iklan

Followers

Pages

Wednesday, 5 October 2011

Nak bagi puding percuma? Laju je aku sambut!

Tiba-tiba handphone aku berbunyi lebih kurang lagi 5 minit nak pukul 5 petang.

Dia : Assalamualaikum Kak Liza, tengah buat mende? (Keluar dah loghat Kuala Lipis dia)
Aku : Dok umah je, ngapernye? (Melawan!)
Dia : Nak datang ke ghomoh (rumah), buleh ke?
Aku : Ape halnya tu?
Dia : Ni Zizan ada buat puding, nak ngantor le ke ghomoh Kak Liza.
Aku : Kalau benda makan tu laju je Kak Liza nak menyambutnya..he..he.. (jawapan melampau)

Dengan gaya mem besar duduk kat seat belakang kereta, Lela si Gula Hangus tadi pun sampai. Tersengih Zizan si jeBateja jadi driver kat depan. Ni dia puding sudah mari. Zizan yang buat katanya.


Sempat le aku dengan Lela mengumpat Zizan kat luar kereta "Blog Zizan tu ramai perempuan yang lawat".

"Tu le pasalnya Kak Liza, jealous le pulak", balas Lela.

Kitaorang gelak-gelak je la.. gurau-gurau! Usah risau le Zizan, Lela sporting je!

Selepas hantar puding laici nenas ni depa kalut pulak nak pergi ambil anak balik dari kegiatan kokurikulum kat sekolah. Eh! Teringat aku pun nak pergi ambil juga. Anak-anak kitaorang ke sekolah yang sama. Puding aku simpan dulu dalam peti sejuk.

Terima kasih kat Zizan dan Lela sebab susah payah bagi aku merasa puding laici nenas. Kak Liza gurau-gurau je nak merasa puding-puding korang yang menggoda tu. Tiba-tiba dapat pulak. Jangan jealous ye! Rumah depa ni dekat je dengan rumah aku. 5 minit boleh sampai dah tanpa merempit.

Pukul 6.15 petang aku keluarkan dari peti sejuk dan makan sama-sama dengan hubby. Hubby aku ni pantang jumpa keluarga agar-agar, puding, dadih ni. Memang suka sangat! Tak sampai 10 minit langsai... Sedap! Resepinya Zizan dah siap-siap share kat SINI.

Hubby tanya aku puding tu aku beli ke? Aku kata Zizan yang buat. Aku suruh hubby buat puding untuk Zizan pulak. Dulu dia pernah buat puding kastard yang diadunkan dengan puding coklat. Bila dipotong dah macam biskut dam je. Hubby pun pandai juga buat puding. Tersengih je hubby dengar cadangan aku.

4 comments:

jeBateja said...

waahhh...lepas ni kita suruh En Pisal plak buat puding erk......ahakz...mesti sodap ni.....leh pow resepi sekali.....ahakz

pena rozie said...

Kalau makan free suka benor ye...

mas saari said...

rezeki jangan ditolak kan kak...heheeee

Ibu Muda 30series said...

rugi la beli rumah tak survey jiran...haha

kalau tau awal2, boleh gi berjiran ngan jeBat :)