iklan

Followers

Pages

Monday, 17 October 2011

Berapa kali mau tinggal kasutlah weiiii!

Dah tiga kali aku nampak budak ni lambat ke sekolah. Bila aku perhatikan lencana, sama sekolah dengan anak aku. Tak pastilah lambat sebab dia sendiri atau ibunya. Yang pasti, orang dewasalah yang patut berubah dulu.

Situasi pertama dulu aku tengok budak tu keluar dari kereta persona yang di pandu ibunya dan menghantar kasut adiknya ke rumah pengasuh anak aku. Dia masih beruniform sekolah kebangsaan. Aku pula baru tiba selepas menghantar anak-anak ke sekolah. Aku nak hantar Arif pula ke situ. Jam sudah pun melewati angka 7.20 pagi iaitu waktu loceng masuk sekolah sudah pun berbunyi. Kelihatan selamba aje dia.

Situasi kedua pun begitu juga. Waktu dia hantar kasut adiknya memang lewat. Dah pukul 8.20 pun. Wow! Memang lewat ke sekolah.

Pagi tadi pun macam tu juga. Apahal yang asyik kasut adik tertinggal aje ni?

Gatal kepala aku tengok sikap ibunya tak selamba aje anaknya sering lewat ke sekolah.

Apalah salahnya dihantar dulu anak tu ke sekolah dan kemudian dia sendiri hantar pula kasut tadi ke rumah pengasuh. Bukan jauh pun sekolah tu, cuma 6 minit perjalanan pergi dan balik.

Tertanya-tanya aku di mana dia tinggal, pukul berapa dia bangun tidur pula. Macam menyibuk ajekan. Tapi situasi ini memang buat aku rasa terkilan dengan sikap sesetengah ibu bapa yang tak ambil berat tentang masa. Bukan dia yang kena denda nanti, tetapi anaknya yang kena bila di sekolah nanti.

Nak tegur? Susah jugakan sebab aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku. Orang sekarang sensitif sangat bila ditegur kesalahannya walau pun dengan cara berhemah. Cuma harapan aku, janganlah disebabkan kita yang dewasa ini, kita yang sihat dan berkemampuan merosakkan masa depan anak sendiri.

10 comments:

ZianaRazali said...

pelik..ker dia memang suka buat rutin ulang alik tak munasabah macam tu tak kak?heee..

salam kenal,
yna.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

mak baak budak tu yang perlu wat aturan masa untuk anak2 di kan.. pasal tetinggal kasut tu memang pelik la...

Lina said...

emmm sian anaknya slalu smpai lewat ke sekolah...jd pelik lak kan

Dr K said...

sangat pelik kalau tiap2 pagi tertinggal kasut!

Ummiross said...

kita yang tengok pun terkilan kan...

Ibu Muda 30series said...

sekolah petang kot?

Misz-ella said...

Liza, terus terang ckp. KC tak suka anak lmbt ke sekolah. KC train aiman ke sekolah biar awal. Ada masa utk rehat sebelum kelas start. KC pun heran tgk jiran2 KC yg ada kalanya KC dah balik dr hantar aiman diaorg baru nak kuar rumah. tak kesian ke kat anak dia tu?

Kalamhati said...

kesian anak2 bila parents tak prihatin gitu..
mmg ramai parents yg abaikan kebajikan anak2..kt sekolah KH ada anak yg dtg sekolah baju hapak tak basuh tho hari adalah hari Isnin..kesian

sud@is said...

setuju dengan liza ..mak dia bangun lewat la tu..
apa2 terjadi pada anak adalah tanggunjwb ibu n bapa.

jeBateja said...

jgn tegur...kang kena saman.....ahakz