iklan

Followers

Pages

Friday, 8 April 2011

3 tahun je lagi nak 50!

Gambar kek curi kat My Pu3. Wish merah dah kena jual... (Gambar sekadar hiasan)

Hari ini 08 April 2011. Bermakna genaplah usia abang sulung aku yang ke 47 tahun. Abang sulung yang kadang-kadang dibuli-buli manja oleh empat orang adik-adiknya. Terutama oleh adik-adik perempuannya yang tiga orang ni yakni kakak aku, aku dan adik aku. Namun dia tetap tersenyum dengan kerenah adik-adiknya. Mesti ada kek yang kakak ipar aku sediakan nanti.

Mak pernah bercerita bagaimana abang sulung aku tu panjang umurnya. Suatu petang mak dan ayah tertidur setelah keletihan balik dari bekerja kampung. Aku pun tak pasti sangat sama ada balik dari berbendang atau menoreh getah. Aku memang belum lahir lagi masa tu. Masih lagi tinggal di kampung kelahiran, Kampung Lasah di Sungai Siput Utara, Perak.

Waktu itu tak berapa pasti usia abang sulung tapi yang pastinya memang dah pandai main di luar rumah. Berlari ke sana-sini dengan kawan baiknya yang juga sepupu kami.

Tiba-tiba dalam tidur mak tu dia terdengar bunyi sesuatu terjatuh dalam air. Mak bingkas bangun dengan cemas. Ya Allah! Apa tu? Mak cepat-cepat kejutkan arwah ayah sambil memberitahu ada benda jatuh dalam air. Arwah ayah seperti tak jumpa tangga, turun macam dah terjun tangga aje gayanya. Lantas arwah ayah terus berlari ke telaga berhampiran. Kelihatan kepala abang sulung di dalam telaga. Dah tak nampak muka, cuma rambut aje yang terbuai di permukaan air. Hampir tenggelam.

Arwah ayah terus mencekak rambut abang sulung dan menariknya naik ke pelantar. Mak kata sangat melucukan waktu itu. Dia tak pengsan pun. Sebaik saja dapat naik dari telaga tu, abang aku bingkas bangun dan lari dari arwah ayah. Takut sangat agaknya arwah ayah aku marah. Dah tentulah arwah ayah akan marah. Tapi arwah ayah kalau marahnya tak lama. Masa tu je dia marah. Lepas tu arwah ayah akan diam. Itulah antara karektor arwah ayah yang aku faham.

Itulah orang kata ajalnya belum tiba. Allah beri petunjuk pada mak tentang kejadian. Bagaimanalah agaknya kalau mak dan arwah ayah tak sedar lansung kerana tiada sesiapa pun di situ pada waktu itu. Abang aku tergelincir ke dalam telaga sewaktu nak mencuci kakinya.

Terima kasih pada abang sulung aku yang sering aku jadikan rujukan untuk masalah-masalah tertentu. Umpamanya semasa aku masih mentah nak memilih jurusan yang sesuai semasa mula-mula nak masuk Politeknik selepas SPM dulu. Dialah yang mencadangkan aku mengambil jurusan Elektronik Perhubungan berbanding Seni Bina yang menjadi minat asal aku. Kalau tidak dah jadi arkitek aku sekarang ni ye. Kononnya! Tapi sekarang kerja aku berkaitan dengan kewangan. Ala-ala mata duitan sikit.. ha..ha.. ye ke?

Selamat hari jadi buat Abang Mir, moga sentiasa sihat dan Allah permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Abang Mirlah yang menjadi ketua keluarga selain mak setelah pemergianayah.

p/s : Teringat bagaimana abang sulung aku goreng ikan sampai hampir hangus. Nak menggoreng tapi tak pandai. Sampai sekrang pun dia tak pandai memasak. Nasib baik dapat isteri yang rajin dan pandai memasak! Kakak ipar terbaik!

3 comments:

ummiross said...

Suspen ada kelakar pun ada baca N3 ni.Selamat hari lahir Abang Mir,semoga Allah sentiasa merahmati Abang Mir

ummiross said...

Suspen ada lucu pun ada baca N3 ni. Selamat hari jadi Abang Mir, semoga diberkati Allah selalu

Sofya said...

Ya Allah..
ajal maut di tangan tuhan..
Semoga abg mir panjang umur dan murah rezeki. selamat hari lahir