iklan

Followers

Pages

Wednesday, 7 December 2011

Macam mana nak awet muda, nak slim, nak cergas?

Bila dah menjual jamu ni maka penampilan kenalah jaga juga. Tapi aku lebih utamakan kecergasan dan make-up yang sederhana saja. Macam aku ni tak berapa suka sangat nak mengadap cermin lama-lama. Kalau mencecah 15 minit tu rasa macam dah lama sangat. Pengaruh dari sifat sejak kecil lagi yang agak brutal dan tak sabar tapi nak cantik. Macam mana tu?

Kak Liza, macam mana nak awet muda, macam mana nak slim, macam mana nak cergas? Aku pun manusia biasa ada juga letihnya, wajah kusam dan kadang berat badan naik juga. Berusahalah untuk cantik tapi biarlah berpada-pada, jangan sampai memudaratkan diri pula.

Petua tu ada, cuma boleh ikut atau tidak sajalah. Bagi aku yang tidaklah mudah nak naik berat badan ni cuma perlu jaga makan saja. Apa pun sihat atau tidak badan kita banyak bergantung pada pemakanan juga.

Ini apa yang aku amalkan :
- Sejak beranak sulung 15 tahun yang lalu memang aku sentiasa makan jamu hinggalah sekarang.
- Tak berapa suka minuman berais, sekali-sekala bila teringin je. Banyak minum air kosong.
- Suka makan ulam-ulaman walau pun tanpa sambal. Ulam apa saja aku makan.
- Elak makan nasi lewat malam, biasanya selepas maghrib. Makan lewat kalau dah lapar sangat le.
- Tak suka tinggal sarapan, lunch atau dinner kecuali bila tak ada selera. Selalunya berselera aje...
- Bila terasa badan mula bertambah berat, lebih kerap aku minum air kosong.

Itu je yang aku buat. Kebanyakan wanita yang awet muda yang aku kenali agak kurang minum minuman berais. Lagi pun kalau selalu minum ais buat badan aku rasa kurang cergas, takut perut buncit juga. Mak aku kata nanti 'sejuk', suami tak suka..opss..

Untuk aku mungkin agak simple tetapi mungkin tidak untuk orang lain kerana metabolisma setiap orang berbeza. Apa metabolisma tu... aduhai tak tau aku nak terangkan. Kena search google la nampaknya.

Usia aku dah 38, lagi sebulan je nak 39 pun. Anak dah 5 orang... mana yang muda panggillah kak Liza aje. Gambar ni masa hari raya puasa tahun ni. Aku jarang nak bergambar pun.

Berat badan naik juga tapi masih boleh lagi nak pakai baju-baju lama yang 10 tahun lalu. Jimat duit shopping baju barukan. Terpulang pada masing-masing bagaimana nak maintain.

Pada yang belum kenal, selamat berkenalan. Kalau datang Bandar Seri Putra, bolehlah roger-roger aku. Dah dekat dengan shopping area Nilai 3 tu.

Sekarang aku maintain dengan Jamu T.Warisan Anggun... ada diskaun 5% hingga 30 Disember 2011 ni.

4 comments:

Misz-ella said...

Sebaya la kita .. anak 5 tu .. mmg la liza ni awet muda, hihi.

Kakzakie Purvit said...

Beruntung kalau susah badan nak naik. Kakak nie makan sikit pun tetap naik juga sebab kurang exercise...

mas saari said...

memang awek mudalah akak kita ni..

Lenda Daud said...

salam,

saje je nak share..mcm mana sy berjaya turunkan berat badan sebanyak 15kg dan mantapkan badan balik... tanpa pil kurus, tanpa diet, tanpa exercise....

selama ni, badan sy susah gler nak turun bila dan beranak...dan slps anak 4, melampau beratnya dan perut masih macam ngndung....Malu bila org tya bila due....padahl masa tu tak ngndung pun..

sy jumpa produk ni...and cuba Alhamdulillah....berjaya....kalau ada sesapa nak tahu cara saya buat tu...boleh call/sms sy 013 389 9990