iklan

Followers

Pages

Wednesday, 19 October 2011

Lupa tarikh? Aku boleh ingatkan...


Ben Ashaari kata ramai lelaki yang lupa tarikh-tarikh penting seperti tarikh nikah dan harijadi dalam entry "Perempuan dan tarikh". Peratus lelaki yang terlupa tu melibatkan hubby aku juga. Setiap tahun akulah yang akan mengingatkan tanpa mengharapkan dia akan buat surprise yang bukan-bukan. 16 tahun dah berkahwin, faham sangat dah.

Tapi tidak pula aku nak muncung-muncung dek kerana sikap dia yang terlupa tu. Aku dan anak-anaklah yang akan mengingatkannya. Kadang suka juga aku mengusik "tau kahwin je, tarikh nikah tak ingat!"..he..he.. So pada wanita yang dapat suami macam aku ni tak perlulah nak muncung-muncung bila dia lupa tarikh penting tu. Ingatkan aje dia dan goda-godalah sikit, untung-untung dapat hadiah menarik. Jangan hadiah macam dalam kisah  Salih Yaacob ni udah le.

Hari ini 19 Oktober, genap sudah anak teruna aku berusia 13 tahun. Patutlah suara pun dah mula nak berubah. Banyak perkara aku kena belajar tentang psikologi anak teruna remaja ni. Alhamdulillah, dia rapat dengan aku. Apa-apa masalah pun sering diluahkan pada aku. Cuma seperti kebanyakan remaja lain, banyak perkara yang nak kena ingatkan selalu padanya tentang belajar, menguruskan diri dan sebagainya.

Seperti biasa hubby memang tak ingat lansung. Tapi pagi tadi aku dah pesan belikan kek harijadi. Itulah cara kami raikan harijadi anak-anak. Kalau berkesempatan bolehlah pergi makan di restoran yang dia suka. Tak wajib bagi hadiah pun. Tapi pagi tadi aku bagi lebihan belanja sekolah RM10 je.

 Kek Naruto aku curi kat SINI

Walau pun dia montel, kuat makan, bangun tidur lewat, selalu saja mengelat dari belajar dan suka main game internet tapi dia jarang membantah bila aku minta tolong dia buang sampah, sidai dan angkat kain di jemuran. Kadang bila aku bosan, aku ajak dia pergi minum teh tarik kat kedai mamak. Macam kawan blogger Kak Chik yang sering melayan buah hatinya Aiman.

Selamat hari jadi buat anak aku, Muhamad Amirul Hashim. Suka benar dia buat koleksi gambar dan youtube anime star hingga merayu aku buatkan satu blog untuknya di SINI. Dia sendirilah yang upload semuanya. Dek kerana minat, cepat pula dia pandai upload. Kalau nak pandai berblog, kena selalu belajar buat sendiri.

Insyaallah, ayahnya tak lupa kek hari jadi petang ni. Kalau terlupa juga, aku cari je kat kedai dalam kawasan perumahan aku ni. Ada dua buah kedai kek ; Salsabilah dan Zaty.

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Liza

saya pun selalu lupa tarikh2 peting tu...

Wassalam

Muhammad Burn said...

slmt hari jadi. sy doakan anak2, keluarga kak liza sentiasa mendapat rahmat, rezeki melimpah ruah... dan yg plg pntg semoga keluarga sentiasa bahagia... pendek kata, sy doakan yg terbaik :)

jeBateja said...

heh...heh...lupa bukan tanda tak sayang....ahakz....

Hanis Azla said...

selamat panjang umur buat amirul.. semoga menjadi anak yg soleh dan membahagiakan hati mama & ayah..

betullah kak.. klu dia tak ingat kita ingatkan saja.. buang masa aje nak merajuk2.. untung2 bila kita ingatkan teringat pula dia nak bagi hadiah kan.. he..he..

diana said...

dah jadi anak teruna dah..
selamat harijadi...
anak beranak jadi blogger nih..
hebat!heheheh

zahidahwahid said...

my daddy always ingat anniversary n birthday my mom..selalu ada surprise untuk my mom...jeles betullah..hehehe ^_^