iklan

Followers

Pages

Monday, 14 November 2011

Tiga anak lelaki yang macam-macam..

Aku dikurniakan lima orang anak yang terdiri daripada dua perempuan dan tiga lelaki. Biasanya anak lelakilah yang paling banyak buat perkara yang pelik-pelik dan lebih memeningkan kepala. Pun begitu syukur sebab walau pun lelaki pandai juga Amirul dan Azri sidai kain, lipat kain, gosok baju sekolah dan basuh pinggan sendiri. Tiada pengecualian untuk anak-anak lelaki aku yang dua orang tu. Arif yang bongsu pun baru 2 tahun, dah besar nanti kena belajar buat sendiri juga seperti abang-abangnya juga. Cuma bila suruh Amirul mandikan dan tukar lampin Arif selalu saja terkial-kial sedangkan adiknya Asyikin yang lebih muda dah pandai uruskan Arif.

Amirul, 13 tahun
Anak aku yang montel ni sudah pun punya berat badan dan ketinggian melebihi aku dan hubby. Asal nak ambil gambar sering saja menyorok. Orang dah besar, malu agaknya. Susah benar nak ulangkaji buku pelajaran tapi rajin juga menolong aku membuang sampah ke tong besar di luar rumah. Itu pun nak kena ingatkan selalu. Kalau tidak dia buat tak tahu juga. Cuma tidaklah merengus marah bila disuruh.

Azri, 9 tahun
 Inilah satu-satunya anak aku yang sentiasa slim berbanding yang lain hinggakan Arif dah pun boleh pakai baju-bajunya yang tahun lepas. Koboi mana tersesat pulak ni. Bila bercakap dengannya perlu diulang berkali-kali biar jelas. Lambat fahamnya sebab selalu hilang tumpuan. Kerap leka bermain. Selalu beri aku soalan-soalan yang pelik seperti "gigi manusia ada berapa?", "dulu-dulu dinasour wujud ke?" dan macam-macam lagi. Pening aku nak jawap.

Arif, 2 tahun
Sakit perut kakaknya ketawa bila tengok gambar Arif ni. Jangan salah faham ye! Bukan aku yang buat begini tapi dia sendiri yang pakai. Sekarang Arif dah makin cerewet tentang penampilannya. Baju selalu nak pilih sendiri "nak esyem (hensem)!". Kadang selalu menolak kalau aku yang pilihkan. "Mama! Iyak (ketiak)!" tanda suruh aku spray minyak wangi ayahnya di ketiak. Kena spray depan dan belakang baju juga, pengaruh ayahnyalah ni. Kasutnya ada dua pasang dan selipar sepasang tapi hanya sepasang sahaja yang menjadi kegemarannya. Dah pandai nak mengikut abang-abangnya ke sekolah. Pengaruh bergusti pun dapat dari abang-abangnya juga. Pernah menangis sebab mukanya tersembam ke lantai gara-gara nak ikut 'breakdance' seperti dalam TV. Bahaya betul pengaruh TV, budak 2 tahun pun pandai nak mengikut. Lagu favorite dia tentulah lagu "Insyaallah" dari Maher Zain. Dengar sekali terpaksa diulang berkali-kali sama ada dari handphone atau CD dalam kereta ayahnya.

Macam-macam kerenah anak-anak ni. Kalau tak sabar mungkinlah kena dera oleh orang dewasa. Hilang akal agaknya mereka yang suka mendera budak-budak ni. Terlupa agaknya mereka dulu pun nakal juga masa kecil-kecil dulu. Kita yang dewasa kenalah melindungi mereka, bukannya menyakiti yang tak tentu hala. Nak mengajar pun ada caranya, janganlah berlebih-lebihan menghukum.

11 comments:

Lelaki Ini said...

sy ada 4 owg adik beradik laki..
hehehe
memg pening pale ibu sy nak jaga..
hehehe

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

gambar arif tu paling xleh tahan.. haha.. lawak gilerr.. :)

jeBateja said...

ahakz...3 orang erk...den yg sorang tu pun poning....ahakz

ummiross said...

Arif esyem!

Cik Puan Zura said...

hahahaha...klakar la arif ni.. pampers sapa tu kak liza?

apa2pun, best kan perangai anak2 ni... macam2 perasaan ada kita alami...

alongxp said...

huhu... mmg pelik2 tul la perangai diorg ni...

Dinas Aldi said...

Adoi tak bleh tahan sakit perut gelak tengok gambar Arif!

sekamar rindu said...

salam kak,

anak lelaki..lasaknya dah pasti..:) kerenahnya pasti mencuit, menghibur hati si ayah dan ibu...:))

mas saari said...

seronoknya anak ramai kak!
saya kalau boleh nak 5 orang jugak, tapi belum rezeki lagi...masih 2 orang je!

Run Away said...

3 anak...3 ragam nyer...kena banyak besabar juga ni,,,;d

EmpayarUtama said...

Semoga mereka medoakan yang terbaik buat kita