iklan

Followers

Pages

Friday, 14 October 2011

Fikirlah dulu sebelum nak tanya! Sakit hati tau!

Gambar dari SINI

Lenguh kaki malam tadi terasa sebelum tidur. Nyaris tak terbawa ke pagi ini. Inilah akibatnya kalau jarang bersenam. Pagi semalam aku ke Bangsar, KL dengan menaiki komuter dari UKM. Aku turun di KL Sentral dan tukar pula train lain ke Jalan Abdullah Hukum, Bangsar.

Tengahari pula aku dah balik semula ke Bangi. Terjumpa pula ex-classmate aku semasa di POLISAS dulu. Maka rancaklah juga berborak sepanjang perjalanan dalam komuter dari KL Sentral ke UKM.

Semalam ada dua tiga perkara yang menyakitkan hati berlaku berkaitan kerja, blog dan hal peribadi. Bengangnya bila berdepan dengan kerenah sesetengah jabatan yang cerewet tak bertempat. Perkara mudah menjadi susah, hal remeh menjadi leceh. Menyusahkan para pelanggan untuk berurusan bila tak ada sikap mesra pengguna.

Hilang mood aku bila ada pula yang menuduh aku buat perkara yang aku tak buat hanya kerana kesilapan orang lain pada dia. Aku pula yang dia nak kaitkan.

Kalau dia benar rakan yang sayangkan aku, tidaklah dia bertanya soalan yang merobek hati aku. Sebelum aku call dia, aku tarik nafas bagi tenang dulu agar tidak terluah kemarahan yang ketara. Takut memburukkan keadaan.

Aku cuma tanya dia "Kau demam ke tanya soalan bukan-bukan kat aku?".

"Cuba kau check semula SMS kau tu! Apa rasa kalau aku yang tanya soalan tu kat kau?" tanya aku lagi.

"Kalau kau cuti, call aku. Kita jumpa pergi minum-minum tapi kau yang kena belanja aku!" tambah aku lagi. Alang-alang kau dah buat salah, belanjalahkan. Gaji ribu-ribu takkan kedekut dengan kawan sendiri kot. Dah la buat salah dengan aku.

Entah apa-apa dia ni aku rasa. Tanya soalan bangang yang belum tentu sahih! Geram sebenarnya ni...

Sampai kat rumah, buka blog...eh...apa hal pulak tuduh perkara yang aku tak buat ni? Tak tau hujung pangkal, suka-suka kata aku buat benda yang aku tak buat. Siap bagi arahan lagi... kalau aku kenal kau lama bolehlah aku terima tegurannya tapi ini kali pertama. Tersentap jugak aku... jangan risau! Kejap je sentap pun..tak sampai dua hari pun.

Kadang-kadang kita perasan diri kita ni bagus sangat sampai nampak orang lain semuanya salah. Bila nak bertanya pun seolah-olah orang tu dah memang bersalah. Padahal minda kita ni dah penuh dengan buruk sangka yang menutupi perkara yang sebenarnya baik dan elok-elok aje. Tak ada apa pun sebenarnya. Kita je yang kecoh!

Sebenarnya aku tak kisah pun kalau ada orang yang perasan dia bagus tapi janganlah pulak nak cari pasal dengan orang lain. Macam tukang sibuk pun ada juga. Kalau aku kata 'mind your own business' pun susah jugakan. Kita hidup sebagai umat Islam kenalah saling menegur mana yang silap. Tapi... fikirlah dulu sebelum bertanya.

6 comments:

mas saari said...

suka hati je nak tuduh tanpa usul periksa kan?

Unknown said...

kdg2 tu org yg menuduh kita tk usul periksa dulu..mcm audit kat tempat akak ni..main bantai je..padahal semua silap..dia tak check betul2 main komen je..suka2 hati je buat komen yg salah.

Hanis Azla said...

hmm.. kdg2 cara orang mmg buatkan kita jd hilang mood.. sabar yer kak..

sitiebby said...

sabar ye kak.....biasalah manusia...

Rosalia said...

biasala. manusia nk ttp kslhn sndiri dia akn tuduh org lain.sabr ye.

Muhammad Izuan said...

tkpe. jom kita pi minum ais kcg, ye kak... heheh