iklan

Followers

Pages

Tuesday, 31 January 2012

Sedikit pun jika berkat, terasa cukupnya

Aku park kereta di depan restoran mamak. Tiba-tiba datang satu MPV Toyota Alphard pula parking di sebelah kanan aku. Wow! Aku memang gila Alphard ni. Tak mengapalah berangan dulu, mana tahu kalau ada rezeki Allah nak bagi tu makbul juga impian aku yang dah memakan banyak tahun ni.

Aku nampak pemandunya seorang wanita bersama anak perempuannya yang comel saja berpakaian sekolah tadi. Elok bertudung litupnya. Melihat wanita itu dari pandangan sisi seperti aku kenal saja.

Sebaik saja wanita itu berpaling, aku terus menyapa "Laaa... akak ke?? Besor bebenor ketenye! Bila tukor kete?".

Kakak tu menjawab dengan riak mukanya terkejut juga melihat aku "Lama dah laa.. Alaa... secondhand je!". Ye lahkan, anak dah 8 orang, manalah muat lagi nak masuk Naza Rianya dulu.

Aku pernah menulis tentang kakak ini dalam entri 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Seorang ibu beranak 8 yang gigih menguruskan anak-anak bersama suami tercinta.

Selain daripada memandu van sekolah, dia juga berniaga di pasar malam sekitar Bandar Baru Bangi.

3 orang daripada anak-anaknya sudah pun berada di peringkat menengah dan tinggal di asrama. Jadi kuranglah sikit bebanan perbelanjaannya.

"Ada lagi ni Liza!" kata kakak tu.

Apa yang ada lagi? Rupanya dia sedang hamil anak yang ke-9. Sudah masuk lebih kurang 3 bulan usia kandungannya. Badannya yang agak besar buat aku tak perasan pun keadaannya. Lama jugalah nampaknya beza usia dengan anak bongsu sekarang nanti, 6 tahun.

Usianya sekarang sudah pun 42 tahun. Bermakna anaknya yang bongsu sekarang itu lahir ketika dia berusia 36 tahun. Sama umur sewaktu aku melahirkan Arif, 36 tahun juga.

"Kau nak tambah lagi Liza?", kakak tu bertanya.

"Cukuplah kot, banyak kerja terbengkalai ni. Ini pun dah kecoh dengan 5 orang!", balas aku.

Lama jugalah aku berbual dengannya di kedai mamak tu. Dia berdua dengan anak bongsunya, manakala aku pula bersama si kecil aku, Arif yang control muka serius je. Memang begitu pun anak bongsu aku tu bila berdepan dengan orang yang tak dikenalinya. Lama-lama tersengih juga bila diacah-acah oleh kawan aku tu.

Sambil berbual, aku cuba mengutip unsur positif darinya untuk aku jadikan ikhtibar terutama dalam urusan anak-anak. Tidak mengapa punya anak ramai walau pun pendapatan seadanya. Kadang walau sedikit tetapi berkat akan sentiasa dirasakan cukup. Tetapi ada juga yang berpendapatan berpuluh ribu sebulan pun masih terasa berat benar bebanannya.

10 comments:

diana said...

mak aih...sembilan kak???
pengsan saya...
hehehhe..
kalau senang bersalin tak de masalah nak beranak ramai kan kak??

mas saari said...

memang rezeki anak2 dia tu! sebab tu tak rugi beranak ramai...

Irfa said...

SY PUN MINAT ALPHARD TAPI ANAK RAMAI?PIKIR 16KALI ;)

L said...

anak itu pemberian Allah, DIA tahu apa yg layak utk kita... huuu.. jaga la elok3.. anak soleh yg bnyak2, boleh la doa banyk2 pada kita bila kita xdak nt bekal utk disana...

jom hayati sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

pena rozie said...

Alhamdullilah rezeki die kan...

Reena said...

stuju ayat akk...even anak rmai..kalau "keberkatan" tu ade sgalenye mncukupi...tp bakal 9 org anak die..fuhhh! rmai..hehe

Muhammad Burn said...

kak, mmg xda org bli alphd baru. sume second. recon. lg satu, kete tu cam bas la. mmg rasa naik kapal terbang. pegi pun bedesup. tp x syok la...

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri said...

kena ada 8 anak dulu kak baru boleh tukar kereta beso

C`ayob.com said...

ala....kereta mahal....bukan tandanya orang tu kaya! itu pun load...heheh. itulah kata-kata abang ku yang mempunyai alphd. Sebulan RM1,990. Insuran RM2,000 lebih setahun. Lampu sebijik...sebelah..je yang kat depan tu...kalau ganti RM500 tau....

Renung-renungkan :)

Puan Kutu said...

jeles plak bila dengar umo 42 pun masih preggy lg,sama umo dengan aruah mak sy masa mengandungkan adk bongsu sy dulu...

rezeki anak2,walau tak byk ttp cukup..