iklan

Followers

Pages

Sunday, 20 November 2011

Baru tengok! Best juga ye Master Chef..


Gambar dari SINI bersama resepinya. Ikan haruan tuu...

Seronok tengok mereka memasak. Ada pelajar, doktor, artis dan pelbagai latar belakang kerja yang turut serta dalam pertandingan memasak ini. Malah ada antaranya penoreh getah dan nelayan. Memang hebat persembahan gaya masakan mereka.

Aku tertengok siaran ni semalam di rumah kakak aku. Mak aku yang pasang, dia memang suka memasak. Rupanya mak aku dah lama mengikuti siaran Master Chef ni. Dapat jugalah sedikit ulasan dari mak tentang seorang peserta yang agak sensitif katanya.

"Dia ni sensitif, kadang kena komen dengan juri pun dia nangis!" kata mak.

Bila aku amati wajah peserta tu... Laaa... ini Ary Malik, pelakon. Tak kenal Ary Malik? Dah berusia 40 tahun, tetapi nampak lebih muda dari usianya.

Inilah Ary Malik, lagi infonya di SINI.

Aku suka tengok bersemangatnya mereka memasak dalam program Master Chef ni. Baik yang lelaki mahu pun perempuan. Memang beranilah mereka melakukan sesuatu yang bukan bidang utama mereka.

Siapa nak like dan baca di facebook Master Chef, bolehlah klik kat SINI.

5 comments:

EE said...

Mmg best tp pengacara pulak x best...statik dan mendatar,ikut skrip betoi..

Amie said...

memang kreatif... betullah, dunia masakan ni tiada sempadan...

mas saari said...

saya mesti tengok masterchef ni, tak pernah miss pun! heheheeee

nelly said...

masakan ! hehe
:)

diana said...

tak pernah tengok..:P
tapi ada yang kata tak best..