iklan

Followers

Pages

Tuesday, 27 December 2011

Sekolah Menengah Jalan 4 - Tahniah Han!

Aku terima panggilan dari teman blogger. Tertera nama 'Hanis Azla' di screen handphone aku. Suspen aje! He..he.. rupanya dia dah tersesat. Dia nak mencari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4 (SMKJ4 @ JESS) tapi pergi ke Sekolah Kebangsaan Jalan 4. Haaaaiiii... dah lebih 10 tahun tinggal di Bandar Baru Bangi, memandu sendiri pun tak pasti lagi lokasi fasa 4 tambahan. Aku tolong ketawakan sebab tau dah Hanis Azla bukan jenis cepat terasa. Gurau-gurau je!

Aku cuma tanya sekarang SKJ4 di sebelah kiri atau kanannya. Kalau sebelah kanan, dia hanya perlu terus memandu dalam 2 km (agak2 je) hingga nampak SMKJ4 di sebelah kanan juga. Kemudian belok kanan selepas nampak sekolah tu. Kereta boleh masuk dalam kawasan sekolah bila cuti-cuti ni untuk urusan pejabat.

Rupanya anak daranya, Han bakal bersekolah di SMKJ4. Pemilihan pelajar ke situ cuma mengutamakan mereka yang mendapat 5A dalam UPSR. Semasa anak sulung aku masuk tingkatan 1 dulu masih ada kelonggaran untuk mereka yang mendapat 4A, 1B. Tapi selepas itu hanya 5A sahaja yang boleh memohon. Persaingan memang sengit kerana ada juga yang mendapat 5A pun tak berpeluang mendapat tempat. Umpama siapa cepat dia dapatlah agaknya.

Bermakna Han jadi junior pada anak aku Aishah nampak gayanya. Kelas belum dipastikan lagi katanya. Jangan risau, Aishah tak akan buli Han.. he..he..  Aku tau dah perangai dia, tak berapa kisah sangat dengan junior kecuali kalau ada yang menegur sapa. Bukan macam aku, peramah sikit.. *(^_^)*. Lagi pun Aishah berada di tingkatan 4 akan bersekolah di sessi pagi. Biasanya pelajar tingkatan 1 di sessi petang.

Han yang bertudung hitam, atas sekali. Gambar dia curi kat SINI.

Aku suka anak aku sekolah di SMKJ4 ni. Selama anak aku bersekolah di situ, aku hanya hantar dia tusyen semasa tingkatan 1 sahaja. Aku rasa macam tak perlu nak hantar tusyen selepas tu sebab dia memang sibuk sepanjang hari. Memang banyak diberikan tugasan dan homework oleh cikgu sekolah. Bila dia masuk tingkatan 3 pun para guru sangat komited berikan tusyen selepas sessi persekolahan. Kadang hari Sabtu pun ada juga tusyen sebagai persediaan menghadapi PMR.

Tahniah pada Han, langkah pertama ke alam sekolah menengah. Menjadi pemangkin buat adik-adik juga. Segala resah, dugaan dan cabaran tentu ada bila berada di kalangan pelajar yang bijak-bijak belaka. Jangan segan berkongsi cerita dengan ibu Han yang penyayang itu. Luahkan andai ada kesedihan dan kongsi juga kegembiraan untuk kita raikan bersama. Nak share dengan acik Liza pun boleh juga..

2 comments:

Hanis Azla said...

he..he.. org bangi sesat di bangi.. malu!!! nasib baik ada akak td.. terima kasih banyak ye.. Alhamdulillah, han dapat sekolah tu.. harap2 boleh cemerlang mcm kak aishah juga.. thanks ye kak untuk entry ni.. terharu saya..

ummiross said...

Alhamdulillah, dua-duanya cemerlang, hasil dorongan mak dan ayah yang cemerlang jugak, tahniah Liza dan Hanis.