iklan

Followers

Pages

Thursday, 14 April 2011

Dia berkorban demi adik-adiknya!

Dia begitu banyak berkorban untuk adik-adik. Kerana itulah pantang benar aku andai ada yang mempertikaikan tentang dia. Tidak terkira pengorbanannya mengalahkan mak dan ayah aku. Abang sulung aku pun kalah dengan dia. Kakak aku merupakan anak kedua daripada lima beradik. Namun dia umpama anak sulung yang sanggup buat apa saja untuk adik-adiknya.

Muda-muda dulu dia memang lebih comel dari aku sebab setiap kali aku berjalan dengan dia di KL tu orang mesti suka nak mengorat dia walaupun dia lebih bantut dari aku. Kadang-kadang dia kutuk aku "Liza mata bulat", maka aku balas pulak dengan "Na gigi mancung". Saja nak menyakitkan hati je. Bukan apa-apa pun. Tapi itulah aku dengan kakak aku yang satu itu. Bergaduh tetap bergaduh tapi kami sangat rapat. Pagi bergaduh, tengahari dah tak de apa-apa dah. Elok macam biasa.

Nasibnya agak kurang baik berbanding abang sulung dan adik-adiknya yang lain. Dia belajar setakat tingkatan 6 saja. Result pun tak boleh nak bangga pun. Tapi aku cukup tabik dengan pengetahuannya tentang Geografi yang menjadi subjek kegemarannya. Dia selalu marah aku sebab tak score dalam subjek tu. Nak buat macam mana, benci betul aku dengan subjek tu. Itu yang aku menangis bila aku dapat kredit dalam subjek ni untuk SPM. Menangis sebab tak sangka dapat kredit.

Dia agak glamour di sekolah kebangsaan di Jengka, Pahang walau pun sempat darjah 6 je di situ kerana berhijrah dari Perak. Sampai sekarang pun salah seorang cikgu sekolah rendah yang kami dapat cari melalui facebook masih ingat dengan kakak aku. Comel, rajin tolong cikgu dan selalu aje menang pertandingan mengaji. Inilah berkat tok guru yang mengajarnya mengaji semasa di kampung kelahiran di Perak iaitu kampung Lasah. Mengaji dengan rotan disebelah sungguh mengerikan.

Begitu juga bila dia masuk ke sekolah menengah di Pekan, Pahang. Kesedihan masih terasa bila belanja terpaksa di catu semasa tinggal di asrama. Walaupun yuran asrama hanya RM30 sebulan (kalau tak silap aku le) tetapi sangat berat bagi mak dan ayah yang hanya punya pendapatan dengan menoreh getah. Di bawah kakak ada abang aku dan aku yang sedang membesar. Kakak tingkatan satu, aku baru je tadika, abang pula darjah 4 dan abang sulung tinggal dengan embah (nenek) aku di kampung, Perak. Adik aku belum lahir lagi.

Kakak hebat semasa di sekolah menengah. Banyak pingat yang dia dapat kerana bakatnya berpidato, berbahas dan sering menang dalam pertandingan mengaji. Dia pernah hebat dalam bernasyid dengan bimbingan Allayarhamah Datin Rafeah Buang, Al-fatihah. Dia benar-benar mewarisi kehebatan mak dalam memasak dan menjahit. Mengaji pun macam mak juga termasuklah mulut yang cerewet tu. Aku memang tak nafikan lebih suka masakan kakak aku berbanding mak. Cuma bila bab rendang tok, mak lah yang menang. Anak-anak aku pun suka masakan mak ngahnya ini "Mak ngah masak sedap la!".

Dia pernah menang pertandingan memasak di Jengka. Kakak pertaruh resepi kuih yang dibuat dari tepung beras yang ditumbuk sendiri yang dalamnya ada inti gula merah. Bentuknya macam piring kecil aje. Resepi dari mak aku juga. Susah buat kuih tu... he..he.. bagi aku semuanya susah kalau bab memasak ni. Tau makan aje! Ni le putu piring, bukan piring terbang.

Lebih kurang macam le.. sedap! Aku suka!
Gambar ambil kat blog Kak Ummi kat SINI, orang Kuantan wehh..

Bertambahlah glamournya dia di Jengka bila dia dapat menjadi guru tadika di Jengka. Adik aku sempat le mengikut kakak aku ke tadika tu. Selama kakak tinggal di Jengka selepas habis tingkatan 6 memang menguntungkan adik aku. Jealous betul aku dengan adik aku sorang ni.... cis! Kakak aku memang rajin menyeterikakan baju sekolah dia, menyisirkan rambut dia comel-comel sebelum ke sekolah. Pakai sterika besi arang tu. Aku dulu tak pernah pun sterika baju tau. Tapi itu sampai adik berusia 8 tahun je agaknya.

