Petang semalam dalam hujan-hujan aku redah juga mengunjungi rumah teman kerana menyambut hari ulang tahun anak sulungnya yang ke-12. Birthdaynya Jumaat tapi biasalah tentu celebrate pada hari cuti iaitu hari Sabtu. Terima kasih teman kerana sudi menjemput kak Liza turut meraikannya. Elok pulak aku sampai depa baru nak start nyanyi 'Selamat hari jadi Han!'.
Seronoknya bila aku sampai saja dah ada yang menegur, "Eh! Macam kenal je!". Aku pun dengan mulut peramah semulajadi ni "Samalah! Macam kenal juga! Jap ye! Bagi akak duduk dulu". Rupa-rupanya dulu sama department dengan aku masa kerja di Sony Bangi dulu. Selalu tu senyum dari jauh aje, tak ada bertegur-sapa sangat. Berborak sakanlah kejap.
Sukanya baby aku si Arif dengan kek Birthday girl. Ada perisa coklat dengan cheese. Boleh habis si kecil tu makan sepotong kek. Aku makan bahagian krimnya aje. Sedap!
Ramai ahli keluarganya yang turut hadir termasuklah ibu dan ibu mertuanya. Seronok pula aku melayan berborak dengan mereka. Tak sedar jam dah hampir pukul 7 petang. Nak maghrib! balik le... he..he.. teringat masa kecik-kecik dulu. Mak selalu sangat marah kalau balik main bila dah nak maghrib. sakitlah telinga dengar leteran mak.
Terima kasih atas layanan istimewa tuan rumah. Ini baru kali kedua aku berjumpa dia. Masa nak balik pun hantar sampai ke kereta. Terharunya aku. Itulah orang kata, orang berbudi kita berbahasa. Itu jugalah yang aku pelajari darinya secara tak lansung. Jangan jeles pada siapa yang kenal? Hanis Azla yang layan aku ye! Sorry! Tak de gambar.... he..he..
16 comments:
buat baik dibalas baik.. lumrah kehidupan.. mse je yg tntukan bile kite dpat balasan kite :)
jemput singgah ANASAURUS :)
Ooo pegi sambut birthday anak Hanis yeh! hehehe
waa bestnya, pegi rumah Hanis ye,kenapa tak ajak ummi sekali hee.., dekat ke dengan rumah liza?
Farhana Jafri : setuju
diana : pegi je.. lagi le dia suka dpt jumpa
Dinas Aldi : kak dinas jauh sgt nak mai dgn adzrus kot..
ummiross : ummiross kena terbang... 15 minit je dari rumah liza.
salam...
mesti rasa gembira dengan layanan baik tuan rumah...:)
selamat hari lahir juga sr ucapkan buat anak sulung sahabt puan tu..
EE sampai kena rotan kalau x blk sblm maghrib n x mandi terus...kena kejar satu rumah...hehe..lawak plak pk zmn budak2....degil sgt..
sekamar rindu : sudah tentu happy
Eyrique Ettiqazz. : itulah yg paling berkesan
Kak liza memang penuh dengan budi bahasa. Entri dia selalu buat orang lain berfikir.. good2
AL-QASSAM : komen yg buat akak pun berfikir juga ni.. ishh.. TQ dik
Assalamualaikum Liza
moga ukhwah berkekalan
Wassalam
thanks akak sbb sudi datang.. sanggup redah juga dalam hujan.. appreciate it so much.. betullah kak.. org berbudi kita berbahasa.. org dah sudi datang kenalah layan tetamu sepatutnya..
Waaaaaaaaaaaaa.... nak jeles .. nak jeles.... dah jumpa kak hanis,, ida belum lagi
Post a Comment