iklan

Followers

Pages

Saturday, 12 November 2011

Lupa tarikh ulang tahun perkahwinan 11.11.11 akan datang? Melampaulah tu!

Tarikh 11.11.11 sudah pun berlalu. Memang cantik susunan nombornya. Macam plet kereta adik angkat dan jiran aku je.. 1111. Macam susunan tiang pagar aje. Ramailah yang sibuk nak kahwin pada tarikh yang cantik ni. Mmmm... kalau ada yang lupa tarikh ini sebagai ulangtahun perkahwinan, memang melampau kot..ha..ha..

Bagai kata Diana, tarikh yang cantik ni bukanlah bagus sangat. Banyak bikin susah juga. Baca ngomelan Diana di entrynya INI. Rakan facebook aku pun ada yang tak suka betul dengan tarikh ini.

"suka sampai menyusahkan org lain...??? di 1 masjid di Pahang tok kadi terpaksa menikahkan 11 pasangan serentak.... sedara-mara pula terpaksa ambik cuti balik kampung, nanti cuti sekolah nak balik lagi..."

Begitu penangan tarikh yang cantik tersusun ni.

Tarikh 11hb ni banyak kaitan dengan aku juga sebenarnya. Antaranya :

11 Mac - tarikh lahir kawan aku
11 May - tarikh lahir kakak aku
11 Sep - aku mula bekerja di Sony
11 Oct - tarikh lahir adik aku
11 Nov - ulang tahun perkahwinan kawan aku
11 Dec - ulang tahun perkahwinan aku

Namun sedihnya bila aku terbaca berita tragedi 11.11.11 yang tak mungkin luput dari ingatan kesemua ahli keluarga, rakan terdekat bagi mangsa-mangsa kemalangan jalan raya ini. Ia melibatkan bas, sama seperti tragedi 10.10.10 yang lalu. Berita dan gambar-gambar di SINI. Alfatihah...

Bagi aku, boleh suka dengan tarikh-tarikh yang cantik tapi elok di fikirkan dulu kekurangan dan kelebihannya. Salam tahniah buat kedua-dua adik angkat lelaki aku yang nikahnya pada tarikh keramat 11.11.11 tetapi majlis kendurinya di hari ini, 12.11.11. Seorang di Melaka dan seorang lagi di Johor. Kedua-duanya sebaya dengan adik kandung aku yang seorang tu, perempuan. Kebetulan pula umur ketiga-tiganya sama dan kedua-dua adik angkat aku pula nikah pada tarikh yang sama. Moga bahagia selamanya bersama pasangan masing-masing. "Lama Kak Liza menunggu korang nak kahwin, tapi bila tiba harinya tak dapat hadir pula!.. Sedih!"

6 comments:

ummiross said...

Tarikh cantik akan jadi kenangan, tapi yang lebih penting persefahaman, selamat pengantin baru semoga berbahagia selamanya.

Amie said...

ada juga orang yang terlalu taksub dengan nombor-nombor, ada juga yang suka kepada nombor tertentu kerana mudah diingat atau untukmengingati sesuatu peristiwa yang berlaku...

Amie said...

ada juga orang yang terlalu taksub dengan nombor-nombor, ada juga yang suka kepada nombor tertentu kerana mudah diingat atau untukmengingati sesuatu peristiwa yang berlaku...

aimie amalina said...

heeee
tulah kan kak
banyak keseronokan dan kesedihan yg terselit dlm tarikh ni kan...

EmpayarUtama said...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada adik adik angkat tu :) Hehe skema tak?

Dinas Aldi said...

Tarikh yg cantik & istimewa kerana bukan selalu ia berlaku tapi takda la sampai patut diagung2kan sangat. Hari lain pun ada keistimewaan tersendiri jugak kan :)