Kemudian kakak berhijrah ke KL pada tahun 1989 dan bekerja sebagai kerani dengan gaji pokok hanya RM300. Tapi cukup untuk dia hulurkan pada mak sedikit setiap bulan, bagi aku yang masa tu dah tingkatan 4 dan abang aku yang sedang belajar di UTM. Kadang-kadang aku tak sampai hati nak mintak kat mak, aku pun telefonlah kakak aku dari Kuantan.

Tahun 1991 aku bekerja di kedai SINGER di Sungai Way, PJ sementara tunggu keputusan SPM. Masa tulah kakak dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat kargo di Subang dengan tawaran gaji RM600. Dia bertanya juga pendapat aku yang baru nak kenal alam bekerja ni. Bagi aku, ikutlah kata hatinya. Di situlah bermulanya detik-detik setiap keringatnya itu dihargai. Majikan bukan sekadar memandang pada kelulusan yang dia ada tetapi hasil kerja yang kakak laksanakan. Aku tumpang gembira kerana banyak kesedihan yang dia lalui sebenarnya sepanjang tempoh dia bekerja yang masih belum kuungkapkan sepenuhnya. Mungkin lain kali.

Tahun demi tahun berlalu dan kakak pun ada juga bertukar tempat kerja yang lain tetapi masih dalam bidang yang sama yakni syarikat kargo sama ada di Sepang atau pun di PJ. Gaji kakak juga semakin naik dengar kadar peratus yang mengalahkan pengurus besar. Dari RM1K naik sikit ke RM2K, 3K, 5K dan naik lagi. Siapa sangka kakak hanya lulusan STPM yang tak apa-apa pun tapi gaji lebih tinggi daripada orang yang berdegree. Kakak makan gaji saja.

Dah merata-rata kakak pergi, ke China, Paris, Siam (he..he..), Jepun, Korea dan entah le mana-mana lagi aku pun tak tau. Aku yang kira study lagi bagus daripada dia pun tak pernah naik kapal terbang. Kesian betul! Depa gelak je bila aku cakap camtu. Tapi tak de nak ambik hati pun. Dan paling best sekarang kakak sambung belajar MBA (Master Of Business Administration). Doakanlah agar dia dapat keputusan cemerlang untuk exam bulan May nanti.


Itulah... kakak pun tak salahkan mak atas takdir yang menimpa. Kami pun tabah, setabah hati mak. KALAU TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA, BELAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT! Insyaallah! Kita akan gembira dengan apa yang kita ada sekarang. Belum tentu apa yang kita tak dapat itu walaupun kita menyukainya akan membahagiakan kita. Allah lebih mengetahui kemampuan kita sebagai hambaNya.

Sikap dialah yang sering mengingatkan aku agar jangan berputus asa. Orang lain tidak yakin dengan kita tak pe lah lagi, jangan kita hilang keyakinan dengan diri sendiri.

p/s : Menaip dengan sedu-sedan.. meleleh lagi air mata aku!

9 comments:

Eyrique Ettiqazz. said...

pengalaman mematangkan kita...mmg betol pengalaman lebih berharga drpd kelulusan....itulah berkat kesabaran,kejayaan pasti dtg Allah...Jgn pandang rendah kt org yg x de kelulusan sbb rencana Allah utk dia lagi bagus pd masa dpn utk dia.kpd yg gagal,anda bkn gagal utk selama2nya..Satu hari,pasti akn dtg kejayaan utk anda.

cite ni mmg satu inspirasi..

P/s:kg lasah 2 kat sg siput ker?

azwa amani said...

sedih jugak bace..huhuhu..mmeng kadang2 pengalamn tu lebih berharga dari pendidikan tap kita tak tahu nak praktikkan...belajar bersyukur dengn apa yg kita miliki...dengan itu, Allah lebih redha dan Allah dah tentukan apa yang terbaik buat kita smeua

-Sara- said...

woww, bestnya akak kak liza tu, bergaji besar..hehe..gd luck 4 her :)

farah fauzi said...

klu kat kelantan putu piring tuh kitorg panggil putu halba...sodappp...bertambah sodap makan time musim tengkujuh

Unknown said...

cerita2 k.liza psal family ni bg inspirasi kt sy...thanks..

ummiross said...

berkat berkorban untuk adik2 dan meringankan beban mak ayah, Allah balas segala kebaikan

wardah said...

hmm..itulah pengorbanan kak ngah kat adik2 dia. Apapun, rezeki Allah yang tentukan...kita tak tahu hari esok kita mcm mana kan? Apapun, Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat kita ;)

Dinas Aldi said...

'KALAU TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA, BELAJARLAH MENYUKAI APA YANG KITA DAPAT!'

suka kata2 ni!

tak semua dari kita akan dapat jalan hidup yang lurus, ada yg dapat jalan bengkang bengkok, yg berbonjol2 penuh speed bump, etc, tapi kita harus redha & tetap berusaha memperbaiki diri. tabik pada kakngah Liza!

Puan Kutu said...

saya jugak tak suka geografi.dpt c jer pmr.kehkeh..tahun 91 akk dh kerja?sy br dajah satu.hehe..apa pun kakak akk memang hebat..:)