iklan

Followers

Pages

Tuesday, 22 November 2011

Gol penalti kemenangan Malaysia! Tahniah!

Aku tak sanggup dah nak terus tengok lawanan perlawanan bola malam tadi antara Malaysia dan Indonesia dalam final Sukan Sea ke 26 tu. Pada separuh masa kedua tu masih lagi terikat seri 1-1.

Ngeri bila pemain Indonesia menyerang di kotak penalti Malaysia. Lepas tu aku frust giler bila pemain Malysia gagal menjaringkan gol di depan pintu gol Indonesia. Bukan nak marah pemain Malaysia pun tapi geramnya bila kena sipi-sipi je bola tu.

Dalam facebook, Ujang kata tengok bola boleh sembuh sakit jantung. Oooo... tidaklah, rasa nak luruh jantung aku tengok malam tadi walau pun tak tengok habis.

Tapi info dari Amy pula kata ada yang meninggal dunia pada malam perlawanan. Sudah ajalnya di situ.. Al-Fatihah dan salam takziah. Entrynya di SINI.

Pagi ni aku tanya anak teruna aku yang berjaga malam dengan ayahnya menonton final bola "sapa menang bang?".

"Malaysia menang! 5-4 sepak penalti!" jawab dia.

Lega dan gembiranya aku dengar. Mungkin minda aku sarat dengan rasa pentingnya kemenangan ini kerana lawannya adalah Indonesia. Agak emosi sikit aku.

Tahniah pada semua pemain Malaysia yang bertungkus-lumus berjuang di padang bola malam tadi. Berbaloi sungguh kemenangan malam tadi.

Gol penalti kemenangan Malaysia!

9 comments:

mas saari said...

sama macam saya kak, rasa nak luruh jantung ni..

cantekk said...

alhamdulillah... =D
hepi sgt, dan yg penting tgk dr mula smpai abes...mmg ase bole sakit jantung tgk gawang kna asak..

*ni semua keje bpasukan,.

Wan Fakhrul Rin said...

Betul tu kak. Boleh gugur jantung semalam rasenye. Tapi Alhamdulillah :)

kakchik@ella said...

Tahniah harimau muda sbb brjaya makan garuda. Bkn senang ooo .. mental kena kuat.

Wan Fakhrul Rin said...

Oh ye kak. Link utk entry pasal yang meninggal malam perlawanan tu broken la. Tak dapat nak bukak.

Adzrien Shoppe said...

Wan Fakhrul Rin : TQ.. kak liza dah betulkan link tu.

sitiebby said...

semalam tgk bola mmg nk luruh je jantung. tiap kali pmain indo jatuh dlm kotak penalti m'sia, mmg takut je ref bg penalti. mmg harimau malaya mgaum garang ke atas sang garuda.

EE said...

masa apek selamatkan penalti keempat tu dah rasa msia bleh menang n bila baddrol bakhtiar amek n sepak bola tros meleret dlm gol apalagi terus menjerit2 n melompat2...fuhhhh best giler smlm..

ummiross said...

Tahniah Malaysia...bangga dengan harimau Malaya