Friday, 14 October 2011
Sebelum dan selepas raya
Raya puasa dah lepas dan tak lama lagi raya haji pula. Sekejap je rasa waktu berlalu ye! Persediaan untuk raya haji mungkinlah tidak sebanyak persediaan yang kita buat untuk menyambut aidilfitri. Jadi kosnya pun kuranglah sikit.
Seperti aku pun tidaklah membeli baju baru untuk raya haji nanti. Cukuplah sekadar ulang memakai baju raya puasa yang baru lepas je. Lain orang lain gayanya, ikut bajet poket dan citarasa sendiri.
Anak aku, Asyikin sempat melawak pasal beraya ni tadi.
"Mama! Ikin ada dengar kawan Ikin buat lawak tau. Masa hari raya, ayah dia bagi duit raya kat orang. Selepas raya, anak pulak bagi pinjam duit kat ayah. RM50 lagi sebab ayah dia dah pokai!". He..he..
Budak-budak sekarang dapat duit raya boleh kata berkepuk juga. Macam dapat gaji sebulan orang dewasa je. Itu yang ada mak ayah tak tahan nak 'mengusha' anak nak pinjam duit. Malangnya anak bila mak ayah pinjam buat selama-lamanya. Kesiannnn budak tu!
Al-maklumlahkan, si ayah banyak berhabis untuk pelbagai persediaan semasa hari raya daripada segi makan, pakaian, duit raya dan sebagainya dalam satu masa. Boleh sesak nafas jugalah dibuatnya. Bila raya dah lepas, terlupa pula bila ada yang terlebih pakai dari bajet sepatutnya.
Masalahnya ramai juga antara kita ni yang tak insaf pun sebab tiap-tiap tahun pun terlebih bajet juga. Godaan sana-sini mungkin terlalu kuat agaknya. Pandai-pandailahkan, kelak bahangnya sendiri yang rasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment