iklan

Followers

Pages

Tuesday, 6 December 2011

Pujian atau kejian, pilihlah responnya!

Pujian
Adakalanya pujian membuatkan kita menjadi lebih riak dan sombong. Kita menjadi bangga dengan kelebihan dan kehebatan yang kita perolehi. Sifat bertukar angkuh dan memandang rendah pada orang lain. Akulah yang hebat, akulah segala-galanya yang menjadi penyebab pada kejayaan. Lupa bersyukur pada Allah.

Tetapi pujian juga boleh menjadi titik permulaan kita tersedar dari mimpi yang terleka dan putus asa. Mungkin menjadi kejutan buat kita yang sering merasa putus asa dan merendah diri lalu kita segera memanjatkan rasa bersyukur padaNya atas kejayaan yang kita perolehi. Mampu menjadi penyuntik semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan dengan kata 'aku boleh jika aku berusaha'.

Kejian
Kejian mampu mencetus rasa amarah yang melampau hingga tidak mampu dikawal oleh minda lagi. Tindakbalas yang negatif seperti menengking, merengus, menghina, memukul dan lebih parah hingga tahap membunuh orang lain. Boleh juga memusnahkan barang-barang. Paling tidak membuat seseorang menjadi pemurung, tersinggung dan putus asa.

Namun kekuatan kejian juga dapat membangkitkan lagi kualiti hidup seseorang bila mana dia merasa tercabar dan bangkit untuk berusaha lebih gigih lagi memperbaiki apa yang kurang. Adakalanya tahap kemajuan yang dicapai juga begitu mendadak hinggalah kejayaan hebat dapat dikecapinya.



Buat pilihan
Kita punya akal untuk membuat pilihan sama ada pilihan positif atau pun negatif. Kita boleh memuji tetapi janganlah sampai bunyi seperti mengampu pula. Takut kedengaran pujian yang tidak ikhlas juga. Puji dari hati yang ikhlas, Insyaallah akan tergambar dari riak wajah.

Menerima pujian yang ikhlas tentu membahagiakan tetapi ada juga rasa kecewa bila ianya hanya lakonan mereka yang memuji kita. Controllah macho/ayu sikit. Jangan sampai meloncat gila dek kerana gembira sangat bila ada yang memuji.

Mengeji pun elok dielakkan kerana biasanya ramai antara kita yang sering 'tersentap' bila dikeji. Termasuklah aku juga. Cuma bila tersentap tu, apa pula respon seterusnya. Pilihlah respon yang positif. Susah juga dan kadang sangat susah tapi cubalah dulu. Tarik nafas panjang-panjang, diam dulu dan jangan terus membalas. Memberi komen yang membina tentu lebih baik daripada mengeji.

p/s : Aku menulis dari hati yang sering berpesan pada diri sendiri. Maka aku luahkan juga untuk dikongsi bersama kalian semua. Petua dan cara itu ada, hanya kita yang perlu rasional untuk memilih yang terbaik untuk diri dan masyarakat.

1 comment:

ummiross said...

Kalau pujian melebih2, rimas jugak kita kan Liza, puji skit2 takpe, jadi pengubat jiwa. Keji pun jangan melebih-lebih, nanti sakit jiwa..betul tak Liza?hehe..