iklan

Followers

Pages

Tuesday, 29 November 2011

Lemasnya dengan bau asap!

Gambar dari SINI.

Semalam aku lunch bersama anak-anak di restoran berhawa dingin di sebuah restoran di Nilai, N.Sembilan. Tapi tak sangka pula ada insan yang dengan selamba merokok dalam restoran tu. Aku ingatkan dalam restoran yang ada aircond ni sedia maklumlah bukan tempat yang sesuai untuk merokok.

Melilau juga mata aku tengok keliling kot ada bertampal kertas larangan merokok. Patutle minah tu merokok, tak ada pun larangan merokok kat restoran tu. Minah ye yang merokok, bukanlah mamat.

Bila perempuan yang merokok ni terasa macam tak elok pulakkan. Bertudung pulak tu. Apa pulak bezanya lelaki dan perempuan merokok? Memang berbeza pun di mata aku. Tak manis sangat perempuan kalau merokok. Sedangkan melihat lelaki merokok pun aku tak berapa berkenan, inikan pula perempuan.

Jika ditanya petua nak awet muda oleh insan yang merokok tentulah aku cadangkan tinggalkan tabiat merokok dulu. Banyak buruk dari baiknya. Merokok ni banyak menyerap vitamin C dari badan yang penting untuk kulit sihat. Kulit kita mudah menjadi kering dan penampilan wajah boleh jadi agak kusam.

Selain meninggalkan bau badan dan bau mulut yang tidak menyenangkan ianya juga memburukkan warna gigi kita. Apatah lagi dalam paru-paru menjadi semakin sesak dengan asap rokok yang terkumpul dari bentuk asap kepada pepejal yang melekat sedikit demi sedikit.

Merokok juga menyebabkan orang sekeliling kita sering mendoakan perkara-perkara yang tak baik untuk kita. Maksud aku, dah tentulah mengomel dan merugut bila rimas dengan bau asap yang menyesakkan pernafasan orang lain.

Berita di Harian Metro pagi ini di mana tiga orang maut hanya kerana sebatang puntung rokok. Empat yang lain pula cedera parah. Nak menyesal atas perbuatan yang kelihatan remeh pun dah tak guna. Tak pastilah pula kalau salah seorang mangsa itu yang menjadi puncanya. Kalau tidak nak hantuk kepala ke dinding sebab menyesal atas kesilapan sendiri pun tak dapat nak 'undo' semua musibah tu.

Berita penuh, klik tajuk "Rentung atas air".

Memang susah juga nak berhenti merokok, tapi berusahalah. Insyaallah moga Allah permudahkan usaha kalian. Kalau tak sayangkan orang lain pun, sayangilah diri sendiri.

7 comments:

kakchik@ella said...

Kwn KC ramai ~ bertudung dan merokok. Lemas jgn la cerita, nak pulak time makan sama2.

mas saari said...

memang memalukan kalau perempuan merokok! tak suka...

SyedGraphiX said...

betul.
rasa macam hodoh sangat bila perempuan merokok.
haiihhh... kalau lain agama kurang la sikit kisahnya.. ni dah la pakai tudung. islam plak tu . -.-

ummiross said...

tak tau lah kenapa ye, bila tengok perempuan merokok rasa semacam..tak manis!

diana said...

lelaki merokok pun kita tak suka ni kan pulak perempuan..lagi la tak sedap di pandang..
kalau mak mertua tengok mesti
pengsan..
heheheh

diana said...

kak liza..
sejak akhi2 ni blog kak liza macam lambat sangt loading.kenapa entah..

Suara Kalbu said...

Dari dulu memang tak berapa berkenan dengan orang merokok terutamanya perempuan la. Tak manis lah. Tambah kalau bertudung lagilah tak kena.