iklan

Followers

Pages

Monday, 19 December 2011

Abby Abadi Vs Abby Fana, moga sifat ini kekal abadi di dunia yang fana ini..

Eh! Siapakah gerangan wanita cantik di sebelah Ustaz Azhar Idrus tu? Bini baru ke? Cantik dan manis je bertudung begitu. Tentu ramai yang kenal artis Malaysia, Abby Abadi. Dah betul-betul transform ke ni? Aku tak ada info lengkap. Apa pun aku harap ianya berkekalan.


Ustaz Azhar pun dah macam artis juga, ramai peminatnya. Abby sekadar bergambar bersama je, bukan bini baru ye. Blog aku bukanlah blog gossip hangat. Jumpa gambar ni dari facebook kawan sekampung dari Jengka, Pahang ; Ni dia....


Ini aku copy paste semula komen di facebooknya : 
"Gambar terbaru Abby Abadi di Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus:Semakin hari, makin ramai artis kita yang beragama Islam telah mula bertudung, Alhamdulillah. Malah ada yang lebih baik dari itu, selepas sahaja bertudung terus sahaja mereka meninggalkan dunia hiburan secara perlahan-lahan. Apapun berikut adalah gambar terkini Abby Abadi yang bertudung sedang minum di kedai bersama muslimah yang lain selepas selesai menghadiri Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.Bagi anda yang belum bertudung tunggu bila lagi??"

Seorang lagi Abby iaitu Abby Fana pun dah bertudung sejak balik menunaikan ibadah haji. Sweet sangat tengok dia bertudung di kaca TV. Nampak lebih kemas dan ceria je.


Abby fana yang baru, gambar dari page Sinar FM


Aku memang suka dengar celotehnya di Sinar FM, mengingatkan aku pada teman seperjuangan aku dalam bidang kerja aku sekarang, Kak Ras. Celotehnya yang mesra dan ceria dengan loghat Penangnya, padahal dia orang Johor. Ada sesuatu yang aku suka pelajari, cara kita berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik.

8 comments:

fiza said...

baguslah berubah ke arah positif...harap istiqamah dalam penghijrahan ini ;)

Misz-ella said...

Alhamdulillah.

ir yien 9897 said...

alhamdulilah mereka berubah semoga berterusan

sitiezahim said...

Bagus kan..abby tak kisah pon tunjuk dia yg bertudung..harapnya kekal..kita doa kan...abby fana plak saya mmg minat dia dr THR lagi hihihi

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

syukur kalau benar2 mereka dah berubah. =)

MumMe said...

alhamdulillah...

qasehraihan said...

comeinye abby abadiiii..kan kak kan?

ummiross said...

Alhamdulillah, depa ni lagi bertudung lagi comel.