku dah sebak, Innalillahiwainnailaihirojiun..

Pukul 9.37 malam tadi kakak aku call membawa berita sedih.  Berita tentang sepupu aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di jalan Ipoh-Lumut. Keretanya bertembung dengan lori. Itu saja yang aku dengar dari kakak aku tadi. Nak bertanya lebih pun hati aku dah sebak. Sedih sangat.

Sepupu tu muda setahun sahaja daripada aku, 37 tahun. Berkawan juga masa kecil-kecil dulu sebab dia anak mak ndak aku. Antara mak saudara yang rapat juga. Dah besar ni tak berapa sangatlah sebab dia lelaki. Tetapi rapat juga dengan kakaknya. Aku pernah buat entry tentang mak ndak di SINI.

Insyaallah, esok pagi baru aku nak ke rumah mak ndak, Kampung Lasah di Sungai Siput Utara, Perak untuk menziarahi allayarham. Kampung tempat aku dilahirkan juga tu.

Tadi pun ada juga abang aku dari Lukut, Port Dickson bertanya bila aku nak bergerak.ke sana. Dia mungkin bergerak tengah malam ni bersama keluarganya. Adik aku pula dah pun bergerak ke Jengka 16, Pahang kerana mengambil mak aku di sana untuk dibawa bersama balik ke Perak.

Abang sulung dah memang tinggal di Ipoh, jadi dekat saja nak ke sana. Dia pun ada call aku juga dari Hospital Ipoh. Jenazah telah siap dikapankan dan akan dihantar pulang ke Kampung Lasah malam ni juga. Urusan pengkebumian keesokan paginya.

Sebak hati, dia baru saja bertunang. Jodoh, maut semua Allah tentukan. Kita hanya mampu merancang.

Sedih sangat mendengar berita pemergiannya. Hanya mampu berdoa moga Allah tempatkannya di kalangan mereka yang beriman. Tak semena-mena aku teringat arwah pak ndak iaitu bapanya dulu. Al fatihah...

19 comments:

Lulu Caldina said...

al-fatihah kak, takziah..

sitiezahim said...

innalillah...sama keadaan waktu saya dapat berita sepupu lelaki meninggal masa kami umur 20 thn..taktau nak gambarkan camne perasaannye..alfatihah..drive eelok kak..

Muhammad Burn said...

innalillah... hrp bersbr ye...

hana said...

takziah..
semoga dapat bersabar ye.

Puan Kutu said...

sy tumpang bersedih..takziah k.liza..ajal maut ditangan tuhan.semoga roh aman disana..Amin..

Reena said...

segalanye da ditentukan...innalillah hiwainna hirojiun..

K O R I E said...

bersabar yea.
setiap yang bernyawa pasti anda pergi jua..

kita redha jea dengan ketentuaNya.

zoe said...

Innalillah... kak.. sabar ye...

Kak Aya said...

takziah untuk Liza dan keluarga..sedih dengar, saya mmg agak fobia dengar kisah kemalangan selepas arwah ayah maut kerana kemalangan 23 thn lps.

semoga liza dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Dinas Aldi said...

Innalillah..

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Sabar ya Liza, Allah lebih sayangkan dia. Al-Fatihah.

izahdaut said...

innalillahi wainnailahi rajiuunn..

al fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat

ummiarissa said...

takziah..ye...biasa sepupu sebelah mak memang rapat...

mas saari said...

Al-Fatihah..
salam takziah utk keluarga si mati..

Hanis Azla said...

Inaliillah.. tumpang sedih mendengar berita ini.. semoga roh arwah tenang di sana..

diana said...

Allah lebih menyayangi nya...
salam takziah untuk kak liza sekeluarga....

Cik Puan Zura said...

alfatihah..
takziah kak...
semoga ditempatkan di tempat yang dikasihiNya

MaYa MustWany said...

takziah..al-fatihah
semoga arwah ditempatkan golongan org2 beriman.amin..

Hani said...

Takziah kakliza...al-fatihah buat arwah

jeBateja said...

dah tertulis bahagian dia kak....kita ni lom taw lagik.....uhukz